Penyusuan Ibu atau Susu Formula?

Badan & Minda Keibubapaan Wanita Kini

Adakah saya patut memilih untuk menyusukan bayi saya atau memilih kemudahan susu formula? Hari ini, Juliet akan menerangkan kedua-dua pilihan ini!


Lisa call to juliet regarding breastfeeding

Kenapa Lisa jarang muncul baru-baru ini? Beberapa minggu ini, Lisa menghabiskan masa di rumah untuk menjaga kehamilannya. Pada minggu lepas, Lisa telahpun bersalin dan melahirkan anak perempuannya dengan selamat!

Semalam, Lisa membuat panggilan telefon bagi saya.

“Juliet, adakah penyusuan ibu ataupun susu formula lebih balik untuk anak saya? Patutkah saya memberikan dua-dua sekali?

Di Malaysia, Polisi Penyusuan Ibu Kebangsaan dan inisiatif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggalakkan ibu-ibu memberikan bayi penyusuan selama 6 bulan yang pertama. Penyusuan ibu boleh diteruskan sehingga 2 tahun.

Dengan kemajuan teknologi dan penyelidikan sains makanan pada zaman moden ini, susu formula juga telah diperbaik kualitinya. Juliet pasti kawan-kawan pernah ternampak pelbagi iklan dalam TV atau melalui media tentang teknologi yang baru dalam susu formula.

Hari ini, Juliet akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang ciri-ciri dan perbezaan antara susu ibu dan susu formula!

Susu ibu

breastfeeding mother

Susu ibu sesuai untuk diberkan kepada bayi pada 6 bulan pertama. Selepas 6 bulan, makan lain boleh diperkenalkan kepada bayi bersama penyusuan yang masih berterusan. Pada umumnya, susu ibu mengandungi 87% air, 3.8% lemak, 1% protein, dan 7% laktosa. Susu ibu mengandungi kebanyakan vitamin yang penting kecuali vitamin D dan K yang boleh didapatkan melalui pemakanan makanan yang lain selepas 6 bulan.

Manfaat susu ibu

manfaat susu ibu

  • Susu ibu mengandungi nutrien semulajadi yang penting untuk pembesaran bayi
  • Susu ibu mengandungi antibodi semulajadi untuk meningkatkan imuniti
  • Susu ibu mudah dihadamkan, membantu mengelakkan sembelit dan kembung perut
  • Susu ibu boleh membantu merendahkan risiko sindrom kematian bayi mengejut (SIDS)
  • Menurut kajian, kanak-kanak yang memperolehi susu ibu mempunyai tahap kecerdasan yang lebih tinggi (kesan bagi pembesaran tahun-tahun kemudian tidak terbukti)
  • Susu ibu boleh membantu merendahkan risiko obesiti bayi
  • Penyusuan boleh merendahkan risiko kanser payudara untuk ibu
  • Penyusuan boleh membantu ibu mengurangkan berat badan selepas bersalin dengan lebih mudah
  • Menurut kajian, susu ibu mempunyai kesan anti-kulat yang lebih kuat daripada susu lain

Penyusuan

Namun, ibu-ibu yang baru mungkin mendapati bahawa penyusuan amat mencabar. Di sini, Juliet memberikan beberapa tip untuk ibu-ibu sekalian!

downside of breastfeeding

  • Penyesuaian diri untuk menyusu memerlukan masa
    Pada mula-mulanya, anda boleh minta tolong jururawat atau penjaga untuk meletakkan bayi pada dada anda secepat mungkin untuk memberikan anda dan bayi anda hubungan fizikal yang rapat selepas persalinan.

breastfeeding can be tiring

  • Penyusuan merupakan aktiviti yang meletihkan
    Susu ibu dihadamkan oleh bayi dengan mudah. Oleh sebab itu, anda perlu menyusukan bayi anda setiap 1-2 jam, melainkan jika bayi tertidur. Pada waktu bayi tidur, gunakanlah peluang ini untuk berehat atau tidur sekejap.

