
Sesudah kerja saya, Dollah dan Shalini menikmati makan malam bersama. Disebabkan hari sudah lewat, Dollah menawarkan untuk menumpangkan Shalini pulang ke rumah kerna khuatir akan keselamatan Shalini yang mahu pulang menaiki pengangkutan awam. Semasa menuju ke parkir kereta Dollah mendapati bahawa dia lupa di mana parkir kenderaan. Ia mengambil masa yang agak panjang untuk mencari mobilnya itu. Akhinya, Shalini menyarankan agar Dollah menunjukkan kami titik mula dia datang dan akhirnya mobil dijumpai.
Dalam perjalanan ke mobil Dollah beberapa kali menyebut bahawa dia salah meletakkan kunci mobilnya. Kemudian Shalini mencadangkan bahawa kami perlu kembali ke restoran ketika kami makan malam sebentar tadi. Dalam perjalanan menuju ke sana kami menjumpai kunci keretanya. Seorang pelayan menjumpai kunci tersebut dan menyimpankannya. Nasib baiklah!
Terdapat beberapa kondisi mental yang mempunyai kolerasi dengan kepupusan memori, namun adakah seseorang yang mengalami lupa ingatan harian adalah suatu yang normal? Akan adakah perawatan untuk masalah ini? Apakah yang perlu kita lakukan jika berhadapan dengan kerumitan sering lupa dalam tempoh masa yang kerap? Untuk mengatasi masalah ini Dollah dan Shalini bersetuju untuk saling berbagi pengalaman mereka sendiri. Ayuh kita sama-sama memahami dan mendekati kerumitan ini.
Di sini disertakan lapan penyebab utama kepada masalah mengapa kita mudah lupa walaupun kepada perkara yang mudah dan turut disertakan juga apakah langkah yang patut anda ambil jika berhadapan situasi demikian.
1. Kekacauan

Shalini berkongsi tentang dia akan mudah lupa apabila adanya kekacauan. Tugasnya sebagai pelatih kesehatan sememangnya perlu berhadapan dengan jadual kerja di pusat kesihatan dan juga menguruskan kelas yoga bersama pelajaranya. Namun, kesukaran akan timbul apabila terdapat bunyi bising di sekitar jalan terdekat ketika sesi kelas akan menyebabkan dia terganggu. Hal ini akan tentunya menyebabkan fokusnya hilang sekaligus Shalini lupa akan gerakan yoga serta apa yang diajarkan pada anak muridnya.
Kekacauan dan rangsangan luaran antara penyebab utama yang mengubah perhatian seseorang yang perlu memberi sepenuhnya perhatian terhadap sesuatu perkara. Otak kita tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada sesuatu tugasan. Maka dengan itu, seboleh mungkin cuba atasi semua rangsangan luaran misalnya bunyi bising, suara orang sekeliling dan rangsangan lain apabila anda perlu untuk memberi perhatian kepada beberapa perkara. Sebagai contoh dapat dilihat dari segi apabila anda berada di rumah dan perlu untuk menyelesaikan suatu tugasan yang memerlukan anda menggunakan memori anda elakkan untuk membuka siaran Youtube kesukaan anda dan jangan lupa untuk meletakkan telefon bimbit anda di dalam mode senyap.
2. Kekurangan Tidur

Dollah tidak punya pekerjaan yang tetap namun dia melakukan kerja sampingan seharian. Sudah tentu Dollah merasa gembira dengan corak kehidupannya itu namun dari bagian buruknya tentunya Dollah mengalami masalah kurang tidur. Apakah Anda merasa sulit tidur, seperti Dollah? Selain menyesuaikan kebiasaan tidur Anda, apakah Anda tahu bahwa jika Anda memaksa diri Anda untuk tidur, Anda akan merasa lebih sulit untuk tidur juga?
Tempoh masa tidur yang pendek bukan hanya akan menyebabkan masalah lupa, namun ia akan mendatangkan komplikasi yang lain seperti perubahan emosi dan juga keresahan yang mana ianya akan menyumbang kepada masalah memori. Tidak hairanlah jika Dollah sering lupa akan sesuatu hal yang sangat penting mahupun perkara yang nampak gampang sepertimana dia lupa akan kunci keretanya!
3. Kekurangan Vitamin B12

Jika anda kekurangan vitamin B12 ia akan mendatangkan efek kepada otak dan saraf anda kerana ia tidak berfungsi sebagaimana ia patut berfungsi. Kekurangan pengambilan vitamin B12 dalam tubuh badan anda akan menjurus anaemia. Maka, inilah menjadi antara punca kepada masalah lupa ingatan dan sukar untuk memberikan fokus. Sekarang saya tahu mengapa Shalini sering membawa vitamin B2 bersamanya!
4. Tekanan dan Keresahan

Dollah terkenal dengan perwatakan sebagai seorang yang ceria dan mudah terhibur dalam kalangan rakan-rakan. Dengan perwatakan sedemikian Dollah sentiasa tampil dengan aura positif. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa sering kali depresi dan keresahan di tempat kerja membuatkan Dollah sedikit berasa kecewa dalam tempoh tertentu.
Tekanan dan keresahan membuatkan kesukaran untuk memberikan kosentrasi dan menerima informasi dan kepakaran baharu. Keadaan ini sering berlaku ketika seseorang cenderung untuk memberikan perhatian kepada isu yang menjadi kerisauan pada seseorang berbanding perkara lain yang harus diingati. Sentiasa meletakkan diri anda dalam keadaan bertenang dan teruskan apa yang dilakukan.. Bukan hanya itu, ngobrol dengan orang yang anda sayangi atau carilah nasihat pakar untuk mengatasi masalah ini.
5. Kurang Melakukan Gerakan Fizikal

