8 Perkara Untuk Diketahui Sebelum Memakai Pendakap, Aligner atau Retainer

Badan & Minda Perubatan Estetik

Walaupun alat-alat pembetulan gigi ini kelihatan sama namun jenis yang berlainan sebenarnya digunakan untuk tujuan yang berbeza-beza! Marilah kita lihat alat-alat pembetulan gigi mana yang anda perlukan!


Baru-baru ini, Lisa membuat keputusan untuk menjalani rawatan pembetulan gigi. Juliet telahpun berbincang bersama dengan Lisa tentang jenis-jenis alat pembetulan gigi yang dia perlukan.

"Pendakap gigi, penahan, penjajaran... Bagaimanakah patut saya tahu apa yang saya perlukan?" Lisa memang selalu bimbang akan banyak benda. Saya masih ingat peristiwa Lisa melakukan sebanyak penyelidikan dan pertanyaan yang dia boleh untuk memastikan dia memberikan Lemon susu yang betul.

Lisa confused with the options for orthodontic treatments

Oleh itu, memang nasib baik Lisa mempunyai seorang doktor sebagai abangnya! Sejak hari itu juga, Romeo telah mula menjelaskan bagi Lisa mengenai pilihan pendakap gigi yang ada di pasaran.

Mula-mulanya, kita perlu menjawab soalan asas yang berikut:

1. Adakah saya memerlukan pendakap gigi?

Pernahkah anda mendengar istilah malocclusion?

Malocclusion adalah kedudukan gigi, rahang, dan tulang muka atau otot yang tidak teratur atau tidak normal. Menurut statistik, Kira-kira 1/3 daripada kanak-kanak berusia 12 tahun mempunyai malocclusion pada tahap yang berbeza-beza. Oleh itu, jika gigi anda tidak kelihatan seperti apa yang anda lihat dalam iklan ubat gigi, jangan bimbang - ini adalah biasa! Malocclusion biasanya dirawat dengan pendakap gigi dan memerlukan rawatan yang kerap di klinik pergigian, biasanya dalam tempoh masa 2 tahun atau lebih.

Ulang kaji biologi yang ringkas (diminta oleh Romeo!):
Pertumbuhan gigi bermula semasa kira-kira 4 minggu kehamilan (apabila bayi di dalam rahim ibu). Gigi terus membesar dan berkembang sepanjang masa ini. Kanak-kanak mempunyai purata 20 biji gigi susu, manakala orang dewasa pada usia 25 tahun patut mempunyai 32 biji gigi.

Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai keadaan yang boleh menjejaskan penampilan gigi yang cantik. Dalam erti kata lain, mempunyai 32 biji gigi yang sempurna dalam kedudukan yang teratur bukanlah sesuatu semestinya kita miliki!

2. Masalah yang boleh menjejaskan penampilan gigi

(a) Masalah kongenital dan perkembangan

Babies can't wear braces

Ini termasuklah bibir sumbing dan kecacatan dalam perkembangan enamel (lapisan luaran gigi). Dalam beberapa kes, kedudukan gigi dan tulang sokongan di rahang boleh menyebabkan seorang bagi mempunyai terlalu sedikit gigi (hypodontia), terlalu banyak gigi (hyperdontia, juga dikenali sebagai kesesakan gigi) atau malocclusion (gigi atas dan gigi bawah tidak boleh berhubung dengan betul). Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bibir sumbing, anda boleh membaca perkongsian cerita kawan saya di sini - cerita menakjubkan tentang dilahirkan sumbing!

(b) Masalah luaran

Dollah loses a teeth after a freak accident

Ini berlaku apabila masalah bukan kongenital menyebabkan kecacatan dalam penampilan gigi, biasanya disebabkan oleh kaviti gigi terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Kaviti boleh disebabkan oleh pengambilan gula berlebihan (awasi pemakanan gula anak-anak anda!), kebersihan mulut yang tidak baik (berus gigi - bersihkan lidah - flos (untuk dewasa) - kumur, tidak susah!), dan kehilangan gigi.

Trauma pergigian atau kecederaan juga menyebabkan pelbagai kecacatan penampilan gigi seperti kehilangan gigi atau kecederaan pada gusi. Menurut kajia, sebanyak 50% daripada kita semua pernah mempunyai sekurang-kurangnya satu trauma pergigian atau kecederaan pada masa kita meninggalkan pendidikan!

Romeo teruskan dengan pilihan-pilihan yang terdapat untuk pendakap gigi.

3. Apakah Pendakap gigi (braces)?

Lisa smiles with braces on

Sebagai penyelesaian yang paling popular bagi merawat malocclusion, pendakap gigi berfungsi dengan meletakkan tekanan secara lembut pada gigi kita. Lama-kelamaan, pendakap gigi menggerakkan gigi kita ke arah kedudukan yang betul, lalu menghasilkan penampilan gigi yang kemas dan teratur.

