Pengambilan Ubat Semasa Mengandung – Selamat atau Berbahaya?

Badan & Minda Keibubapaan Wanita Kini

Proses mengandung merupakan pengalaman yang mengujakan dan menakutkan pada masa yang sama. Biasanya, bakal-bakal ibu akan mempunyai keraguan mengenai keselamatan pengambilan ubat semasa mengandung. Hari ini, Juliet akan membincangkan beberapa prinsip topik ini!


Juliet&Lisa dinner

Lisa bakal menjadi seorang ibu tidak lama lagi! Dengan perasaan teruja dan gementar, Lisa membimbangkan beberapa isu mengandung – termasuk isu pengambilan ubat.

Terdapat banyak keraguan mengenai pengambilan ubat oleh wanita yang mengandung, termasuk ubat preskripsi, ubat dibeli di kaunter, ubat herba atau vitamin. Sebagaimana Juliet telahpun menerangkan untuk Lisa, hari ini Juliet akan berkongsi dengan kawan-kawan semua untuk menghilangkan keraguan anda!

ubat-ubatan kesan buruk dalam hamil

Ubat akan disampaikan kepada bayi melalui plasenta

Pembentukan nyawa yang baru merupakan proses yang rumit. Sejak pembentukan bayi bermula, setiap peringkat pembesaran bayi mesti berlaku dalam proses yang sesuai untuk melahirkan anak yang sihat. Sebarang gangguan, terutamanya pada waktu trimester pertama, akan menyebabkan kesan yang tidak baik pada janin. Salah satu gangguan ini merupakan pengambilan ubat semasa mengandung. Kebanyakan ubat boleh disampaikan kepada bayi melalui plasenta (iaitu jambatan yang menghubungkan ibu dan bayi). Malah, beberapa jenis ubat telahpun dikaitkan dengan kecacatan kelahiran bayi, kehilangan kehamilan, dan kematian bayi.

use medication during pregnancy

Penggunaan ubat semasa mengandung tidak luar biasa, tetapi maklumat keselamatan tidak mencukupi

Jika anda pernah mengambil ubat semasa mengandung dan risau akan kesannya, anda tidak berseorangan! Menurut laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centres for Disease Control and Prevention, CDC), ubat diambil oleh 9 daripada 10 orang wanita hamil. Sejak beberapa tahun yang lalu, pengambilan ubat preskripsi semasa trimester pertama telah meningkat lebih daripada 60%. Namun, kurang daripada 10% ubat mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai kesan pada kehamilan. Ini kerana wanita mengandung biasanya tidak terlibat dalam percubaan dan ujian ubat sebelum dijual di pasaran. Dalam kata lain, ubat-ubat boleh membawa risiko kepada kehamilan, tetapi risiko-risiko tersebut tidak lagi diketahui.

Ubat herba atau semulajadi juga termasuk dalam risiko ini kerana wanita hamil tidak terlibat dalam percubaan ubat. Sebenarnya, tiada ubat yang boleh dianggap sebagai 100% selamat untuk wanita mengandung. Juliet juga ingin menitikberatkan bahawa kehamilan yang paling selamat melibatkan pengalaman farmasi sedikit yang mungkin!

pregnancy take medicine

Kadang-kadang kita boleh membuat pilihan, kadang-kadang kita tiada pilihan.

Kadang-kadang, pengambilan ubat semasa mengandung merupakan pilihan. Contohnya, perasaan loya atau mual sangat biasa pada peringkat awal penghamilan. Jika keadaannya tidak serius, anda mungkin boleh menahankan perasaan yang tidak selesa dan tidak mengambil ubat. Kadang-kala, pengambilan ubat bukannya pilihan – ia merupakan keperluan. Dalam situasi yang sama, jika perasaan loya dan gejala muntah menjadi teruk (simptom yang dikenali sebagai hyperemesis gravidarum), pihak ibu mestilah mendapatkan rawatan segera kerana simptom ini mungkin boleh membawa maut.

