Mengapa Kita Mudah Lupa?

Badan & Minda Wanita Kini Lelaki Kini Jagaan Warga Emas

Adakah anda sering kali mendapati bahawa sukar untuk mengingati sesuatu walaupun ianya perkara yang sungguh mudah? Keadaan ini tentunya menjadi penanda bahawa anda perlu merehatkan diri dan juga minda anda. Artikel ini ditulis bertujuan untuk menyebarluaskan pada masyarakat lapan sebab kepada penyebab masalah sering lupa dan cara untuk mengatasinya.


Juliet Dollah Shalini carpark

Setelah usai kerja saya, Dollah dan Shalini menikmati suatu makan malam bersama. Disebabkan hari sudah lewat, Dollah telah menawarkan untuk menumpangkan Shalini pulang ke rumah berikutan khuatir akan keselamatan Shalini yang ingin pulang menaiki pengangkutan awam. Semasa menuju ke parkir kereta Dollah mendapati bahawa dia lupa di mana parkir kenderaan. Ia mengambil masa yang agak lama untuk mencari kenderaanya itu. Akhinya, Shalini menyarankan agar Dollah menunjukkan kami tempat permulaan dia datang dan akhirnya keretanya dijumpai.

Dalam perjalanan ke kereta Dollah beberapa kali menyebut bahawa dia salah meletakkan kunci keretanya. Kemudian Shalini mencadangkan bahawa kami patut kembali ke restoran ketika kami makan malam sebentar tadi. Dalam perjalanan menuju ke sana kami menjumpai kunci keretanya. Seorang pelayan menjumpai kunci tersebut dan menyimpankannya. Nasib baiklah!

Terdapat beberapa keadaan mental yang mempunyai hubung kait dengan kehilangan memori, namun adakah seseorang yang mengalami lupa ingatan harian adalah suatu yang biasa? Akan adakah rawatan untuk masalah ini? Apakah yang perlu kita lakukan jika berhadapan dengan masalah sering lupa dalam tempoh masa yang kerap? Untuk mengatasi masalah ini Dollah dan Shalini bersetuju untuk berkongsi pengalaman mereka sendiir. Mari kita sama-sama memahami dan mendekati masalah ini.

Di sini disertakan 8 penyebab utama kepada masalah mengapa kita mudah lupa walaupun kepada perkara yang mudah dan turut disertakan juga apakah langkah yang patut anda ambil jika berhadapan situasi demikian.

1. Gangguan

shalini yoga distraction

Shalini berkongsi tentang dia akan mudah lupa apabila adanya gangguan. Tugasnya sebagai pelatih kesihatan sememangnya perlu berhadapan dengan jadual kerja di pusat kesihatan dan juga menguruskan kelas yoga bersama pelajaranya. Namun, masalah akan timbul apabila terdapat bunyi bising di sekitar jalan terdekat ketika sesi kelas akan menyebabkan dia terganggu. Hal ini akan tentunya menyebabkan fokusnya hilang sekaligus Shalini lupa akan gerakan yoga serta apa yang diajarkan pada anak muridnya.

Gangguan dan rangsangan luaran antara penyebab utama yang mengalihkan perhatian seseorang yang perlu memberi sepenuhnya fokus terhadap sesuatu perkara. Otak kita tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada sesuatu tugasan. Maka dengan itu, seboleh mungkin cuba atasi semua rangsangan luaran misalnya bunyi bising, suara orang sekeliling dan rangsangan lain apabila anda perlu untuk memberi perhatian kepada beberapa perkara. Sebagai contoh dapat dilihat dari segi apabila anda berada di rumah dan perlu untuk menyelesaikan suatu tugasan yang memerlukan anda menggunakan memori anda elakkan untuk membuka siaran Youtube kesukaan anda dan jangan lupa untuk meletakkan telefon bimbit anda di dalam mode senyap.

