Kenapa Ibu Selalu ke Tandas? – Masalah Inkontinen

Wanita Kini Lelaki Kini Jagaan Warga Emas

Kita tidak sepatutnya berasa malu bercakap mengenai masalah kesihatan kita, terutamanya masalah mengawal air kencing yang merupakan gejala yang biasa di negara kita!


Pada minggu lepas, Juliet bertemu dengan seorang wanita berumur 40-an di hospital. Dia mengalami keradangan dan kegatalan pada bahagian bawah badannya. Selepas pertanyaan yang lebih terperinci, Juliet mendapati bahawa masalahnya berpunca daripada penggunaan lampin dewasa yang kerap disebabkan masalah inkontinen (lemah kawalan air kencing).

juliet ‘s mother having urine incontinence

Ibu Juliet juga pernah mengalami masalah inkontinen beberapa tahun lalu. Pada tempoh masa itu, Juliet selalu mengambil cuti daripada kerja untuk menjaga ibu sewaktu dia meluangkan masa berusaha untuk merawati simptom inkontinen. Tahukah kawan-kawan apa itu inkontinen?

Inkontinen, atau lemah kawalan air kencing, adalah simptom yang biasa dialami lelaki dan wanita berumur 40 ke atas, kebanyakannya oleh para wanita. Namun begitu, orang dewasa sering berasa malu untuk menyuarakan masalah inkontinen mereka. Inkontinen boleh mengganggu akitiviti kehidupan harian kita. Perbuatan kecil seperti ketawa dan batuk boleh menyebabkan kebocoran air kencing. Pesakit inkontinen mungkin akan mengurangkan minuman air untuk mengelakkan pembuangan air kecil, atau mengelakkan keluar dari rumah kerana bimbang kondisinya diperasan orang lain. Kadang-kadang, kegagalan mengawal air kencing juga boleh berlaku semasa hubungan seks. 

How to know if your parents have urinary incontinence

Adakah ibu bapa mengalami simptom inkontinen?

Anda boleh mengetahui sama ada ibu bapa anda mengalami simptom inkontinen jika:

  1. Anda terhidu bau kencing dekat ibu bapa atau bilik mereka
  2. Ibu bapa selalu pergi ke tandas atau selalu menukar lampin dewasa
  3. Ibu bapa selalu mencuci atau menyidai seluar dan tilam mereka

Jika anda perasan tanda-tanda tersebut, jangan risau lagi! Hari ini, Juliet akan mengajarkan macam mana memperbaik simptom inkontinen. Sebelum itu, mari kita memahami dengan lebih lanjut mengenai inkontinen.

Apakah inkontinen?

urinary incontinence-bladder

Terdapat 5 jenis inkontinen:

1. Inkontinen jenis melimpah (Overflow incontinence)

Simptom: Pembuangan air kecil tanpa desakan

Punca: Uretra (saluran keluar air kencing) tersumbat atau penguncupan otot pundi menyebabkan air kencing dalam pundi berlebihan tanpa memberikan desakan.

Pesakit Berisiko Tinggi: Lelaki yang mempunyai prostatic hyperplasia (prostat yang besar); wanita yang pernah menjalani pembedahan histerektomi (pengeluaran sebahagian atau seluruh rahim)

2. Inkontinen jenis tekanan (Genuine stress incontinence)

Simptom: Tekanan pada bahagian abdomen (seperti batuk, ketawa, bersin, bersenam, atau mengangkat barangan berat) menyebabkan kebocoran kencing tanpa perasaan desakan. Inkontinen ini merupakan jenis yang paling biasa.

Punca: Tekanan pada bahagian abdoman menyebabkan pengenduran otot pelvis. Otot pundi tidak dapat dikawal lalu berlakunya kebocoran air kencing.

Pesakit Berisiko Tinggi: Wanita, terutamanya selepas penglahiran anak (anak ketiga dan berikutnya/bayi yang besar); wanita yang telah melepasi menopause, lelaki atau wanita yang gemuk atau sentiasa batuk

3. Inkontinen jenis desakan (Urgency incontinence)

Simptom: Pembuangan air kecil yang kerap (melebihi 8 kali pada waktu siang, melebihi 2 kali ketika tidur malam)

Punca: Kerosakan safar berhampiran pundi menyebabkan keperluan kencing sebaik sahaja terdapat sedikit desakan

Pesakit Berisiko Tinggi: Orang yang dialami infeksi uretra atau pundi, pesakit diabetes, pesakit stroke, pesakit kerosakan saraf tunjang, pesakit yang mempunyai pundi yang terlalu aktif atau penguncupan otot pundi yang tidak konsisten.

4. Inkontinen jenis fungsi badan (Functional incontinence)

Simptom: Ketidakupayaan kencing disebabkan oleh masalah atau kecacatan fizikal walaupun terdapatnya desakan kencing seperti biasa

Punca: Masalah atau kecacatan organ atau bahagian badan

Pesakit Berisiko Tinggi: Orang kurang upaya; orang tua; pesakit Alzheimer; pesakit osteoporosis

5. Inkontinen jenis campuran (Mixed incontinence)

Simptom: Campuran simptom inkontinen jenis tekanan dan inkontinen jenis desakan

Sekarang, kawan-kawan sudah sedar bahawa inkontinen bukannya penyakit, tetapi satu simptom disebabkan kesihatan badan. Mari Juliet memberitahu semua beberapa cara memperbaik simptom-simptom ini!