Dari segi mekanikal, pendakap gigi terdiri daripada braket-braket kecil. Braket-braket ini dilekatkan pada setiap biji gigi dan disambungakan oleh wayar besi*. Wayar inilah yang menggerakkan gigi kita secara perlahan-lahan. Semasa wayar mencuba untuk kembali kepada bentuk asalnya, ia akan menolak atau menarik gigi kita dalam arah bertentangan dengan tulang kita supaya tulang gigi yang baru boleh tumbuh pada masa yang sama. Sepanjang proses ini, tulang baharu dibentukkan mengikut bentuk yang ditetapkan oleh wayar dan braket pendakap.

Romeo teaches how braces work

Terdapat jenis pendakap logam atau seramik. Logam lebih kuat dalam pegangan gigi, tetapi pendakap seramik biasanya kelihatan lebih cantik atau mempunyai warna yang sama dengan gigi anda - pilihan yang baik jika anda sukakan pendakap gigi yang tidak mudah dilihat!

Terdapat juga pendakap gigi lingual. Ini dikenali sebagai pendakap gigi 'lutsinar' kerana pendakap ini dipasang di bahagian belakang gigi dan tidak dapat dilihat dari depan. Walaubagaimanapun, pendakap gigi lingual juga biasanya merupakan pilihan yang paling mahal. Marilah kita lihat pendakap apakah yang klinik pergigian berhampiran dengan anda ada!

*Apakah wayar pendakap?
Wayar besi dalam pendakap menyambung braket pada gigi kita untuk membentuk sebuah pendakap. Pada peringkat awal, wayar berbentuk bulat digunakan untuk membentuk dan mengaturkan gigi. Wayar ini adalah penggerak utama gigi kita. Pada peringkat kemudian, wayar berbentuk segi empat digunakan untuk mengawal dan memperbaiki pergerakan gigi, sambil menggerakkan gigi kita ke arah kedudukan yang betul.

4. Apakah pula Penjajaran (aligner)?

Juliet sees through a transparent dental aligner

Penjajaran adalah dulang seperti plastik yang jelas dan nipis yang diperbuat untuk menyesuaikan gigi kita. Pendakap ini biasanya tidak berkekalan dan boleh dipakai dan ditanggalkan oleh pengguna sendiri. Biasanya, pendakap ini harus dipakai sepanjang masa kecuali apabila makan atau memberus gigi dan menggunakan flos. Pendakap lutsinar juga patut ditukarkan setiap 2 hingga 3 minggu untuk kebersihan. Menurut pendapat sesetengah orang, pendakap lutsinar tidak semestinya boleh merawat masalah overbite atau underbite, tetapi digunakan untuk pembentukan kecil pada gigi disebabkan oleh kekurangan ketatnya berbanding dengan pendakap biasa. Yang paling penting adalah, anda perlulah berjumpa dengan doktor pakar pergigian untuk mendapatkan cadangan doktor sebelum membuat pilihan!

5. Dan Gelang elastik pergigian (dental elastics)?

Kadang-kadang, gelang elastik gigi digunakan untuk menguatkan daya penghubung tambahan pada gigi. Gelang ini boleh dipakai dan dikeluarkan pada bila-bila masa sepanjang tempoh rawatan pendakap. Walaubagaimanapun, kita hanya patut menggunakan gelang elastik gigi seperti yang ditetapkan oleh doktor pakar ortodontik - beliau mengetahui apakah yang terbaik untuk anda!

6. Adakah saya perlukan Pendakap gigi headgear (dental headgear)?

Headgear adalah perkakas tanggal-pakai yang dipakai atas kepala untuk membetulkan posisi muka dan rahang. Perkakas ini adalah alat yang berkesan dalam menghindari gigi daripada bergerak dan menghalang perkembangan rahang kami ke arah yang tidak diingini. Satu faedah bagi penggunaan pendakap gigi headgear adalah kebolehan mengukur jumlah tenaga yang dihendaki pada gigi kita. Seperti gelang elastik gigi, pendakap gigi headgear hanya boleh digunakan jika ditetapkan oleh doktor pakar ortodontik!

7. Akhir sekali, Penahan gigi (Retainer)?

"Selain itu, selepas rawatan pendakap selama beberapa bulan atau tahun, sama ada dengan pendakap atau aligner, anda perlu meneruskan prosedur rawatan di dalam rumah dengan menggunakan retainer," Romeo terus menjelaskan.

Romeo introduces the use of retainers

Selepas kita menanggalkan pendakap atau aligner, kedudukan dan bentuk gigi kita mungkin belum stabil. Oleh itu, gigi kita cenderung untuk kembali kepada kedudukan asal mereka! Kestabilan kedudukan dan bentuk gigi anda juga bergantung kepada kesan pegangan yang dijalankan sepanjang tempoh rawatan. Jadi jagalah gigi anda dengan baik sepanjang tempoh rawatan untuk menikmati keberkesanan yang lebih baik semasa anda mengeluarkan pendakap gigi anda!

Pemakaian retainer selepas mengeluarkan pendakap gigi atau aligner boleh dibahagikan kepada dua fasa: fasa pengekalan (retention period) dan fasa pasca pengekalan (post-retention period).

