Dasar Ulasan

Tarikh Akhir Kemaskini: Tue, 13 Nov 2018 22:08:16 +0800

Di ERUFU Care, kami memandang serius terhadap ulasan dan komen anda. Lebih daripada 1.5 juta orang pesakit menggunakan ERUFU Care untuk mencari doktor pakar atau klinik perubatan di Malaysia setiap tahun bagi menjaminkan pengalaman penjagaan kesihatan yang lebih baik. Maklum balas anda sangat penting bagi kami di ERUFU Care. Kami memberikan perhatian sepenuh hati terhadap maklum balas anda kerana pengalaman anda adalah keutamaan kami.

Terdapat dua jenis ulasan yang diterbitkan di ERUFU Care:ulasan rakan kongsi Klinik Perubatan/Pengamal Perubatan dan ulasan perkhidmatan ERUFU Care. Ulasan yang diterbitkan adalah ulasan tulen daripada pengguna/pesakit yang menggunakan ERUFU Care.

Ulasan klinik perubatan diterbitkan pada laman klinik perubatan masing-masing. Di ERUFU Care, kami memastikan bahawa ulasan-ulasan ini dikendali secara profesional:

  • Selaras dengan asas kepercayaan dalam membina komunikasi yang efektif antara pesakit dan profesional penjagaan kesihatan, kami amat menitikberatkan pandangan daripada pesakit dan juga pengguna ERUFU Care. Ini termasuklah ulasan dan komen mengenai perkhidmatan klinik perubatan dan tahap kepuasan komunikasi, namun tidak merangkumi prosedur perubatan yang telah dijalankan oleh pengamal perubatan.
  • Walaubagaimanapun, kami mengambil pendirian tegas dalam pengecualian dan peranan kami sebagai orang tengah antara pesakit dan rakan kongsi pengamal perubatan/klinik perubatan. Oleh itu, kami tidak membenarkan ulasan mengenai aspek dan amalan perubatan rakan kongsi pengamal perubatan kami. Kami memberi penghormatan yang tinggi terhadap kepakaran perubatan dan autoriti rakan kongsi pengamal perubatan kami. Kami akan menumpukan perhatian dari segi aspek perkhidmatan komunikasi yang disediakan oleh klinik perubatan, ini kerana sebahagian daripada misi kami adalah untuk memudahkan akses dalam penjagaan kesihatan kepada pesakit.
  • Ulasan daripada klinik perubatan dikumpul melalui panggilan telefon oleh khidmat pelanggan ERUFU Care yang berdedikasi dengan pesakit yang menerima prosedur perubatan di klinik perubatan tersebut. Kami mengambil inisiatif untuk mengambil berat pesakit secara menyeluruh daripada pengalaman mereka semasa melawat klinik perubatan sehingga menerima rawatan di klinik perubatan tersebut. Perbualan telefon peribadi termasuk perbincangan mengenai tahap kepuasan pesakit, maklum balas dan/atau ulasan mengenai pengalaman mereka dari segi perkhidmatan yang telah dibekalkan oleh klinik perubatan yang berkenaan. Pesakit juga berpeluang menilai taraf perkhidmatan klinik perubatan daripada 5 bintang, di mana 5 bintang adalah markah penuh. Setiap laman klinik perubatan mempunyai skor penilaian keseluruhan (daripada 5 bintang), yang merupakan purata skor daripada semua ulasan yang telah dikumpul untuk klinik perubatan tersebut.
  • Setelah mengumpul ulasan, kami menerbitkan ulasan tersebut dalam laman web kami beserta dengan tarikh pengumpulan ulasan tersebut. Ulasan yang diterbitkan telah disahkan oleh khidmat pelanggan ERUFU Care melalui panggilan telefon secara langsung kepada pesakit. Ulasan tersebut dilabelkan sebagai 'verified by phone' (disahkan melalui telefon) semasa diterbitkan dalam laman klinik perubatan. Seterusnya, kami akan memaklumkan kedua-dua pihak (klinik perubatan dan pesakit) tentang penerbitan ulasan melalui emel dan SMS. Untuk melindungi hak peribadi pesakit, kami tidak akan menerbitkan maklumat peribadi (nama penuh, nombor telefon, alamat emel, nombor kad pengenalan/nombor pasport) dalam semua ulasan. Cuma nama awalan akan diterbitkan (atau nama samaran jika diminta oleh pesakit).
  • Aduan daripada pesakit mengenai pengalaman mereka semasa mendapatkan perkhidmatan di klinik perubatan akan ditangani secara profesional. Khidmat pelanggan kami akan sentiasa berhubung dengan pesakit dan klinik perubatan agar dapat menjalani susulan serta membekalkan penyelesaian yang memuaskan kepada kedua-dua pihak. Walaubagaimanapun, ulasan negatif akan diterbit secara konstruktif untuk klinik perubatan dan untuk kebaikan ERUFU Care, ini kerana kami menitikberatkan dan menjadikan komen anda sebagai asas untuk rujukan serta penambahbaikan perkhidmatan klinik perubatan.
  • ERUFU Care berhak mengeluarkan sebarang komen atau ulasan yang tidak memberi maanfaat kepada orang awam atau pesakit, termasuk tetapi tidak terhad kepada: spam, komen berunsur pemasaran, dan kandungan yang tidak sesuai.
  • Integrasi ulasan pihak ketigabagi klinik perubatan:
    • Atas permintaan rakan kongsi pengamal perubatan, integrasi ulasan klinik perubatan daripada WhatClinic.com dan/atau Facebook diterbitkan di sesetengah laman web klinik perubatan. Ulasan-ulasan ini digunakan di bawah kebenaran klinik perubatan tersebut dan Facebook.
    • Klinik-klinik perubatan menanggung tanggungjawab sepenuhnya ke atas pengesahan dan kesahihan ulasan pihak ketiga daripada WhatClinic.com dan Facebook. ERUFU Care tidak menanggung sebarang tanggungjawab atau liabiliti ke atas ulasan pihak ketiga.
    • ERUFU Care terbuka kepada integrasi ulasan pihak ketiga yang lain pada masa depan, tetapi hanya di bawah kebenaran rakan kongsi pengamal perubatan kami. Tanggungjawab ke atas semua ulasan pihak ketiga akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak klinik perubatan.
    • Sumber ulasan klinik perubatan dilabelkan pada ulasan yang diterbitkan: sama ada daripada ERUFU Care, WhatClinic.com atau Facebook.