breast bump to instore breast milk

  • Gunakan pam payudara untuk menyimpan susu ibu
    Anda boleh menggunakan pam payudara untuk menghabiskan susu ibu dan menyimpannya. Demikian, suami anda ataupun penjaga bayi boleh membantu anda menyusukan anak sewaktu anda berehat. Juliet juga menasihatkan supaya ibu-ibu menghabiskan susu payudara menggunakan pam untuk mengelakkan kepenuhan susu dalam payudara.

breastfeeding moither take care of diet intake

  • Anda perlu menjaga pemakanan anda
    Walaupun pada umumnya amalan pemakanan yang normal tidak akan membawa kesan yang memudaratkan untuk bayi, Juliet menasihatkan supaya mengelakkan makanan atau bahan-bahan yang boleh membahayakan kesihatan anak anda. Ini termasuk alkohol, ubat-ubatan yang kuat, makanan diproses buatan, dan rokok.

Perubahan gaya hidup mungkin diperlukan bagi menjamin pengalaman penyusuan yang baik, bergantung kepada kesihatan badan anda. Oleh itu, bincangkanlah dengan doktor anda untuk merancangkan pengalaman penyusuan anda yang terbaik!

Kesusahan penyusuan ibu

Juliet juga ingin mengingatkan ibu-ibu sekalian bahawa penyusuan bukannya senang dan sempurna! Berikut adalah beberapa kesusahan yang anda mungkin akan mengalami dalam proses penyusuan:

  • Kesakitan payudara dan puting
    Kejadian ini biasa, terutamanya pada minggu pertama penyusuan
  • Kebengkakkan atau kepenuhan payudara
  • Sumbatan saluran susu
  • Penghasilan susu yang tidak cukup
  • Kejadian ini adalah amat jarang
  • Pencemaran yang dialami oleh ibu boleh dialirkan kepada anak
  • Ini termasuk asap rokok, pencemaran udara, dan amalan pemakanan yang buruk

Susu Formula

formula milk for baby

Mari kita mempertimbangkan susu formula pula. Kemajuan teknologi telahpun membawakan peningkatan kualiti yang berbagai-bagai bagi susu formula. Selain itu, susu formula merupakan pilihan alternatif yang amat baik - jadi susu ibu bukanlah satu-satunya sumber nutrien bagi bayi lagi! Pada umumnya, terdapat 2 jenis susu formula yang boleh didapati di pasaran Malaysia:

  1. Susu formula diperbuat daripada susu lembu
    Susu lembu selalunya diproses untuk mempunyai ciri-ciri yang bersamaan dengan susu manusia kerana susu lembu mengandungi kandungan nutrien yang lain daripada susu ibu manusia. Susu formula yang diperbuat daripada susu lembu mengandungi laktosa dan mineral, serta minyak sayuran, pelbagai jenis vitamin, dan kandungan zat besi untuk membina diet yang berkhasiat untuk bayi. Susu jenis ini sesuai diberikan kepada bayi hanya selepas 1 tahun disebabkan oleh kandungan nutriennya yang tinggi.
  2. Susu formula diperbuat daripada soya
    Susu formula diperbuat daripada saya dikilangkan dengan kandungan protein soya yang tinggi. Oleh sebab itu, susu formula ini tidak mengandungi laktosa. Susu formula diperbuat daripada soya sesuai untuk bayi yang menghidapi galactosemia (ketidakupayaan bayi menjalani metabolisme gula galaktosa) atau kekurangan laktosa kongenital (ketidakupayaan bayi menguraikan laktosa). Namun, melainkan jika anak anda memerlukan diet berdasarkan susu formula diperbuat daripada soya, Akademi Pediatrik Amerika (American Academy of Paediatrics, AAP) menasihatkan supaya ibu-ibu memilih susu formula diperbuat daripada susu lembu. Menurut kajian, bayi yang disusukan susu formula diperbuat daripada soya lebih kurus dan mempunyai kandungan lemak dan mineral tulang yang rendah pada tahun pertama, tetapi pengaruh susu ini terhadap pembesaran anak pada masa depan tidak terbukti.

