Empat Makanan Menggiurkan Yang Perlu Dielakkan Ketika Haid

Keibubapaan Wanita Kini

Adakah anda mengidam untuk menikmati coklat ketika anda sedang haid? Oh tidak! Adakah anda mengetahui bahawa memakan sesuatu yang mempunyai kandungan kafien akan lebih memudaratkan kekejangan anda? Saya juga telah menyertakan beberapa FAQ untuk anda! Mari kita lihat sekarang!


Juliet Station wonder ladies

Artikel yang ditulis ini didedikasikan untuk semua wanita di seluruh dunia khususnya untuk wanita yang mempunyai masalah kitaran haid. Sebarluaskan maklumat ini dan berkongsilah bersama ibu, kekasih dan teman wanita anda. Selagi anda tidak berkongsi maklumat ini anda tidak akan tahu.

Female patient with menstrual cramp

Hari ini merupakan hari pertama untuk haid bulanan. Syukurlah saya tidak pernah mengalami ketidakselesaan ketika haid. Namun, saya sering melihat beberapa orang pesakit menderita senggugut atau nama saintifiknya iaitu dysmenorrhea. Oleh itu, saya mengetahui bahawa bagaimana sakit haid berkenaan boleh mengubah emosi seseorang. Daripada pengetahuan saya, faktor penyebab kepada senggugut berbeza kepada setiap individu.

hunger breeds discontentment

Pasti ada yang pernah terdengar pepatah popular Cina tentang “makanan adalah sesuatu yang perlu untuk hidup”. Untuk itu, saya bakal berkongsi dengan anda semua tentang jenis-jenis makanan yang seharusnya dielakkan ketika anda sedang haid. Namun, ini bukan bermaksud anda perlu berhenti serta merta daripada memakan makanan tersebut. Sebaliknya makanan-makanan ini harus diambil mengikut tahap kesihatan seseorang.

Makanan 1: Makanan Yang Mengandungi Asid

Dairy products

Contoh makanan: Daging merah, produk tenusu seperti susu dan keju

Sebab: Makanan jenis ini mengandungi asid arachidonik yang mempunyai omega 6 lemak tidak tepu yang penting untuk tubuh badan dan juga kesihatan otak untuk berfungsi secara normal perkembangan dan pembesarannya. Walaubagaimanapun, ia memberikan suatu rangsangan bahawa kejadian senggugut dan kekejangan ini akan mengakibatkan prostaglandin. Prostaglandin merupakan suatu bahan kimia di dalam sel yang menyebabkan penguncupan otot. Apabila simptom prostaglandins ini sudah mula menular di dalam saluran darah anda (kebiasaannya sejam atau dua jam selepas anda mengalami haid), anda akan mula merasai kesan sampingan daripadanya.

Makanan 2: Makanan Yang Mempunyai Jumlah Sodium Tinggi

Potato chips & canned foods

Contoh Makanan: Kerepek Kentang, makanan proses dan bertin seperti daging di dalam tin, buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam tin.

Sebab: Makanan jenis ini akan mengakibatkan lebihan pengekalan air (oedema) dan akan mengakibatkan kembung angin.

Saya masih ingat keadaan Shalini yang kelihatan agak bengkak ketika bertemunya tempoh hari. Saya mendapati bahawa dia mengandungi tahap sodium yang tinggi di dalam permakanannya. Mengikut kepada Persatuan Hati Amerika, lebihan pengambilan sodium akan mengakibatkan cecair dan bengkak pada sesetangah tubuh badan seseorang. Namun ini bukanlah satu-satunya penyebab kepada pengekalan air di dalam tubuh. Bahkan berdiri dalam suatu tempoh yang lama juga boleh menjadi penyebab kepada masalah berkenaan.

Untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapinya itu, Shalini bertambah baik setelah meminum air yang secukupnya bagi membuang lebihan sodium di dalam tubuh badannya.

Makanan 3: Makanan Yang Mengandungi Kafien

caffeinated foods

Contoh makanan: Coklat, teh, kopi

Sebab: Kafien mempunyai kandungan bahan yang boleh memberikan keadaan lebih teruk terhadap kekejangan ketika haid. Selama ini anda pasti sudah tersalah anggapan bahawa jenis makanan ini akan melegakan kekejagan ketika haid., namun sebenarnya sama sekali ia tidak melegakan. Hakikatnya, makanan yang mempunyai kafien menjadi penyumbang kepada tekanan, dan simptom yang lebih teruk seperti keresahan, kemurungan dan ketidakselesaan pada sekitar payu dara.

