
Lisa sangat menjaga penampilan fizikalnya. Bagi mengekalkan kecantikan tubuh badannya, dia akan berterusan melakukan permakanan yang berdisiplin – Lisa tidak menyentuh apa sahaja makanan yang mempunyai kalori tinggi, bahan tambahan dan diawet begitu juga dengan makanan ringan. Walau bagaimanapun, terdapat suatu benda yang tidak dapat dikorbankan – minuman ringan.
Suatu hari, Lisa datang berjumpa saya dan bertanya, “Juliet, tempoh hari awak tulis tentang memakan makanan pedas tidak akan menyebabkan jerawat. Saya mahu mengetahui adakah saya akan mendapat senggugut selepas meminum air sejuk atau ais? Di samping itu, apakah saya patut berhati-hati semasa haid?
Adakah benar bahawa meminum air sejuk dan berais akan membawa kepada masalah senggugut. Lisa bertanyakan soalan yang sangat baik, disebabkan pendidikan tentang haid adalah penting untuk golongan wanita. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah wanita yang tidak mengetahui banyak tentang “teman rapat” nya itu. Disebabkan Juliet Station adalah berkenaan panduan kesihatan, mari kita berbicara tentang perkara yang perlu anda ambil perhatian ketika dalam tempoh haid!
Menstruasi (datang haid) lawan. Kitaran haid
Sebelum saya teruskan, saya ingin menerangkan secara ringkas tentang perbezaan antara kedatangan haid dan kitaran haid.
Ketika anda sedang mengalami menstruasi (dalam tempoh haid): ia merujuk kepada beberapa hari di dalam sebulan anda mengalami keadaan ‘kehilangan darah’ (kebiasaannya mengambil masa selama 3 sehingga 7 hari)
Kitaran haid: Tempoh masa antara hari pertama anda sehingga 2 kali berturutan.
Adakah anda memahami perbezaan di antara kedatangan haid dan kitaran haid? Sekarang mari kita lebih kepada perkara yang patut anda elakkan ketika sedang haid.
1. Pencukuran Akar Rambut (Waxing)

Tidakkah anda merasakan ia sesuatu yang agak aneh? Seperti… perlukah saya memilih tarikh yang baik untuk penyingkiran rambut?
Berdasarkan kepada kajian tertentu yang telah dijalankan, rembesan ovari mengurangkan kadar estrogen semasa tempoh haid. Maka, saraf pengesan kesakitan akan menjadi lebih sensitif. Jika anda memilih untuk melalukan apa-apa penyingkiran rambut ketika anda sedang haid, anda mungkin akan merasai kesakitan pada rambut anda kerana penyingkiran berkenaan lebih kuat daripada biasa.
2.Menarik keluar gigi (mencabut gigi)

Hampir sama dengan penyingkiran rambut, jika anda mendapatkan rawatan mencabut gigi ketika anda sedang haid, kesakitan yang anda alami akan lebih hebat. Bukan sahaja ketika anda sedang haid malahan darah beku dalam fungsi badan anda juga bertambah lemah. Oleh itu, jika anda mendapatkan rawatan cabut gigi atau apa juga operasi ketika tempoh berkenaan, anda berkemungkinan akan kehilangan banyak darah.
Kadangkala anda terfikir, bila waktu terbaik untuk mencabut gigi?
Umumnya, masa terbaik untuk mencabut gigi ialah pada 8 sehingga 14 hari selepas tempoh haid kerana kurang darah akan dikeluarkan apabila gigi ditarik keluar dan akan merasai kurang kesakitan.
3.Memakai pelindung kebersihan dalam tempoh yang lama

