Kelahiran Semulajadi atau Pembedahan Caesarean?

Keibubapaan Wanita Kini

Soalan yang bakal ibu selalu tertanya-tanya: kelahiran semulajadi atau pembedahan Caesarean?


worry about Natural labour VS Caesarean section

Setelah 28 minggu hamil, Lisa bakal menjadi ibu dalam masa 3 bulan! Sebagai seorang ibu yang baru, Lisa teruja sangat tetapi pada masa yang sama juga berasa risau dan keliru. Baru-baru ini, Lisa tertanya-tanya sama ada kelahiran semulajadi atau pembedahan Caesarean lebih baik. Jawapan yang berbagai-bagai diberikan oleh kawan-kawannya.

“Pilihlah kelahiran semulajadi. Ini cara semulajadi untuk pengalaman kelahiran anak.”

“Biarlah doktor pakar melakukan kerja mereka! Pembedahan Caesarean biasanya dirancang dengan teliti.”

“Kelahiran semulajadi akan menyebabkan proses kelahiran yang sakit.”

“Tetapi parut pembedahan akan sakit juga selepas lahirnya anak!”

Jawapan-jawapan yang berbeza ini hanya menjadikan Lisa lebih risau pada waktu makan tengah hari hari ini. Oleh sebab itu, hari ini Juliet akan berkongsi dengan Lisa dan kawan-kawan semua mengenai perbezaan antara kelahiran semulajadi dan pembedahan Caesarean.

Pembedahan Caesarean

Pembedahan Caesarean (juga dikenali sebagai Caesarean Section, C-Section) merupakan prosedur pembedahan yang dilakukan melalui pemotongan kulit abdomen untuk mengeluarkan bayi daripada uterus ibu.

history of Caesarean section.

*nama pembedahan ini diambil daripada Julius Caesar, bayi pertama yang dilahirkan menggunakan pembedahan Caesarean. Walaupun terdapat pertikaian terhadap mitos ini, satu fakta yang tidak boleh dinafikan adalah bahawa pembedahan Caesarean merupakan salah satu prosedur pembedahan yang tertua dalam sejarah medikal atau sejarah manusia.

Pada zaman silam, pembedahan Caesarean digunakan sebagai pilihan terakhir untuk menyelamatkan bayi, tetapi pembedahan selalu berakhir dengan tragedi. Hampir 100% wanita hamil meninggal dunia akibat pendarahan yang banyak. Akan tetapi, pembedahan ini sudah tidak berbahaya pada zaman ini. Pembedahan Caesarean merupakan salah satu prosedur yang paling kerap dijalankan di hospital. Menurut kajian, 33% daripada bayi di Amerika Syarikat dilahirkan melalui pembedahan Caesarean pada tahun dan 75% daripada bayi kembar dilahirkan melalui pembedahan Caesarean. Di negara China pula, lebih kurang 46% daripada bayi yang dilahirkan melalui pembedahan Caesarean.

Bagaimana pula dengan negara Malaysia? Kadar keseluruhan pembedahan Caesarean adalah sebanyak 23.04%, 23.41% dan 25.08% pada tahun 2010, 2011 dan 2012. Statistik ini menunjukkan bahawa pembedahan Caesarean semakin popular di negara kita.

2 jenis pembedahan Caesarean

baby from caesaran section

Umumnya, terdapat 2 jenis pembedahan Caesarean:

  • Pembedahan Caesarean pilihan(Elective C-section)

Prosedur ini biasanya dirancang dengan teliti. Pembedahan Caesarean pilihan biasanya dilakukan jika kelahiran semulajadi dianggap terlalu bahaya untuk ibu dan anak.

  • Pembedahan Caesarean kecemasan

Pembedahan ini biasanya dilakukan jika kelahiran semulajadi telah gagal berjalan dengan lancar. Oleh sebab itu, pembedahan Caesarean kecemasan selalu dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa tanpa persediaan yang cukup. Pembedahan ini patut dielakkan melalui penilaian kehamilan ibu sebelum kelahiran. 

