6 Cara Mudah Menyembuhkan Insomnia Untuk Anda Tidur Lena

Badan & Minda

Lingkaran hitam dan kantung mata. Anda merasa mengantuk pada waktu siang kerana tidak dapat tidur pada waktu malam. Anda mengalami situasi ini? Lihat bagaimana anda dapat menyingkirkan insomnia di sini!


Adakah anda mengalami kesukaran untuk tidur?

Adakah anda mendapati diri anda hanya mampu berguling-guling di atas katil dan semakin segar ketika cuba untuk tidur, walaupun anda sebenarnya sangat letih secara mental dan fizikal?

Adakah anda mempunyai masalah untuk tidur, sentiasa terjaga di tengah malam?

juliet-insomnia

Gaya hidup, tekanan, pengambilan ubat-ubatan boleh menjadi punca anda tidak dapat tidur sepanjang malam.

Walaupun insomnia bukanlah sejenis penyakit, namun anda tidak boleh memandang remeh terhadap kesannya.

Insomnia yang kronik boleh membuatkan anda merasa menjengkelkan, mengantuk, hilang fokus dan melemahkan sistem imunisasi badan.

Fasa tidur anda menduduki 1/3 dari kitaran hidup seharian. Kita tidur untuk membiarkan tubuh berehat dan pulih dari keletihan pada siang hari. Inilah sebab mengapa kualiti tidur sangat penting untuk remaja dalam masa akil balighnya.

Kitaran kehidupan seharian adalah perubahan fizikal, mental dan tingkah laku mengikuti kitaran harian, biasanya dikaitkan dengan masa. Ini adalah ketika badan kita merasa "betul" ketika hendak menjadi aktif dan bila hendak berehat.

Sejak kebelakangan ini saya sendiri menghadapi masalah kesukaran untuk tidur. Jadi saya dan Romeo telah mengumpulkan cara bagaimana untuk mengawal insomnia!

1. Elakkan Kafein

Caffeine affects our sleep the most in our everyday diet

Kafein yang paling banyak kita ambil dalam pemakanan memberikan memberi kesan kepada tidur. Ia adalah perangsang kepada otak kita.

Elakkan meminum minuman yang mengandungi kafein seperti teh dan kopi apabila ia hampir dengan masa tidur (dalam masa 5 jam sebelum tidur).

2. Lakukan Senaman Yoga

Yoga exercises help in relaxing and reducing stress

Buat senaman yoga selama 15 minit secara mudah dengan meregangkan tangan dan bahu anda. Ini membantu dalam meredakan dan mengurangkan tekanan.

Walau bagaimanapun, ingat untuk tidak bersenam sebelum tidur kerana ia mungkin merangsang badan anda dan menyebabkan kesukaran tidur.

3. Jangan Paksa Diri Untuk Tidur

Read some books or listen to some music until you feel sleepy

Jangan memaksa diri untuk tidur jika anda masih berbaring di tempat tidur dan berjaga lebih daripada setengah jam. Jangan membuang masa dan memaksa diri untuk tidur jika tidak boleh.

Bangun, baca beberapa buku atau dengarkan muzik sehingga anda merasa mengantuk.

4. Elakkan Sebarang Skrin Elektronik

Did you know that the blue light from electronic devices can affect our sleep?

Ramai daripada kita suka menggunakan alat elektronik sebelum tidur.

Kita ralit meilihat Facebook, Instagram (berulang kali), atau membaca di telefon pintar dan tablet.

Walau bagaimanapun, adakah anda tahu bahawa cahaya biru dari skrin elektronik ini akan menghentikan tubuh anda daripada melepaskan hormon tidur iaitu melatonin?

Saya tidak tahu mengenainya juga! Nampaknya selepas ini saya perlu menghindarkan sebarang peralatan elektronik setiap malam!

5. Jangan Bergantung Pada Pil Tidur

Don't depend on sleeping pills too much

Tekanan menyebabkan insomnia, insomnia menyebabkan tekanan. Ia satu lingkaran buruk.

Mengambil ubat untuk merangsang tidur hanyalah penyelesaian sementara.

Ubat-ubatan jangka panjang mungkin menyebabkan pergantungan ubat. Anda sama ada tidak boleh tidur tanpa pil atau badan anda akan kebal dan anda akhirnya memerlukan lebih banyak pil.

Pil tidur juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang lain seperti masalah berat badan dan masalah untuk menumpukan perhatian.

6. Ketepikan Emosi Negatif

Get rid of negative emotions before you fall asleep

Anda boleh cuba untuk bermeditasi untuk melupakan semua urusan pada siang hari.

Bayangkan diri anda di tempat yang paling santai. Apa-apa sahaja yang boleh menenangkan minda anda. Hanya dengan melegakan badan dan minda anda, anda boleh tidur dengan baik.

Cara saya adalah dengan memikirkan sedang berada di taman, berbaring di rumput lembut atau berjalan di pantai dengan pasir lembut dan putih. Bagaimana dengan anda? Kongsi pendapat anda dengan saya di dalam komen di bawah!

Sesetengah daripada kita tidak dapat tidur, manakala sesetengah yang lain tidur lena dan berdengkur sepanjang malam! Baca lebih lanjut tentang Dengkuran Sewaktu Tidur di sini!

Perbincangan

Lihat Lebih Banyak Komen

Tulis komen anda di sini

Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.