Sesetengah wanita mempunyai tabiat menukar pad kebersihan hanya apabila mereka mahu atau merasakan pad kebersihan telah penuh. Ada juga yang cuba untuk mengurangkan kos pembelian dengan mengawal jumlah penukaran pad kebersihan – dengan menggunakan pelindung kebersihan yang mempunyai serapan tinggi! Ini merupakan suatu kesilapan besar!
Di dalam keadaan lembap dan panas, akan ada bakteria buruk yang berkembang dalam darah haid anda yang mana akan memudahkan penyakit pada tempat sulit. Kebanyakan doktor mungkin mensyorkan pada anda untuk menukar pad kebersihan dengan lebih kerap tidak kira jumlah aliran darah anda. Lebih baik jika anda menukar pelindung kebersihan setiap 3 jam sekali. Tambahan lagi, jika anda mempunyai aliran yang banyak perlu ditukar dengan lebih kerap.
Di samping pelindung kebersihan, kebanyakan wanita juga tidak menukar tampon yang mempunyai resapan tinggi. Kementerian kesihatan kebanyakan negara telah menyediakan dalam bentuk pendokumentasian tentang cadangan tempoh penggunaan tampon. Pakar kesihatan dari pelbagai negara syorkan bahawa tampon digunakan pada:
- Dengan menggantikan sekurang-kurangnya dua kali sehari - Kementerian Kesihatan Persekutuan (Jerman)
- Meningkat kepada 8 jam sekali untuk penggunaan setiap tampon -Pentadbiran Dadah dan Makanan Amerika
- Terbaik menggantikan setiap satu 6-8 jam - Persatuan Obstetrik dan Ginekologi Hungary
- Terbaik digantikan 6-8 jam sekali- Agensi Pengawalseliaan kesihatan Australia.
4.Menggunakan pembersihan wanita

Apabila anda menukar pelindung kebersihan untuk tujuan kebersihan, pernahkah anda tercari-cari dari mana datangnya bau busuk, bau hanyir darah atau bau yang memelikkan? Untuk menyingkirkan bau-bauan ini anda mungkin perlu mencuba memilih pelbagai jenis pembersih wanita yang secara komersialnya boleh didapati di pusat penjagaan kesihatan.
Pertama sekali, saya ingin menerangkan kepada anda tentang keadaan badan wanita. Faraj kita mempunyai probiotik yang mengekalkan sistem antibakteria di dalam badan. Di bawah keadaan normal, keputihan seorang wanita dewasa mempunyai sedikit asid dengan kadar pH 3.8 sehingga 4.5. Bau kurang senang ini terjadi apabila haid anda bercampur dengan peluh, darah kotor, perembasan endoterium dan kelenjar sebum.
Penggunaan pembersih wanita dalam tempoh panjang mungkin menggangu keseimbangan asid dan alkali dalam faraj. Oleh itu, ia tidak begitu digalakkan untuk anda menggunakan pembersih wanira dengan kerap. Jika anda mendapati bahagian sulit anda hanya mengalami sedikit kegatalan dan rembesan. Bukan bermaksud anda tidak perlu menggunakan langsung pembersihan wanita. walau bagaimanapun sentiasa ingat bahawa jika isu berkenaan masih berterusan sehingga 3 hari, anda mungkin perlu merujuk kepada pakar wanita (keputihan kita kebiasaanya sembuh daripada jangkitan dalam masa 3 hari.
Apabila anda mempertimbangkan untuk mendapatkan pembersihan wanita, buatlah pilihan dengan memilih yang mempunyai asid rendah dan tidak mengandungi sebarang aroma wangian. lebih baik jika pembersih wanita tersebut mengandungi kandungan kurang kompleks.
5.Meminum Kurang Air

Terdapat mitos dalam kalangan wanita bahawa meminum sedikit air akan mengurangkan aliran darah haid. Untuk sesetengah wanita mereka mendapati mempunyai oedema (pengekalan air atau dikenali sebagai bengkak akibat badan mengandungi banyak air. Maka, mereka mengelak daripada meminum air ketika haid untuk mengurangkan bengkak!
Sebenarnya, minum air yang sedikit ketika haid hanya memburukkan keadaan anda!
Sebelum haid anda bermula, kadar progestrone akan meningkat. Jadi ia akan menyebabkan badan anda menjadi bengkak. Jika anda mengelak untuk meminum air, badan anda tidak mempunyai hidrasi yang cukup. Maka, ini memberikan kesan kepada metabolisma. Kemudian, kesemua keempat-empat tangan dan kaki anda akan berkumpul dalam cecair badan, membuatkan badan anda bengkak dengan teruk.
Oleh itu, anda tidak perlu mengelak untuk meminum air ketika dalam haid. Sebaliknya anda boleh mengekalkan pengambilan air dalam kadar biasa (2000ml sehari) Malahan, meminum air suam ketika haid mengekalkan kepanasan pada abdomen anda. Maka ia membantu mengurangkan kesakitan juga.
6.Meminum air sejuk dan berais

