Adakah Anda Berisiko Putus Haid Seawal Usia 20-an?

Badan & Minda Wanita Kini

Bukankah terlalu awal untuk anda menopaus? Lihat apakah di sebalik menopaus pramatang dan 6 faktor yang menyebabkannya.


Saya pernah mendengar dan menemui beberapa kes yang melibatkan menopaus pramatang di hospital. Seperti sudah dijangka, wanita yang menghadapi masalah ini terkejut kerana keadaan sebegini wujud!

Are you at risk of an early menopause?

Jadi, saya mendedikasikan artikel ini untuk anda, yang mungkin bimbang dengan menopaus yang luar biasa ini. Mari kita lihat misteri di sebalik perkara ini  bersama-sama. Lisa dan Shalini turut merasa bimbang dan berminat dengan topik ini juga.

Apakah Menopaus Di Usia Muda?

What is early menopause?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan menopaus sebagai ketiadaan darah haid dalam tempoh selama 12 bulan, biasanya ia berlaku pada wanita yang berusia lewat 40-an atau 50-an. Menopaus berlaku apabila wanita berhenti melakukan ovulasi (proses menghasilkan ovum).

Menopaus pramatang berlaku apabila seorang wanita tidak mengalami kitaran haid selama lebih dari 12 bulan pada usia di bawah 40 tahun.

Secara biokimia, ini disebabkan oleh peningkatan hormon folikel-stimulasi (FSH) dan penurunan estrogen. Kadang-kala, menopaus pramatang boleh berlaku kepada wanita pada usia 20-an atau 30-an awal.

Menopaus pramatang tidak boleh didiagnosis segera atau diramalkan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tanda yang menandakan proses menopaus.

  • Pra menopaus: Sistem pembiakan mula bergerak lebih perlahan, tempoh haid menjadi tidak teratur. Boleh bermula 10 tahun sebelum menopaus terjadi.
  • Menopaus: Peringkat di mana ovulasi dan kitaran haid berhenti.
  • Pasca menopause: Peringkat terakhir sistem pembiakan wanita, di mana kitaran ovulasi dan haid tidak lagi aktif.

"Jadi mengapa menopaus pramatang berlaku?"

6 Faktor Yang Menyebabkan Menopaus Pramatang

1. Pemakanan

An unhealthy diet may lead to premature menopause

Ibu saya mengalami menopaus ketika dia berusia 52 tahun, iaitu suatu usia normal untuk menopaus.

"Wanita pada masa kini kurang sihat berbanding kami sebelum ini, mesti disebabkan makanan yang anda makan!"

Adakah anda tahu bahawa wanita pada masa lalu mendapat menopaus pada usia yang lebih tua berbanding wanita masa kini? Kami jarang mengaitkan pengambilan makanan dengan sistem pembiakan, tetapi hakikatnya ia saling berkaitan.

Makanan segera dan makanan berkalori tinggi dan manisan telah menjadi norma dalam pemakanan kita pada masa kini. Dengan pengambilan makanan yang kurang berkhasiat juga menjejaskan pada badan kita. Ramai dari kita tidak menyedari bahawa pengambilan makanan sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan reproduktif kita. Diet yang kaya dengan sayur-sayuran telah didapati berkesan untuk mencegah menopaus awal.

2. Faktor Sosial

Social factors may affect early menopause

Kesihatan reproduktif dan haid wanita sangat bergantung kepada tahap hormon yang sihat. Faktor sosial dan emosi boleh membuat gelombang besar emosi yang tidak stabil untuk wanita, yang mempengaruhi tahap hormon.

Ketidakstabilan emosi dan tekanan boleh membawa kepada menopaus pramatang, kerana masalah ini bukan sahaja mempengaruhi kesihatan mental anda, tetapi juga kesihatan fizikal anda dalam jangka panjang.

Sebagai seorang jururawat, saya juga sibuk dengan masa yang dihabiskan untuk menjaga pesakit, tetapi saya juga memerlukan masa untuk diri sendiri - keseimbangan adalah kunci utamanya!

3. Keturunan

Early menopause can be caused by genetic inheritance

Perubahan hormon dan perbezaan boleh diwarisi dari ibu bapa. Jika ibu anda mengalami menopaus awal, kemungkinan anda juga boleh menurutinya.

Tanda hormon lain seperti kitaran haid yang tidak teratur atau tempoh haid yang lewat juga boleh diwarisi secara genetik. Ini bukanlah "penyakit" yang diwarisi, tetapi hanya perbezaan genetik yang diwarisi dari ibu bapa kita.

4. Kesan Daripada Sinar Radiasi

Effects from radiation can lead to early menopause

Pendedahan radiasi yang berpanjangan boleh membahayakan kesihatan mental dan fizikal kita. Adalah biasa bagi wanita yang telah menjalani kemoterapi dalam membunuh sel kanser sebagai sebahagian daripada rawatan kanser untuk mengalami menopaus pramatang, kerana radiasi boleh merosakkan tisu ovari.

Selain itu, haba yang dikeluarkan dari radiasi juga boleh menjejaskan sistem badan kita dan tahap hormon, yang mempengaruhi peringkat menopaus.

5. Merokok

Smoking can lead to early menopause

Adakah anda tahu bahawa merokok juga boleh menjadi penghalang dalam kesihatan reproduktif anda? Kajian mendapati bahawa toksin tembakau boleh menyebabkan menopaus awal atau pramatang dengan mengurangkan peredaran estrogen di dalam badan kita.

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Kajian Pemerhatian Inisiatif Kesihatan Wanita, terdapat 26% risiko lebih tinggi untuk wanita yang merokok sebanyak 100 batang rokok atau lebih dalam kehidupan mereka untuk mengalami menopaus awal, dan 45% wanita yang membesar atau hidup dengan perokok di rumah itu telah melalui menopaus sebelum berumur 50 tahun.

6. Berat Badan

Being overweight can cause early menopause too

Berat badan juga boleh menjejaskan kesuburan dan kesihatan reproduktif untuk wanita. Pengumpulan lemak sebagai akibat kelebihan berat badan atau obesiti boleh menjejaskan pembebasan estrogen. Estrogen terkumpul di bawah lapisan lemak dan membawa kepada menopaus pramatang secara beransur-ansur.

Menopaus boleh menjadi tahap sukar untuk dihadapi sebagai wanita. Secara peribadi, saya akan merasa seperti nilai kewanitaan dalam diri saya sudah diragut, namun kita semua perlu meneruskan kehidupan seperti biasa.

Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita untuk dikongsi atau soalan untuk ditanyakan, berhubung dengan saya di bahagian komen di bawah!

Penjagaan wanita adalah satu isu yang rumit, lihatlah 6 Kesilapan Yang Anda Lakukan Terhadap Penjagaan Alat Sulit.


Juliet's TipsPeringatan Juliet: Penyelidikan terkini juga mendapati bahawa wanita yang tidak mempunyai anak mungkin mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menopaus awal, kerana ovulasi yang lebih kerap berbanding dengan wanita yang menghentikan ovulasi sementara semasa mengandung. Walaupun ia bukan faktor utama dalam perancangan keluarga, anda juga boleh mempertimbangkannya!

Perbincangan

Lihat Lebih Banyak Komen

Tulis komen anda di sini