Sebab-sebab menjalani pembedahan Caesarean

pregnancy tips

1.Kesihatan badan ibu

  • Pengalaman pembedahan Caesarean
    Ini merupakan sebab yang paling biasa bagi pilihan pembedahan Caesarean
  • Selepas pembedahan, dinding rahim ibu menjadi lebih nipis. Ini menyebabkan risiko perpecahan dinding rahim jika ibu melalui proses kelahiran semulajadi

Obstacles in the birth canal

  • Halangan dalam saluran kelahiran

Sebarang pertumbuhan dalam bahagian bawah rahim dan serviks. Saluran kelahiran mempunyai ruang yang sempit yang hanya cukup untuk meruangkan seorang bayi. Kemunculan pertumbuhan akan menyebabkan bayi dihalang dalam perjalanannya keluar dari perut ibu.

small size mother

  • Ibu yang bertubuh kecil

Sesetengah ibu yang bertubuh kecil mungkin mempunyai saluran kelahiran yang kecil. Oleh sebab itu, kelahiran semulajadi mungkin perlu dielakkan.

2.Kesejahteraan bayi

twins caesearan delivery

A.Bayi yang terlalu berat atau terlalu ringan tidak sesuai untuk kelahiran semulajadi

  • Bagi bayi yang terlalu besar, kemungkinan bayi akan tersangkut dalam saluran kelahiran
  • Bayi yang terlalu kecil pula mungkin tidak mempunyai ciri fizikal yang cukup kuat untuk melalui proses kelahiran semulajadi yang panjang.

B.Bayi kembar/triplet

Terdapat ruang yang terhad untuk mengandungi 2 orang bayi. Ini boleh menyebabkan salah satu atau kedua-dua bayi kembar berada dalam posisi kelahiran yang salah.

3.Keinginan ibu bapa

pregnancy mother&father

  1. Kejadian ini dikenali sebagai pembedahan Caesarean permintaan ibu (Caesarean section delivery on maternal request, CDMR).
  2. Terdapat pertikaian bahawa pembedahan Caesarean pilihan memberikan keselesaan psikologi kepada pihak ibu kerana dia telah tahu mengenai prosedurnya sebelum pembedahan. Pengetahuan bahawa semua prosedur telah dirancang dengan teliti membantu meringankan tekanan mental ibu dalam penyambutan anak yang baru.
  3. Walaubagaimanapun, CDMR tidak patut dilakukan sebelum kehamilan selama 39 minggu, kerana bayi pra-matang mudah terdedah kepada masalah pernafasan.
  4. CDMR juga tidak disarankan kepada wanita yang inginkan anak yang banyak kerana pembedahan Caesarean merupakan pembedahan mejar dan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti perdarahan keterlaluan atau jangkitan.

Keburukan pembedahan Caesarean

Terdapat beberapa keburukan bagi pembedahan Caesarean selain daripada kebaikannya yang tersebut tadi.

Caesarean experience

Bagi ibu:

  1. Tempoh tinggal di hospital yang lebih lama
  2. Pengalaman yang lebih sakit selepas pembedahan
  3. Organ atau bahagian badan dekat dengan kawasan pembedahan (seperti usus, pundi kencing, saluran darah, saraf dan otot) boleh cedera dalam proses pembedahan dan menyebabkan tempoh pemulihan yang lebih panjang.
  4. Risiko perdarahan yang banyak
  5. Risiko jangkitan penyakit
  6. Kemungkinan besar tidak dapat menyusu bayi pada tempoh awal selepas kelahiran anak
  7. Pembedahan Caesarean merupakan satu-satunya pilihan bagi kelahiran yang seterusnya
  8. Risiko kepecahan dinding rahim dalam pembedahan Caesarean yang seterusnya disebabkan oleh dinding rahim yang lebih nipis. 