Ada juga wanita yang memerlukan ubat secara rutin untuk menjaga masalah kesihatan jangka panjang seperti penyakit asma, diabetes, kemurungan atau penyitaan. Keputusan untuk mengambil ubat bukanlah perkara yang terus-terang. Terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan untuk kes-kes yang berlainan.

doktor check database

Bagaimanakah doktor anda membuat kepututsan?

Mula-mulanya, doktor anda mengumpulkan maklumat kesihatan yang terbaru daripada sumber yang dipercayai (seperti label ubat, laporan medikal dan pangkalan data medikal internet). Menurut Indeks Perubatan Bulanan Malaysia (Monthly Index of Medical Specialities Malaysia, MIMS), semua ubat mesti mempunyai label yang menyatakan risiko dan kesan sampingan ubat. Sistem kategori ini direka mengikut sistem Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (Food and Drug Administration, FDA) Amerika Syarikat. Oleh itu, anda boleh memahami beberapa ciri ubat melalui labelnya.

  • Kategory A: Kajian terkawal wanita tidak menunjukkan risiko kepada bayi pada trimester pertama.
  • Kategory B: Kajian binatang tidak menunjukkan risiko pada bayi tetapi tiada kajian terkawal manusia atau
    Kajian binatang menunjukkan kesan yang tidak baik tetapi tidak disahkan untuk wanita hamil trimester pertama.
  • Kategory C: Sama ada kajian binatang menunjukkan kesan buruk pada bayi dan tiada kajian manusia atau
    Tidak terdapat kajian wanita dan binatang.
    Ubat hanya boleh diberikan jika potensi manfaat lebih tinggi daripada potensi risiko pada bayi.
  • Kategory D: Terdapat bukti yang positif bagi risiko untuk bayi manusia, tetapi manfaat ubat mungkin boleh diterima.
  • Category X: Kajian binatang dan manusia menunjukkan keluarbiasaan pada bayi 
    atau
    Terdapat bukti risiko bayi berdasarkan pengalaman manusia.
    Ubat ini tidak patut diambil oleh wanita yang berhamil atau yang ingin berhamil.

Dengan adanya maklumat keselamatan yand diperlukan, doktor anda akan mengadakan perbincangan yang teliti dengan anda untuk membuat keputusan. Proses ini melibatkan perbandingan risiko penyakit ibu dan risiko kesan ubat pada bayi. Proses ini tidak senang. Anda patut membuat keputusan dengan baik bersama doktor anda.

trust your doctor

Bertanya soalan dan mengamalkan kepercayaan antara satu sama lain

Kepercayaan yang sepenuhnya kepada doktor merupakan sesuatu yang amat penting. Anda patut berbincang mengenai semua ubat yang anda ambil atau bakal mengambil bersama dengan doktor anda. Jika anda mempunyai sebarang soalan, ataupun ternampak sebarang maklumat dari sumber internet, bincangkan dengan doktor anda kerana doktor bertanggungjawab atas kesihatan anda bersama bayi anda.


Juliet's TipsPesanan Juliet: Juliet berikan 3 tip untuk menjaga pengambilan ubat semasa mengandung: Selalu bertanya soalan. Sebelum mengambil sebarang ubat, bincangkan dengan doktor anda. Jangan berhenti makan ubat harian sebelum doktor anda minta untuk berbuat demikian. Baca label ubat. Anda boleh memeriksa label ubat untuk mengenali ubat tersebut dan kesannya terhadap kehamilan. Berhati-hati di internet. Jangan percayai maklumat sembarangan yang terdapat di internet. Dapatkan nasihat daripada doktor anda dahulu! Adakah anda mempunyai cerita atau pengalaman untuk berkongsi, ataupun ingin bertanya soalan? Anda bolehlah e-mel Juliet melalui juliet@erufucare.com!

Perbincangan

Lihat Lebih Banyak Komen

Tulis komen anda di sini