2. Kekurangan Tidur

Dollah sleepy

Dollah tidak mempunyai pekerjaan yang tetap namun dia melakukan kerja sampingan seharian. Sudah tentu Dollah merasa gembira dengan corak kehidupannya itu namun dari sudut negatifnya tentunya Dollah mengalami masalah kurang tidur! Adakah anda juga mempunyai masalah sukar untuk tidur sama seperti apa yang Dollah lalui? Selain memperbetulkan tabiat tidur anda, adakah anda tahu bahawa dengan memaksa diri tidur juga akan menambahkan lagi kesukaran untuk anda tidur dengan baik?

Tempoh masa tidur yang pendek berkemungkinan bukan sahaja membawa kepada masalah lupa, namun ia akan mendatangkan komplikasi yang lain seperti perubahan emosi dan juga keresahan yang mana ianya akan menyumbang kepada masalah memori. Maka tidak hairanlah jika Dollah sering lupa akan sesuatu hal yang sangat penting mahupun perkara yang nampak mudah sepertimana dia lupa akan kunci keretanya!

3. Kekurangan Vitamin B12

Shalini vitamin B12

Jika anda kekurangan vitamin B12 ia akan mendatangkan kesan kepada otak dan saraf anda kerana ia tidak berfungsi sebagaimana ia patut berfungsi. Kekurangan pengambilan vitamin B12 dalam tubuh badan anda akan mengakibatkan anaemia. Maka, inilah menjadi antara penyebab kepada masalah lupa ingatan dan sukar untuk memberikan fokus. Sekarang saya tahu mengapa Shalini sering membawa vitamin B2 bersamanya!

4. Tekanan dan Keresahan

Dollah stress anxiety

Dollah terkenal dengan personalitinya sebagai seorang yang ceria dan mudah terhibur dalam kalangan rakan-rakan. Dengan perwatakan sedemikian Dollah sentiasa tampil dengan aura positif. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa kadang-kala tekanan dan keresahan di tempat kerja membuatkan Dollah sedikit berasa kecewa dalam tempoh tertentu.

Tekanan dan keresahan membuatkan kesukaran untuk memberikan kosentrasi dan menerima maklumat dan kepakaran baharu. Keadaan ini sering berlaku ketika seseorang cenderung untuk memberikan fokus kepada isu yang menjadi kerisauan pada seseorang berbanding perkara lain yang harus diingati. Sentiasa meletakkan diri anda dalam keadaan bertenang dan teruskan apa yang dilakukan... Bukan hanya itu, berbicaralah dengan orang yang anda sayangi atau carilah nasihat pakar untuk mengatasi masalah ini.

5. Kurang Melakukan Gerakan Fizikal

Dollah lack of exercise

Dollah jarang melakukan senaman dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi bahawa dirinya nampak baik sahaja. Dollah sering kali menolak dan bertanggapan demikian apabila Shalini mengusiknya dan memberikan nasihat kepadanya untuk melakukan senaman bagi umengekalkan kesihatan tubuh badannya. Bukan itu sahaja, senaman juga berupaya untuk melegakan tekanan dan turut memperbaiki aliran darah kepada otak. Malahan ia turut meningkatkan kimia otak yang baik di mana ianya memperbaiki tahap memori dan keadaan tidur anda. Bahkan, senaman juga membantu untuk mengekalkan tubuh badan yang cergas dan sihat!

6. Tidak Menggunakan Memori Sepenuhnya

Dollah multiplication table

Apabila anda tidak menggunakan dengan baik dan sepenuhnya memori anda ia akan memberikan kesan iaitu memori anda akan menjadi perlahan. Dollah pernah berbisik kepada saya tentang penyesalannya tidak menghafal jadual pendaraban dengan baik ketika di sekolah. “Kanak-kanak mentertawakakan saya tempoh hari kerana saya gagal memberikan jawapan kepada soalan 9 darab 9!” Kata Dollah.

