10 Makanan Anda Perlu Hindari Semasa Memakai Pendakap

Badan & Minda Perubatan Estetik

Tahukah anda bahawa anda perlu elakkan minuman bergas semasa memakai pendakap? Mari lihat 10 makanan untuk dihindari semasa memakai pendakap!


Pemakaian pendakap gigi boleh menjadi proses yang panjang dan meletihkan, seperti yang dialami oleh Lisa. Selepas menjalani rawatan ortodontiknya selama 3 minggu, Lisa kini mula berasa susah untuk menghindari makanan yang dia gemari sebelum memulakan rawatan.

“Tidak boleh, Dollah. Saya bertekad untuk mengamalkan kelakuan pemakanan yang baik sepanjang tempoh rawatan, saya perlukan senyuman saya yang cantik!” kata Lisa dengan tegas kepada Dollah yang mengusiknya sepanjang hari dengan makanan yang sedap.

Setakat ini, Lisa bertahan dengan baik - makan makanan secara betul, elakkan makanan yang berbahaya...malah, Lisa memakai pelindung mulut semasa dia bersukan!

Lisa rejects Dollah's temptation of snacks

Tahukah anda bagaimana untuk menjaga diri anda semasa memakai pendakap gigi? Selain daripada berjumpa dengan doktor gigi anda pada masa yang tetap, penjagaan diri dan pengawalan kebiasaan juga sangat penting dalam memastikan anda memperolehi keputusan yang terbaik daripada rawatan ortodontik anda!

Pendakap gigi dipasangkan pada gigi kita, jadi perkara yang kita perlu utamakan adalah pemakanan. Tahukah anda makanan apakah yang anda perlu hindari semasa memakai pendakap gigi?

10 Makanan untuk diucapkan selamat tinggal sepanjang tempoh rawatan anda

1. Bertih jagung (popcorn)

Lisa can't eat popcorn

Ucapkan selamat tinggal kepada pemakanan bertih jagung semasa menonton wayang, sekurang-kurangnya sepanjang tempoh rawatan anda selama satu atau dua tahun. Bertih jagung berciri melekit dan boleh melekat pada wayar dan braket pendakap anda. Terdapat juga celah di antara wayar dan gigi anda di mana sisa bertih jagung boleh tersangkut. Sisa makanan ini boleh berada di celah tersebut untuk masa yang lama (kerana mereka susah untuk bersihkan) dan boleh menyebabkan pereputan gigi. Makanlah sosej atau makanan ringan yang lembut semasa menonton wayang, anda masih boleh menikmati sesi wayang anda dengan baik!

2. Kacang

No nuts for Lisa too

Kacang tanah, kacang badam, kacang walnut - semuanya yang keras dan rangup. Kacang yang keras memerlukan tenaga yang banyak untuk digigit. Ini berpotensi untuk menyebabkan kerosakan kepada wayar dan braket pendakap anda. Penggunaan tenaga yang banyak dalam pengunyahan boleh menyebabkan wayar pendakap bengkok atau patah, lalu menyebabkan kecederaan seperti calar atau luka pada gusi, lidah, atau pipi dalaman kita.

“Tetapi bukankah kacang bagus untuk kebersihan gigi kita?”

Walaupun kacang adalah pilihan makanan yang baik dalam menjaga keputihan gigi dengan permukaan kasarnya yang membantu menggosok gigi kita, situasinya berlainan bagi pendakap gigi. Gosokan yang berterusan oleh wayar pendakap pada permukaan yang kasar seperti kacang badam boleh melonggarkan wayar dan menjejaskan keketatannya dalam pengubahsuaian bentuk gigi kita.

3. Ais (air batu)

Lisa having trouble with ice

Suhu ais yang sejuk boleh menyebabkan reaksi yang sensitif daripada gigi dan gusi kita. Ini tidak baik untuk kita semasa memakai pendakap. Sepanjang tempoh rawatan kita, gigi kita (termasuk gusi kita) berada dalam keadaan yang rapuh dan sensitif. Pengunyahan ais yang kerap boleh meningkatkan kadar sensitif gigi dan gusi walau selepas mengeluarkan pendakap gigi. Ia juga boleh menyebabkan kudis sejuk atau keradangan gusi. Juliet tahu Lisa memang suka minum minuman sejuk pada hari yang panas, tetapi jangalah makan air batu dalam minuman ya!

