Hidup berseorangan di tempat yang gelap dengan pintu dikunci

Badan & Minda

Kaedah Pasung telah dipilih untuk merawati pesakit mental di Indonesia. Adakah kaedah ini pilihan terbaik untuk pesakit tersebut?


“Tempat tinggalku seperti di Neraka.”

hidup tanpa kebebasan

Betapa bahagia dan selesa kehidupan tanpa gangguan orang lain. Namun begitu, bagi golongan tertentu kehidupan ini adalah kejam dan menyedihkan. Ini mungkin kedengaran agak asing bagi anda. Akan tetapi, kisah sebenar ini telah berlaku di Indonesia atau dikenali sebagai negara seribu pulau.

Jujur dikatakan, selama ini Juliet juga tidak pernah mendengar hal ini sehingga satu laporan berita telah disiarkan. Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW), seorang wanita Indonesia yang dianggap mengalami gangguan mental  telah dipasungkan selepas ayahnya menurut arahan seorang pengamal perubatan.

Kemudian, disebabkan wanita tersebut cuba melarikan diri dengan menggali lubang, dia telah diikat tangan dan dikunci di dalam bilik yang buruk. Tidak dibenarkan keluar dan kehidupannya hanya makan, tidur dengan dinding buruk. Begitulah hidupnya dalam ketakutan selama 15 tahun sehingga dikesan oleh orang lain.

Di Indonesia, melebihi 57,000 orang telah dipasung atau dipaksa memasuki serta didera di dalam pusat pemulihan setelah didiagnosis mengalami gangguan mental. Berdasarkan HRW, adalah berkemungkinan mereka diseksa dengan keganasan fizikal dan seksual, atau rawatan yang tidak diingini seperti kejutan elektrik, dikunci dan diikat di dalam penjara berasingan, dan terpaksa pensterilan.

Hidup berseorangan di tempat yang gelap dengan pintu dikunci

Populasi Indonesia kini mencapai seramai 250 juta orang. Namun begitu, bilangan pakar psikiatri hanya di antara 600 hingga 800 orang. Ini telah menjelaskan dalam kalangan 30 juta hingga 40 juta penduduk, hanya seorang yang merupakan pakar psikiatri. Tambahan pula, hanya 48 buah klinik kesihatan mental di Indonesia. Kebanyakannya adalah tertumpu di 4 daripada 34 Provinsi di Indonesia.

Sejak tahun 1977, pasung telah dimansuhkan oleh kerajaan Indonesia. Akan tetapi, ia masih dijalankan secara berleluasa atas pesakit kesihatan mental. Pesakit digari setiap hari dan dikunci dalam bilik yang gelap. Kadang-kala akan terdengar keluhan mereka untuk mengatasi kesepian. Oleh kerana dipenjarakan di dalam bilik kecil tersebut dalam jangka panjang, ada juga pesakit yang takut menghadapi dunia luar.

Pasung masih diteruskan atas sebab kebanyakan keluarga Indonesia tidak terfikir cara untuk merawati mangsa kesihatan mental. Masih lagi ramai yang tidak mempunyai pengetahuan asas tentang gangguan mental. Walaupun kerajaan Indonesia telah mencadangkan undang-undang baru dari segi, terutamanya menyediakan insurans kepada keluarga berpendapatan rendah. Namun begitu, kepercayaan dan amalan tradisional atau sebab lain telah menjadikan kebanyakan keluarga memilih kaedah Pasung sebagai rawatan pemulihan. Di Indonesia, jika tidak mampu menampung perbelanjaan bagi perkhidmatan perubatan atau takut dibebani kehinaan malahan Pasung akan menjadi pilihan mereka.

Demi memberi perhatian kepada pesakit mental, Andrea Star Reese, seorang jurugambar dari New York City telah menjalankan fotografi terhadap pesakit tersebut di setiap keluarga, pusat perlindungan dan hospital selama dua tahun ini. Pada masa yang sama, dia juga meninjau keadaan kemudahan asas yang berkaitan. Pada tahun 2013, dia telah menerbitkan album foto “Disorder” untuk menunjukkan keadaan kehidupan sebenar pesakit mental. Album tersebut juga telah dipaparkan di Visa Pour L’Image Photojournalism Festival pada Ogos 2013. Ini telah meningkatkan kesedaran mengenai hak-hak pesakit mental di Indonesia dan seluruh dunia.

Hidup kesengsaraan

Cuba bayangkan ketakutan, kesepian yang dialami jika ditinggalkan berseorangan di tempat yang gelap dengan pintu dikunci selama berpuluh-puluh tahun lamanya ? Betapa menyeksakan hati. Begitulah mereka menamakan tempat tersebut sebagai "Neraka". Harap kerajaan Indonesia dapat menjamin hak-hak pesakit mental dan juga perkhidmatan perubatan kesihatan mental.


Juliet's TipsPesanan Juliet: Jangan terpendam dalam hati jika anda sedang berhadapan masalah atau bersedih terlalu lama ! Anda boleh cuba membincangkan hal tersebut kepada orang-orang terdekat atau mencari bantuan daripada pakar yang berkenaan. Ingin berkongsi pengalaman anda dengan Juliet? Atau mahu bertanya ? Dialu-alukan menghantar segala perkongsian atau kemusykilan anda di Juliet@erufucare.com

Contoh Perbincangan