Kesahihan Klinik dan Doktor

Dikemaskini pada : 3hb Mac 2017

Di ERUFU Care, kami bertujuan memastikan pesakit dapat membuat pilihan yang terbaik semasa memilih klinik/doktor. Oleh yang demikian, kami sangat menitikberatkan kesahihan klinik dan doktor yang telah disenaraikan dalam ERUFU Care. Dengan ini dimaklumkan bahawa:

MALAYSIA

  1. Kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah diperlukan oleh semua klinik swasta.
    Senarai klinik swasta yang telah diluluskan oleh KKM boleh didapati di laman ini: MOH: SENARAI KLINIK PERUBATAN SWASTA
    Senarai klinik pergigian swasta yang telah diluluskan oleh KKM boleh didapati di laman ini: MOH: SENARAI KLINIK PERGIGIAN SWASTA
    Semua klinik yang berdaftar juga perlu memaparkan sijil pendaftaran di kawasan yang mudah dikesan oleh semua pesakit.
  2. Semua doktor perlu berdaftar di bawah Majlis Perubatan Malaysia (MMC). Anda boleh membuat semakan jika doktor tersebut telah mendaftar diri melalui laman ini: MMC: Medical Register Search
  3. Semua doktor pergigian perlu berdaftar di bawah Majlis Pergigian Malaysia (MPM). Anda boleh membuat semakan jika doktor pergigian telah mendaftar diri melalui laman ini: MDC: Dental Practitioner Register Search
  4. Semua doktor pakar perlu berdaftar di bawah Akademi Perubatan Malaysia (AMM) atau Pendaftaran Kepakaran Nasional atau lebih dikenali sebagai National Specialist Registry (NSR). Maklumat-maklumat ini boleh didapati di laman berikut: AMM Membership Register Search & NSR: Specialist Register Search

INDONESIA

  1. Untuk mengesahkan kesahihan klinik di Indonesia, anda boleh bertanya terus kepada Jabatan Kesihatan Tempatan.
  2. Semua doktor, doktor pergigian, dan pakar doktor yang berkhidmat di Indonesia hendaklah didaftarkan di bawah Majlis Perubatan Indonesia (KKI).

TAIWAN

  1. Untuk mengesahkan kesahihan klinik, hospital dan kemudahan perubatan di Taiwan, anda boleh menyemak pada halaman ini: Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Taiwan
  2. Semua doktor terlatih perlu berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Taiwan. Anda boleh menyemak doktor yang berdaftar pada halaman ini: Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Taiwan

THAILAND

  1. Untuk mengesahkan kesahihan klinik, hospital dan kemudahan perubatan di Thailand, anda boleh menyemak pada halaman ini: Jabatan Sokongan Perkhidmatan Kesihatan Thailand
  2. Semua doktor terlatih perlu berdaftar di bawah Majlis Perubatan Thailand. Anda boleh menyemak doktor yang berdaftar pada halaman ini: Majlis Perubatan Thailand

Atas faktor isu etika, kami akan memastikan kriteria di atas telah dipatuhi sebelum membenarkan klinik/doktor disenaraikan dalam ERUFU Care. Seperti yang dinyatakan dalam laman “Terma dan Syarat”, maklumat berkaitan dengan kesahihan klinik/doktor yang dinyatakan pada laman klinik/doktor adalah disediakan oleh klinik/doktor yang berkenaan; kami tidak menanggung sebarang tanggungjawab dan liabiliti ke atas maklumat tersebut.

Tidak kira sama ada klinik/doktor/pakar tersebut telah disenaraikan dalam ERUFU Care, kami masih menggalakkan anda memastikan kriteria atas telah dipatuhi sebelum melawat ke mana-mana klinik swasta, atau menerima sebarang rawatan dari mana-mana doktor/pakar. Jika anda mendapati klinik/doktor mencurigakan, sila hubungi kami di . Tambahan pula, anda mungkin mahu melaporkan kes ini kepada Kementerian Kesihatan Malaysia di ckaps@moh.gov.my (berkenaan dengan klinik) dan admin.mmc@moh.gov.my (berkenaan dengan doktor). Di Indonesia pula, anda boleh mengemukakan kes tersebut kepada Jabatan Kesihatan Tempatan (berkenaan dengan klinik) dan Majlis Perubatan Indonesia (KKI) di inamc@kki.go.id (berkenaan dengan doktor).


ERUFU Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.