Untuk maklumat lanjut mengenai sistem ulasan bagi perkhidmatan platform ERUFU Care, berikut adalah dasar ulasan bagi perkhidmatan platform ERUFU Care:

  • Di ERUFU Care, kami menjamin keterbukaan saluran komunikasi, terutamanya untuk pesakit atau pengguna ERUFU Care. Kami menerima komen dan ulasan sebagai kenyataan konstruktif daripada pengguna, ini untuk menambahbaikkan perkhidmatan kami secara berterusan dan kami menerbitkan ulasan dengan sebenarnya.
  • Ulasan untuk perkhidmatan daripada ERUFU Care dikumpul melalui panggilan telefon oleh khidmat pelanggan ERUFU Care yang berdedikasi terhadap pesakit yang telah melawat klinik perubatan tersebut melalui bantuan daripada platform kami. Perbualan telefon peribadi termasuk perbincangan mengenai tahap kepuasan pesakit, maklum balas dan/atau ulasan mengenai pengalaman mereka semasa melayari laman web ERUFU Care. Pesakit juga berpeluang menilai taraf pengalaman mereka semasa melayari platform ERUFU Care daripada 5 bintang, di mana 5 bintang adalah markah penuh. Skor penilaian keseluruhan (daripada 5 bintang) yang merupakan purata skor daripada semua ulasan yang telah dikumpul akan diterbitkan dalam platform ERUFU Care.
  • Setelah mengumpul ulasan, kami menerbitkan ulasan tersebut dalam laman web kami beserta dengan tarikh mengumpul ulasan tersebut. Ulasan yang diterbitkan disahkan oleh khidmat pelanggan ERUFU Care melalui panggilan telefon secara langsung kepada pesakit. Seterusnya, kami akan memaklumkan pesakit tentang penerbitan ulasan melalui emel dan SMS.
  • Untuk melindungi hak peribadi pesakit, kami tidak akan menerbitkan maklumat peribadi (nama penuh, nombor telefon, alamat emel, nombor kad pengenalan/nombor pasport) dalam semua ulasan. Cuma nama awalan akan diterbitkan (atau nama samaran jika diminta oleh pesakit). Penterjemahan ulasan untuk perkhidmatan ERUFU Care akan dilakukan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Cina, dan Bahasa Indonesia. Bagi mengelakkan berlakunya sebarang kesalahan taksiran, kami bersedaya upaya untuk memastikan ketepatan terjemahan.

Di ERUFU Care, kami mempercayai dalam komunikasi yang efektif antara pesakit dengan pakar perubatan, bagi memastikan mereka mendapat penjagaan yang diperlukan. Selaras dengan ini, kami mengekalkan keterbukaan saluran komunikasi. Kami percaya bahawa platform ulasan ini boleh memupuk kebebasan bersuara bagi semua yang menggunakan ERUFU Care.

Klinik-klinik perubatan dan doktor-doktor pakar yang disenaraikan di ERUFU Care telah disahkan oleh protokol daripada Kementerian Kesihatan (K.K.M.) Malaysia dan Indonesia. Maklumat selanjutnya di sini: Protokol ERUFU Care Untuk Mengesahkan Kesahihan Klinik dan Doktor.

Jika anda ingin meninggalkan komen atau menghubungi kami, anda sentiasa boleh menghubungi Juliet melalui juliet@erufucare.com atau mengisi borang yang mudah ini untuk menghubungi kami!

*Dasar ulasan dalam laman web ini aslinya dibuat dalam Bahasa Inggeris. Pihak ERUFU Care menyediakan beberapa versi terjemahan untuk memudahkan anda. Namun, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan jika terjadi konflik atau ketidaksesuaian apa pun.
ERUFU Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.