Ini adalah suatu yang mendatangkan rasa ingin tahu pada Lisa. Sesetengah wanita mendapati bahawa meminum air sejuk atau minuman berais akan menyebabkan kesakitan ketika sedang haid. dan ada juga sesetengah yang tidak berangaapan begitu. Dalam bidang perubatan Cina, makanan sejuk (minuman sejuk dan dan makanan) akan menyebabkan sistem reproduksi anda menjadi tidak aktif disebabkan masalah ini. Maka, tidak dinasihatkan untuk mengambil jenis minuman ini ketika dalam tempoh haid.
Berdasarkan kajian perubatan, minuman sejuk akan mengakibatkan peritoneal vasocontriction yang merujuk kepada penyempitan saluran darah (disebabkan otot yang semakin mengetat) di dinding abdominal nipis yang juga melindungi uterus, pundi kencing dan usus akhir anda. Saluran darah pada abdominal akan mengembang dan membawa kepada kekurangan aliran darah. Ini adalah mengapa cara terbaik untuk melegakan kesakitan ketika haid adalah dengan menggunakan bungkusan air panas atau meminum air suam, kerana ia membantu anda melegakan tulang abdominal dan mengurangkan kesakitan. Maka, meminum air sejuk tidak akan secara langsung menyebabkan senggugut, namun untuk wanita yang mengalami senggugut, meminum air sejuk akan menyebabkan merasa merasai kesakitan yang teramat sangat.
Jika anda bertanyakan kepada saya, “Juliet bolehkah saya minum air sejuk atau minuman berais ketika haid?” Jawapan saya kepada anda ialah: Jika anda sering mengalami senggugut lebih baik untuk mengelakkan meminum air sejuk dan berais ketika dalam tempoh haid. Jika anda mengalami kesakitan akibat haid dalam tempoh yang lama sehingga menganggu kehadiran ke kelas dan kerja, saya mengsyorkan anda untuk mendapatkan nasihat daripada pakar sakit puan (periksa klinik ginekologi Malaysia di sini) .
7.Tidak mengekalkan tabiat merekodkan kitaran haid anda

Bayangkan jika anda menerima kedatangan ‘teman istimewa’ ini semasa di dalam kelas atau ketika sedang bekerja namun anda tidak melakukan apa-apa persediaan, tentunya ia menjadi sesuatu yang kekok!
Saya menyedari kebanyakan wanita mempunyai tabiat tidak merekodkan kedatangan haid mereka. Keadaan yang lebih kerap lagi terjadi ialah jika mereka berjumpa ginekologi dan apabila ditanya tentang kali terakhir mereka haid serta berapa lama haid, mereka tidak dapat menjawab dengan baik. Ia bukanlah suatu tanda yang bagus. Setiap kali bertemu pakar sakit puan untuk masalah senggugut dan haid tidak teratur, doktor mungkin tidak mempunyai maklumat yang cukup untuk memahami keadaan anda jika anda tidak merekodkan berkenaan haid anda.
Bagi memahami dengan lebih baik tentang bagaimana tubuh badan anda berfungsi, saya menyarankan kepada anda untuk memuat turun aplikasi yang membolehkan anda merekodkan haid di telefon pintar – aplikasi ini membantu anda untuk mengenalpasti tarikh jangkaan kedatangan haid, ovulasi, hari ‘selamat’ dan lain-lain. Melalui cara ini, telefon pintar amda secara automatiknya akan mengingatkan tentang haid seterusnya, dan ini akan menjadikan anda lebih teratur.
*Semasa kelas Romeo: Umumnya, seorang ginekologi (pakar sakit puan) akan bertanya soalan berdasarkan keadaan anda. Antara soalan penting yang akan disoal ialah :
-mydoctiny.png)
“Juliet, berkenaan 7 perkara yang patut dielakkan ketika tempoh haid ini pernah saya lakukan sebelum ini. Terima kasih kerana mengingatkan saya!”
“Sama-sama. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, lihat sahaja penulisan saya yang lain tentang makanan yang anda patut elakkan ketika hadi!”
Kita sering bergurau tentang haid merupakan isu yang remeh. "kita merasa teruk apabila 'dia' tidak datang!" Bagaimana pula dengan anda? Apa pandangan anda tentang ini? Jika anda mempunyai soalan atau pendapat, tinggalkan pendapat anda pada ruangan di bawah.

Contoh Perbincangan