diet

1.Diet

  • Mengelakkan daripada mengambil alkohol dan kafein (seperti kopi, Cola, teh)
    Kafein dan alcohol boleh menyebabkan diuresis, iaitu pengeluaran kencing yang bertambahan
  • Mengelakkan makanan pedas (seperti cili, kari)
    Makanan pedas boleh merangsangkan pundi dan menyebabkan pembuangan air kecil yang kerap
  • Makan makanan berserat tinggi untuk melancarkan pencernaan – masalah sembelit boleh menyebabkan tekanan pada abdomen, lalu menyebabkan inkontinen jenis tekanan

urine incontinence control weight

2.Pengawalan berat badan

  • Menurut kajian, berat badan yang sihat berkesan dalam merawat inkontinen jenis tekanan

adult diaper

3.Penggunaan lampin dewasa

  • Terdapat pilihan yang berpelbagai dalam pasaran. Juliet menasihatkan pembaca memilih lampin dewasa yang direka khas untuk inkontinen, kerana lampin jenis khas ini mempunyai penyerapan bau dan cecair yang lebih baik.
  • Juliet juga ingin memesan untuk kerap menukarkan lampin dewasa untuk mengelakkan kelembapan dan pertumbuhan bakteria.

medication for urinary incontinence

4.Ubat/medikasi

  • Doktor-doktor akan mempreskripsikan ubat yang sesuai berdasarkan betapa seriusnya keadaan simptom inkontinen pesakit (contohnya, pesakit yang mempunyai inkontinen jenis desakan akan diberikan ubat pengenduran otot pundi, manakala pesakit inkontinen jenis tekanan diberikan ubat estrogen)

kegel excercise for urinary incontinence

5.Latihan

  • Jika anda pergi ke tandas melebihi 8 kali sehari, anda mungkin mempunyai pundi yang terlalu aktif. Walaupun fenomena ini tidak semestinya bermaksud anda menghidapi simptom inkontinen, anda boleh menjalani beberapa latihan untuk mengurangkan kekerapan pembuangan air kecil. Pembuangan air kecil yang normal berlaku setiap 2-3 jam. Jika anda merasai desakan untuk kencing dalam jangka masa satu jam, anda boleh berlatih menahankan kencing dengan meletakkan perhatian pada perkara yang lain.

    Namun, jangan menahan kencing untuk masa yang terlalu lama untuk mengelakkan komplikasi yang lain! Kawan-kawan boleh bermula dengan menahan selama 15 minit, lalu lambat-laun meningkatkan jurang masa antara setiap kali ke tandas.

Senaman Kegel (juga dikenali sebagai senaman pelvis)

  • Senaman Kegel atau senaman pelvis boleh menguatkan otot pelvis. Senaman ini berguna bagi pesakit yang mengalami kekerapan kencing, inkontinen, prolaps rahim (kelemahan otot rahim), dan ejakulasi pramatang.
  1. Baring rata di atas lantai atau katil. Bengkokkan lutut sehingga keluasan bahu.
  2. Tinggikan bahagian punggung dan paha ke atas dan menguncupkan otot pelvis untuk 10 saat. Baring dan berehat untuk 10 saat.
  3. Ulangkan 10 kali untuk 1 set. Menjalani latihan sekurang-kurangnya 1 set setiap hari. Keputusan patut boleh dilihat selepas 2-3 bulan.

Senaman ini berkesan terutamanya untuk pesakit inkontinen jenis tekanan.

urinary incontinence-cough symtom

6.Mendapatkan rawatan untuk simptom batuk

  • Simptom batuk boleh disebabkan oleh punca-punca yang berlainan. Batuk boleh memburukkan kondisi inkontinen jenis tekanan, jadi Juliet menasihatkan agar kawan-kawan mendapatkan rawatan medikal bagi simptom batuk!

urinary Incontinence surgery

7.Surgeri/pembedahan

  • Surgeri bukannya kewajipan untuk simptom inkontinen, kerana pembedahan tidak menjamin pemulihan yang sempurna dan mungkin menyebabkan kesan sampingan atau komplikasi yang lain. Bincangkan persoalan surgeri dengan doktor anda secara teliti sebelum menjalani pembedahan. Jika cara-cara lain yang disebutkan tadi tidak berkesan, anda bolehlah mempertimbangkan mana-mana rawatan surgeri yang berikut: penyuntikan kolagen (collagen injection), sfinkter kencing tiruan (artificial urinary sphincter), pembaikan faraj anterior (anterior vaginal repair), atau penggantungan leher pundi (bladder neck suspension).

Juliet tahu kadang-kala ibu bapa kita bersikap degil dan berasa malu untuk mendapatkan rawatan medikal untuk simptom inkontinen atau penyakit yang lain. Namun begitu, kita patut meluangkan masa untuk bersembang dengan ibu bapa mengenai apa-apa masalah kesihatan yang mereka alami. Sudahkah anda bersembang dengan ibu bapa hari ini?


Pesan Juliet’:Juliet's TipsSelain warga tua, inkontinen juga boleh dialami wanita hamil. Pergerakan bayi sebelum persalinan boleh menyebabkan kerosakan dalaman pada orga dan menyebabkan inkontinen. Jika simptom inkontinen berterusan selama lebih daripada 3 bulan selepas bersalin, dapatkan nasihat doktor secepat mungkin! Jika anda ingin berkongsi cerita anda, ataupun ingin bertanya soalan kepada Juliet, kawan-kawan boleh berbuat demikan melalui e-mel juliet@erufucare.com!

Contoh Perbincangan

Tulis komen anda di sini