Dollah jarang melakukan senaman dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi bahawa dirinya kelihatan bagus sahaja. Dollah sering kali menolak dan bertanggapan demikian apabila Shalini mengusiknya dan memberikan nasihat kepadanya untuk melakukan senaman bagi umengekalkan kesihatan tubuh badannya. Bukan itu sahaja, senaman juga mampu untuk melegakan depresi dan turut memperbaiki aliran darah kepada minda. Malahan ia turut meningkatkan kimia otak yang baik di mana ianya memperbaiki tahap memori dan keadaan tidur anda. Bahkan, senaman juga membantu untuk mengekalkan tubuh badan yang cergas dan sihat!
6. Tidak Menggunakan Memori Sepenuhnya

Apabila anda tidak menggunakan dengan baik dan sepenuhnya memori anda ia akan memberikan efek iaitu memori anda akan menjadi perlahan. Dollah pernah berbisik kepada saya tentang penyesalannya tidak menghafal jadual pendaraban dengan baik ketika di sekolah. “Kanak-kanak mentertawakakan saya tempoh hari kerana saya gagal memberikan jawapan kepada soalan 9 darab 9!” Kata Dollah.
Anda mungkin melatih minda untuk mengingati beberapa informasi dengan cara mempraktiskannya. Percaya atau tidak, otak kita mempunyai kebolehan untuk melakukan lebih daripada itu apabila ia dipaksa atau dicabar. Anda boleh memulakannya dengan tidak melihat senarai barangan yang patut dibeli ketika anda membeli belah. Selepas itu lihatlah angka barangan yang anda ingati. Atau dengan cara lain anda boleh mula untuk belajar untuk membuat senaman pada otak anda dengan menggambarkan sesuatu perkara dengan hal yang perlu diingati. Seperti mana saya, apabila saya perlu untuk mengingati nama seseorang yang baharu saja saya kenali seperti nama pesakit ‘Henry’ apa yang saya lakukan ialah dengan membayangkan dia sebagai seorang putera raja yang pernah menyelamatkan saya
7. Efek Obat, Alkohol dan Narkoba

Dalam apa juga cara Shalini akan berusaha untuk menjelaskan kepada teman-teman tentang pengawasan pengambilan alkohol dan ubatan. Meminum terlalu banyak alkohol mumgkin akan memberikan kesan kepada memori jangka pendek anda dan sekiranya minuman beralkohol diambil secara berterusan ia akan mengecutkan saiz otak anda dan juga memberikan kesan kepada saraf penghantaran yang membantu anda untuk mengingati sesuatu perkara.
Sementara itu, sebagian obat juga memberikan kesan kepada memori anda yang mengakibatkan penenang seperti keadaan santai, tenang dan juga keadaan mengantuk serta kekeliruan seperti ubat tidur dan marijuana. Dengan mengambil narkoba jenis ini pastinya sukar untuk memberikan perhatian dalam beberapa perkara. Ambillah langkah dengan berbincang bersama doktor atau ahli farmasi tentang langkah berjaga-jaga pada ubat yang anda ambil.
8. Beguk Kurang Aktif

Masalah sering lupa mempunyai kaitan dengan beguk tidak aktif. Kenyataan ini baharu saja saya dapati ketika Shalini memberitahu tentang apa yang pernah terjadi padanya. Pada peringkat awal Shalini mengetahui tentang penyakit beguk berkenaan dia mendapati bahawa dirinya sering lupa akan sesuatu perkara walaupun ianya hal yang kecil dan mudah. Kekurangan hormon tiriod akan meningkatkan tahap lupa pada seseorang. Malahan ia akan mengakibatkan anda berasa letih dan sukar untuk berfikir. Anda seharusnya mengambil langkah untuk membuat pemeriksaan darah bagi memastikan tahap atau keadaan thyroid anda.
Jika anda mengalami kondisi di mana masalah sering lupa anda berlaku dalam tempoh yang agak lama, maka anda mungkin ingin mendapatkan sesi konsultasi bersama pakar untuk anda mengetahui adakah anda penghidap ataupun mempunyai gejala awal keadaan kesihatan yang mempunyai hubung kait dengan kehilangan memori. Anda juga boleh bersembang bersama saya di [email protected]! Jika anda mengesyaki tanda-tanda yang luar biasa tentang sikap lupa ini terhadap ibu bapa atau orang yang lebih berusia, anda boleh mencuba 3 langkah ini untuk mengidentifikasi sama ada mereka mempunyai gejala Alzheimer.
Peringatan Juliet: Menjadi seorang yang pelupa kadangkala merupakan suatu yang normal. Namun jika anda mendapati kondisi pelupa ini menggangu kehidupan seharian anda seharusnya ambil peduli tentang punca kepada masalah tersebut. Jika anda memerlukan nasihat profesional, hubungi salah satu daripada rakan kongsi kesihatan kami di sini. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan masalah lupa ini dan jika anda terjumpa penyebab yang lain jangan lupa kongsikan bersama kami dalam ruangan komen di bawah!

Contoh Diskusi