Makanan 4: Makanan Manis

Sugary foods

Contoh Makanan: Manisan, donut, kek

Sebab: Kandungan gula di dalam darah akan menjadi tidak stabil berikutan perubahan hormon yang berlaku semasa tempoh haid. Malahan, makanan yang mempunyai kadar kandungan gula yang tinggi akan memberikan kesan yang cukup pantas kepada tubuh seseorang. Apabila kandungan gula di dalam badan tidak dapat dikawal ia akan memberikan kesan. Maka, memakan makanan yang manis seperti donut akan mengakibatkan perubahan emosi dan tekanan. Malahan anda juga akan merasa kecewa, marah, kemurungan atau kesukaran untuk berfikir dengan jelas. Dengan ini, anda sudah tahu mengapa sikap seseorang agak menjengkelkan ketika dalam tempoh haid?

Dalam erti kata yang lain, jika anda mempunyai masalah pendarahan yang teruk ketika haid berkemungkinan anda akan kehilangan sel darah merah atau hemaglobin. Kekurangan sel darah merah di dalam tubuh akan menyebabkan anda tidak mendapat oksigen sepatutnya. Disebabkan perubahan-perubahan inilah kebiasaanya seseorang wanita akan mengalami ketidakseimbangan sistem imuninasi yang akhirnya mengakibatkan keletihan.

Di dalam artikel ini juga turut diselitkan tentang soalan yang soalan lazim (FAQ) yang sering ditanyakan oleh orang ramai dan saya rasakan ianya suatu yang menarik untuk dikongsi bersama.

Tunggu, Bagaimana Pula Dengan Ais-…?

Question from Syana

Syana: Juliet, bagaimana pula dengan aiskrim dan air berkabonat? Lagi banyak saya minum lagi sakit saya rasa. Hmmm.. Ada juga sesetengah yang mengatakan tidak digalakkan untuk meminum air kelapa ketika haid. Apa pendapat awak?

Juliet: Oh Syana. Awak sepatutnya berhenti untuk mengambil jenis makanan tersebut jika anda berasa sakit. Saya masih ingat tentang ibu saya pernah menasihati untuk tidak meminum air kelapa ketika sedang haid. Saya juga turut membuat penyelidikan dan telah menemui satu fakta bahawa terdapat kekurangan bukti yang sahih untuk mengatakan bahawa kita tidak digalakkan meminum air kelapa dan memakan nenas ketika tempoh haid.

Namun, ais krim dan air berkabonat tetap mempunyai kandungan gula yang tinggi sepertimana yang telah diterangkan sebentar tadi…

“Maka, memakan makanan yang manis seperti donut akan mengakibatkan perubahan emosi dan tekanan. Disebabkan perubahan-perubahan inilah kebiasaanya seseorang wanita akan mengalami ketidakseimbangan sistem imuninasi yang akhirnya mengakibatkan keletihan.”

Aha, dengan penerangan panjang lebar berkenaan pastinya anda sudah jelas tentang makanan yang perlu dielakkan ketika dalam tempoh haid.

Timun Mengakibatkan Kesakitan Ketika Haid?

Katty with cucumber

Wiwin: Adakah tidak mengapa untuk memakan timun ketika haid?

Juliet: Tidak dapat dinafikan lagi bahawa timun sangat kaya dengan sumber vitamin K. Pengambilan timun di dalam permakanan akan memberikan banyak manfaat termasuklah:

  • Mengelakkan dehidrasi.
  • Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi (namun harus diingat bahawa timun tidak boleh menggantikan fungsi ubat darah tinggi.
  • Baik untuk kulit.
  • Untuk kesihatan tulang.

Jadi berbalik kepada soalan, anda tidak perlu khuatir jika hendak memakan timun ketika haid. Setakat ini tiada penyelidikan saintifik yang menunjukkan kesan sampingan yang buruk jika memakan timun ketika dalam tempoh haid. Maka, andaian tentang anda tidak seharusnya memakan timun ketika haid hanyalah mitos sahaja.

Apa Kini?

Saya akan berkongsi sedikit sebanyak maklumat tentang hal ini kepada rakan-rakan dan para pesakit saya. Tujuan saya adalah untuk memulakan satu gaya hidup yang sihat dengan berkongsi maklumat kepada semua dan bukannya menyimpan info-info berkenaan untuk pengetahuan sendiri. Malah, siapapun anda, ahli perubatan profesional, ahli kesihatan profesional mahupun seorang gadis biasa, anda harus mengambil tahu dan meneroka tentang perjalanan hidup seorang wanita dengan dialu-alukan untuk berkongsi pendapat dan pandangan anda dengan meninggalkan komen pada ruangan di bawah. Mungkin ia boleh membincangkan tentang jenis makanan yang anda ambil untuk melegakan kesakitan ketika haid? Atau anda boleh berkongsi pengalaman istimewa atau langkah rahsia untuk mengatasi masalah kesakitan dalam tempoh haid.

Terima kasih!

Perbincangan

Lihat Lebih Banyak Komen

Tulis komen anda di sini