E-Rokok vs Tembakau

Badan & Minda

Dengan populariti E-Rokok yang semakin hangat, terutamanya antara golongan muda, Juliet melihat sama ada e-rokok merupakan pilihan alternatif yang baik bagi merokok.


Lisa with newborn baby,complain husband smoking

Dengan Lemon kini sebahagian daripada ahli keluarga Lisa, Lisa sentiasa minta suaminya untuk berhenti merokok. Pada minggu lepas, Lisa tanyakan Juliet pula, adakah e-rokok satu pilihan alternatif yang baik untuk membantu suaminya berhenti merokok?

Tahukah kawan-kawan apakah e-rokok?

Apakah e-rokok?

apakah e-rokok?\

E-rokok, juga dikenali sebagai akitiviti vaping, biasanya berbentuk seperti rokok biasa, pen atau botol. E-rokok mempunyai bekas yang mengandungi nikotin cecair, bahan perisa dan bahan kimia. Sebuah peranti pemanasan mengubahkan bahan-bahan kimia menjadi wap sebelum dihisap oleh pengguna. 

Adakah vaping menyebabkan ketagihan?

purchase many vape

Walaupun e-rokok hanya mengandungi sebahagian kandungan daripada rokok biasa, kandungan yang utama masih lagi adalah nikotin. Kandungan nikotin dalam e-rokok boleh menyebabkan ketagihan. Disebabkan oleh pengiklanan terhadap golongan muda bahawa aktiviti vaping lebih bersihat daripada merokok, mereka lebih cenderung untuk menagih pada e-rokok.

Kenapa vape?

cigarette vs vaping

Terdapat beberapa kebaikan e-rokok yang menyebabkannya disokong oleh sebahagian masyarakat pada hari ini. E-rokok didapati kurang berbahaya berbanding dengan rokok biasa. Aktiviti vaping tidak melibatkan pembakaran rokok, jadi bahan kimia yang menjadi asap juga dikurangkan (pembakaran bahan kimia menjadi asap menghasilkan bahan toksik seperti karsinogen). Kesan asap daripada e-rokok terhadap orang selain daripada perokok juga kurang daripada kesan rokok biasa. Kebanyakan perokok juga lebih suka kepelbagaian perisa e-rokok. Aktiviti vaping sering dianggap sebagai pilihan alternatif yang lebih baik daripada merokok. E-rokok juga digunakan sebagai alat pembantu dalam usaha berhenti merokok. Namun, kita patut sedar bahawa Persatuan Jantung Amerika telah menasihatkan orang ramai supaya hanya menggunakan e-rokok untuk berhenti merokok sebagai pilihan terakhir. 

Kenapa tidak?

vaping accident

Menurut beberapa kajian, aktiviti vaping boleh menyebabkan risiko merokok, terutamanya antara pemuda. Terdapat juga beberapa kes keletupan dan kebakaran e-rokok disebabkan oleh komplikasi bateri atau tekanan yang terlalu tinggi dalam bekas bahan kimia. Nikotin dalam bentuk cecair yang terdapat dalam e-rokok juga lebih beracun berbanding nikotin yang dibakar. Selain itu, kandungan nikotin dalam e-rokok juga lebih pekat disebabkan oleh bentuk cecairnya.

Salah satu tarikan terbesar e-rokok adalah kepelbagaian pilihan perisanya. Namun, kebanyakan perisa-perisa ini tidak dikawal oleh pihak berkuasa dan tidak mempunyai label yang sesuai. Contohnya, salah satu e-rokok boleh mengandungi bahan glycerine yang terdapat dalam sayur-sayuran, manakala e-rokok yang lain boleh mengandungi bahan diacetyl yang boleh menyebabkan kerosakan paru-paru.

Walaupun aktiviti vaping dikatakan sebagai satu cara berhenti merokok, kadar penghentian merokok melalui e-rokok sebenarnya tidak tinggi. Jika seseorang itu tidak berminat akan merokok, dia juga berkemungkinan besar untuk mencuba merokok mengikuti penglibatannya dalam aktiviti vaping.

Selain itu, vaping juga dikenali sebagai punca beberapa masalah kesihatan, termasuk kerosakan perkembangan otak, memori dan kebolehan menumpukan perhatian. Penggunaan e-rokok oleh wanita hamil juga tidak dinasihatkan kerana ini boleh menyebabkan kecederaan kepada bayi sebelum persalinan.

reject vaping&cigarette

Kesimpulannya, kita patut memahami bahawa e-rokok merupakan alat pengurangan risiko kesihatan, dan bukannya alat penyingkiran risiko sepenuhnya. E-rokok boleh dikatakan sebagai pilihan alternatif yang lebih baik daripada merokok, tetapi ia masih tidak merupakan kegiatan atau aktiviti yang sihat atau selamat.

Contoh Perbincangan

Tulis komen anda di sini