Anda mungkin melatih minda untuk mengingati beberapa maklumat dengan cara memparktiskannya. Percaya atau tidak, otak kita mempunyai kebolehan untuk melakukan lebih daripada itu apabila ia dipaksa atau dicabar. Anda boleh memulakannya dengan tidak melihat senarai barangan yang patut dibeli ketika anda membeli belah. Selepas itu lihatlah amaun barangan yang anda ingati. Atau dengan cara lain anda boleh mula untuk  belajar untuk membuat senaman pada otak anda dengan menggambarkan sesuatu perkara dengan hal yang perlu diingati. Seperti mana saya, apabila saya perlu untuk mengingati nama seseorang yang baharu saja saya kenali seperti nama pesakit ‘Henry’ apa yang saya lakukan ialah dengan membayangkan dia sebagai seorang putera raja yang pernah menyelamatkan saya.

7. Kesan Ubat, Alkohol dan Dadah

Shalini alcohol

Dalam apa juga cara Shalini akan berusaha untuk memberitahu kepada rakan-rakan tentang mereka patut lebih berhati-hati dengan pengambilan alkohol dan ubatan. Meminum terlampau banyak alkohol mumgkin akan memberikan kesan kepada memori jangka pendek anda dan sekiranya minuman beralkohol diambil secara betterusan ia akan mengecutkan saiz otak anda dan juga memberikan kesan kepada saraf penghantaran yang membantu anda untuk mengingati sesuatu perkara.

Sementara itu, sesetengah ubat juga memberikan kesan kepada memori anda yang mengakibatkan penenang seperti keadaan santai, tenang dan juga keadaan mengantuk serta kekeliruan seperti ubat tidur dan marijuana. Dengan mengambil dadah jenis ini pastinya sukar untuk memberikan perhatian dalam beberapa perkara. Ambillah langkah dengan berbincang bersama doktor atau ahli farmasi tentang langkah berjaga-jaga pada ubat yang anda ambil.

8. Beguk Kurang Aktif

thyroid gland

Masalah Sering Lupa mempunyai kaitan dengan beguk tidak aktif. Kenyataan ini baharu saja saya dapati ketika Shalini memberitahu tentang apa yang pernah terjadi padanya. Pada peringkat awal Shalini mengetahui tentang penyakit beguk berkenaan dia mendapati bahawa dirinya sering lupa akan sesuatu perkara walaupun ianya hal yang kecil dan mudah. Kekurangan hormon thyroid akan meningkatkan tahap lupa untuk seseorang. Malahan ia akan mengakibatkan anda berasa letih dan sukar untuk berfikir. Anda seharusnya mengambil langkah untuk membuat pemeriksaan darah bagi memastikan tahap atau keadaan thyroid anda.

Jika anda mengalami keadaan di mana masalah sering lupa anda berlaku dalam tempoh yang agak lama, maka anda mungkin ingin mendapatkan sesi rundingan bersama pakar doktor untuk anda mengetahui adakah anda penghidap ataupun mempunyai tanda-tanda awal keadaan kesihatan yang mempunyai hubung kait dengan kehilangan memori. Anda juga boleh bersembang bersama saya di juliet@erufucare.comJika anda mengesyaki tanda-tanda yang luar biasa tentang sikap lupa ini terhadap ibu bapa atau orang yang lebih berusia, anda boleh mencuba 3 langkah ini untuk mengenalpasti sama ada mereka mempunyai simptom Alzheimer. Penyakit Alzheimer bukanlah masalah pelupa yang biasa dalam kalangan orang yang sudah berusia. Sebaliknya ia merupakan suatu masalah kesihatan mental yang memerlukan bantuan perubatan!


Juliet's TipsPeringatan Juliet: Menjadi seorang yang pelupa kadangkala merupakan suatu yang normal. Namun jika anda mendapati keadaan pelupa ini menganggu kehidupan seharian anda seharusnya ambil peduli tentang penyebab kepada masalah tersebut. Jika anda memerlukan nasihat profesional, hubungi salah satu daripada rakan kongsi kesihatan kami di sini. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan masalah lupa ini dan jika anda terjumpa penyebab yang lain jangan lupa kongsikan bersama kami dalam ruangan komen di bawah!

Contoh Perbincangan