Fasa pengekalan (retention period):

  • Tempoh masa semasa periodontium (otot yang mengelilingi dan menyokong gigi) anda membentuk semula selepas mengalami perubahan rangka tulang dan pergigian.
  • Tempoh masa selama sekurang-kurangnya 1 tahun selepas rawatan pendakap habis
  • Penggunaan retainer dalam tempoh ini adalah sangat dinasihatkan

 Fasa pasca pengekalan (post-retention period):

  • Tempoh masa sepanjang hidup pesakit selepas mengeluarkan pendakap gigi
  • Retainer masih diperlukan tetapi lebih jarang, dipakai hanya pada waktu malam atau pada hari silih ganti

Jadi, apakah retainer?

  • Retainer mengelakkan gigi daripada bergerak kembali kepada kedudukan asal mereka selepas pendakap atau aligner dikeluarkan.
  • Retainer menghalang pergerakan gigi sehingga pertumbuhan gusi dan pembentukan semula otot rangka gigi selesai
  • Kekerapan memakai retainer dan masa yang diperlukan berbeza mengikut individu. Biasanya, kita perlu memakai retainer secara penuh masa selama lebih kurang 6 bulan, dan kemudian hanya pada waktu malam.
  • Dua jenis retainer yang paling biasa adalah retainer Hawley dan retainer dibentuk vakum (VFR, Vacuum formed retainers).

Retainer Hawley

Hawley Retainer

Direka oleh Charles Hawley pada tahun 1919, ini adalah retainer yang paling popular untuk digunakan selepas rawatan pendakap. Retainer Hawley adalah retainer dawai logan yang berbentuk mudah untuk memegang posisi gigi dan menghalang gigi daripada bergerak kembali ke kedudukan asal mereka.

Retainer dibentuk vakum (VFR)

Vacuum formed retainer

VFR direka pada tahun 1971 sebagai pilihan yang lebih fleksibel bagi alat retainer. VFR adalah retainer plastik yang biasanya berciri lutsinar. Retainer ini dipasang pada gigi anda seperti penutup dan kelihatan lutsinar - pilihan yang baik jika anda sudah bosan dengan gigi logam anda sepanjang waktu rawatan!

Retainer Hawley vs VFR

Hawley retainers and VFRs

Retainer Hawley:

  • Mudah untuk membersihkan
  • Pilihan retainer yang biasa selepas pemakaian VFR selama 2 tahun
  • Boleh menyebabkan masalah pertuturan pada tahap awal tetapi masalah ini berkurangan selepas seketika
  • Boleh dinampak dari segi estetik

Retainer VFR:

  • Makan masa untuk pembersihan
  • Pilihan retainer yang biasa pada tahap awal selepas mengeluarkan pendakap gigi
  • Tidak menjejaskan pertuturan
  • Hampir tidak dapat dinampak dari segi estetik disebabkan oleh warnanya yang lutsinar

PERINGATAN: Retainer terdedah kepada pengumpulan plak dan bakteria. Menurut kajian, pesakit yang memakai retainer didapati mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami jangkitan gingivitis (surut gusi) dan pengumpulan plak. Oleh sebab itu, bersihkanlah retainer anda dengan baik!

8. Adakah pendakap gigi akan menjejaskan gaya hidup saya?

Menurut kajian, kebanyakan orang yang memakai pendakap gigi hanya memerlukan masa beberapa hari untuk membiasakan diri dengan wajah baharunya memakai pendakap. Selain itu, kerisauan yang paling banyak bagi pemakai pendakap gigi adalah dari segi pemakanan (tidak boleh makan makanan yang melekit seperti bertih jagung dan gula-gula), dan bukannya dari segi estetik dan penampilan wajah!

"Dengarnya macam boleh tahan juga. Saya memang hendak mengelakkan makanan bergula bagaimanapun. Selain itu, saya rasa saya akan kelihatan comel dengan braket logam yang berwarna-warna pada gigi saya!" Lisa semakin teruja.

Lisa with her brand new set of braces

Jadi rujuklah di sini untuk melihat klinik pergigian mana yang berhampiran dengan anda, dan hantarkan pertanyaan bagi keperluan pergigian anda. Di ERUFU Care, kami mempercayai dalam komunikasi yang berkesan antara anda dengan pakar perubatan. Kami boleh membantu anda mencari klinik pilihan anda, menghantar pertanyaan, mengaturkan temujanji dan banyak lagi - semuanya untuk memastikan anda mendapat rawatan yang anda perlukan! Anda juga boleh membaca ulasan klinik tulen daripada pesakit yang telah ke klinik tersebut - kami mengambil inisiatif untuk menghubungi anda untuk memastikan bahawa anda melalui perjalanan penjagaan kesihatan yang baik. Oleh itu, carilah klinik pergigian hari ini!


Pesanan Juliet:Juliet's Tips Tahukah anda bahawa gigi yang lurus boleh mengurangkan kaviti gigi? Dengan susun atur gigi yang lebih kemas dan lurus, ruang untuk pembiakan bakteria juga berkurangan! Sama ada memakai pendakap gigi atau tidak, kita mesti menjalankan pemeriksaan pergigian dengan doktor pakar pergigian dari semasa ke semasa.

Perbincangan

Lihat Lebih Banyak Komen