After Caesarean section

Bagi bayi:

  1. Risiko kecederaan dalam proses pembedahan
  2. Tahap gula darah yang rendah
  3. Suhu badan yang rendah.Bayi terdedah di persekitaran yang sejuk dalam pembedahan Caesarean.Dalam kelahiran semulajadi, bayi mendapatkan kehangatan daripada saluran kelahiran.
  4. Risiko terdedah kepada masalah pernafasan

Kelahiran semulajadi

Bagaimana pula dengan kelahiran semulajadi? Walaupun proses kelahiran semulajadi mengambil masa yang panjang dan merupakan proses yang sakit dan menyeksakan, kebaikannya lebih banyak daripada keburukannya.

Kebaikan kelahiran semulajadi

natural labour recover faster

Bagi Ibu:

  1. Tempoh tinggal di hospital yang lebih pendek
  2. Kurang perdarahan dan tempoh pemulihan
  3. Risiko pembedahan dielakkan
  4. Penyusuan boleh dimulakan lebih cepat dan ibu boleh menjalinkan hubungan dengan bayi lebih awal

natural labour-comforting effect on baby

Bagi bayi:

  1. Hubungan yang awal dengan ibu boleh memberikan bayi suasana yang selesa
  2. Perjalanan bayi melalui ruang yang sempit akan memerahkan cecair dari paru-paru dan mengurangkan risiko masalah pernafasan
  3. Perhubungan bayi dengan mikrob dalam perjalanan melalui saluran kelahiran juga memanfaatkan bayi dengan menguatkan sistem imunitinya.

Keburukan kelahiran semulajadi

natural labour-stretch and tearing of skin tissues

Bagi ibu:

  1. Tisu kulit dan perineum (kawasan di antara dubur dan faraj) boleh koyak atau menjadi regang
  2. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kelemahan otot pelvis dan masalah inkontinen (lemah pengawalan kencing) pada masa depan
  3. Ibu juga mungkin mengalami kebocoran kencing apabila dia batuk, bersin atau ketawa.
  4. Kadang-kadang, kawasan perineum akan menjadi lembut semasa hubungan seks.

Long duration natural labour

Bagi bayi:

  • Jika kerumitan kelahiran berlangsung untuk tempoh masa yang lama, pembedahan Caesarean kecemasan mungkin diperlukan.
  • Bayi besar yang tersangkut dalam saluran kelahiran untuk masa yang lama akan menerima bekalan oksigen yang tidak mencukupi dan menyebabkan kerosakan otak yang belum matang.
  • Bayi yang bersaiz besar adalah biasa bagi ibu yang mempunyai obesiti atau diabetes. Dalam kes sebegini, pembedahan Caesarean patut dipilih untuk kelahiran. Pengimbasan ultrasound juga patut dilakukan bagi setiap penghamilan untuk menganggar berat badan bayi.

newborn baby

Juliet berharap kawan-kawan semua lebih memahami cara-cara kelahiran serta kebaikan dan keburukan masing-masing. Tiada pemenang yang jelas dalam perbandingan ini. Bagi ibu-ibu yang boleh menjalani kelahiran semulajadi, anda dinasihatkan untuk berbuat demikian. Namun, bagi kehamilan yang terdapat indikasi yang menunjukkan bahawa pembedahan Caesarean diperlukan, anda tidak patut mengambil risiko kelahiran semulajadi walaupun ia biasa dikatakan sebagai pilihan yang lebih baik. Tidak kira pilihan kelahiran mana yang dipilih, matlamat utama kita adalah untuk melahirkan anak yang sihat ke dunia yang indah ini dengan selamat.


Juliet's TipsPesanan Juliet: Bagi semua ibu bapa yang baru, anda bolehlah berbincang dengan doktor anda mengenai kerisauan atau pemikiran anda mengenai cara melahirkan anak sebelum tiba masanya. Bawa bertenang dan menyambutlah bayi yang baru tanpa kerisauan! Adakah anda mempunyai cerita atau pengalaman untuk dikongsi, ataupun ingin bertanya soalan? Anda bolehlah e-mel Juliet melalui juliet@erufucare.com!

Perbincangan

Lihat Lebih Banyak Komen

Tulis komen anda di sini