Kebaikan susu formula

Benefit of formula milk

Seperti susu ibu, susu formula juga mempunyai kebaikannya:

  • Kemudahan
    Bancuhkan sahaja susu formula di dalam botol dan bawakan ke mana-mana untuk menyusukan bayi anda pada bila-bila masa!
  • Fleksibiliti
    Suami anda ataupun sesiapa sahaja boleh mengambil alih peranan penyusuan bayi
  • Penghadaman yang lebih perlahan
    Susu formula dihadamkan dengan lebih perlahan berbanding susu ibu, jadi ibu-ibu tidak perlu menyusukan bayi dengan kerap
  • Pemakanan
    Anda bolehlah menikmati kehidupan seperti sebelum penghamilan tanpa tanggungjawab penghasilan susu ibu!

Keburukan susu formula

downside of formula milk

Akhirnya, mari kita melihat apakah yang perlu kita pertimbangkan sebelum membeli susu formula!

  • Perbelanjaan
    Susu formula dijual denga harga yang mahal di pasaran. Keluarga-keluarga boleh berbelanja sebanyak RM1,000 setahun untuk susu formula.
  • Susu formula bukannya penggantian 100%
    Jika anda suka kaedah semulajadi dalam pengalaman penyusuan bayi, susu formula mungkin tidak kelihatan sebagai penggantian susu ibu secara 100%
  • Antibodi
    Susu formula tidak memberikan antibodi seperti susu ibu untuk membantu bayi mencegah penyakit. Walaubagaimanapun, dengan penyelidikan yang dijalankan sepanjang masa, antibodi dan nutrien dalam susu formula telahpun ditambah baik dengan banyak! Formulasi sering ditambah baik dari sehari ke sehari, jadi anda boleh membuat pilihan antara jenis-jenis susu formula yang memberikan kebaikan nutrien yang anda paling suka! Anda juga boleh berbincang dengan doktor anda untuk membuat keputusan dalam pilihan susu formula terbaik untuk bayi anda!

Walaupun penyusuan ibu sepanjang 6 bulan yang pertama merupakan nasihat tradisional, penambahbaikan susu formula pada hari ini menjadikan pilihan antara susu ibu dan susu formula lebih fleksibel bagi para ibu semua! Selepas jangka masa 6 bulan, ibu-ibu bolehlah membuat keputusan sama ada untuk teruskan penyusuan atau bertukar kepada susu formula. Juliet ingin mengingatkan semua supaya sentiasa mempertimbangkan setiap pilihan dan membuat keputusan yang paling baik!

Juliet mengharapkan pengalaman yang terbaik untuk ibu-ibu semua!


Juliet's TipsPesanan Juliet: Pastikan anda tidak meniduri bayi anda dengan botol susu, kerana ini boleh menyebabkan pereputan gigi! Jika bayi anda hendak mengunyah, berikanlah pacifier untuk kunyahan. Ibu-ibu juga tidak patut menunggu sehingga bayi menangis sebelum penyusuan. Jika bayi anda menangis, ini bermaksud dia berasa sangat lapar! Perhatikan tanda-tanda kelaparan seperti cepak bibit atau pergerakan ke arah payudara. Bayi-bayi biasanya berasa lapar setiap 4 ke 5 jam! Adakah anda mempunyai cerita untuk berkongsi atau pertanyaan untuk Juliet? Anda bolehlan berbuat demikan melalui e-mel juliet@erufucare.com!

Di ERUFU Care, kami mempercayai dalam komunikasi yang berkesan antara anda dengan pakar perubatan. Kami boleh membantu anda mencari klinik pilihan anda, menghantar pertanyaan, mengaturkan temujanji dan banyak lagi - semuanya untuk memastikan anda mendapat rawatan yang anda perlukan! Anda juga boleh membaca ulasan klinik tulen daripada pesakit yang telah ke klinik tersebut - kami mengambil inisiatif untuk menghubungi anda untuk memastikan bahawa anda melalui perjalanan penjagaan kesihatan yang baik. Oleh itu, carilah klinik pakar wanita di sini hari ini!

Perbincangan

Lihat Lebih Banyak Komen

Tulis komen anda di sini