Selain itu, kekerasan ais boleh menyebabkan kecederaan yang sakit semasa kita menggigit atau mengunyah dengan gigi kita yang sensitif. Semasa kita memakai pendakap, gigi kita berada dalam keadaan pergerakan secara perlahan dari kedudukan asalnya ke arah kedudukan yang kita ingini. Pengunyahan makanan yang keras meletakkan tekanan yang tidak diingini dalam semua arah pada gigi kita.

4. Gula-gula dan gula getah

Avoid chewing gum or you'd face a situation like Dollah's!

Tinggalkan gula-gula dan gula getah untuk setahun dua ini untuk melindungi gigi dan pendakap gigi anda. Makanan dengan kandungan gula yang tinggi, terutamanya gula-gula, meninggalkan sisa gula di sekitar rongga mulut kita dan merangsangkan pembiakan bakteria. Bakteria ini adalah punca utama masalah dalam mulut kita, termasuk kaviti, kepudaran warna gigi dan nafas berbau.

Seperti bertih jagung, makanan melekit seperti gula getah adalah larangan pertama sebaik anda memasang pendakap gigi anda. Gula getah yang melekat pada pendakap anda bukan sahaja susah untuk dibersihkan, malah, gula getah yang terlalu melekit boleh menyebabkan braket dan wayar pendakap anda terkehel semasa anda cuba mengeluarkan gula getah tersebut! Wayar yang terkehel boleh mencalar pipi dalaman dan gusi anda seperti spring terpatah - jadi jauhi gula getah!

5. Biskut yang keras

Hard cookies are hard to chew

Walaupun biskut tidak sebahaya berbanding kepada makanan yang lain dalam senarai ini, biskut yang keras juga memerlukan tenaga yang banyak untuk digigit dan dikunyah semasa kita makan. Pilihlah biskut yang lembut (tetapi bukan jenis melekit!) sepanjang tempoh rawatan ortodontik anda daripada yang keras dan rangup untuk mengelakkan sebarang hentaman yang keras pada braket dan wayar anda semasa anda mengunyah.

6. Coklat yang melekit atau keras

No chocolates on my teeth please

Kita semua memang gemari coklat, kan? Coklat boleh memberikan kita tenaga, mood yang baik, tetapi juga kesusahan jika kita memakai pendakap gigi! Wafer coklat yang mudah boleh dimakan, tetapi blok coklat yang keras atau melekit boleh membawa keburukan kepada pendakap gigi anda!

Ciri coklat yang melekit juga menyebabkan coklat cenderung untuk melekat pada braket dan wayar pendakap. Adakah anda perasan bahawa coklat akan melekat pada permukaan gigi selepas anda makan? Sama juga bagi wayar besi pendakap gigi anda! Sisa coklat yang tersangkut pada pendakap juga susah dibersihkan kerana hampir mustahil untuk mencapai sisanya tanpa berus gigi mikro-tip dan kemahiran pembersihan yang teliti.

7. Sayur mentah

No raw vegetables with braces on!

Ada sayur yang lebih baik untuk dimakan secara masak dan ada yang lebih baik dimakan secara mentah. Tetapi sepanjang waktu anda memakai pendakap, anda patut mengelakkan makan sayur secara mentah. Sayur mentah lebih keras daripada sayur masak, dan memerlukan tenaga yang lebih banyak daripada gigi dan rahang kita dalam usaha menggigit dan mengunyah. Tekanan yang berlebihan pada gigi kita boleh merosakkan braket dan wayar, serta menyebabkan posisi pendakap kita terkehel.

Sayur mentah juga mempunyai tekstur yang berserabut yang mudah tersangkut dalam celah di antara braket, wayar dan gigi kita. Masakan sayur bukan sahaja boleh melembutkan sayur, tetapi juga mengurangkan permukaan sayur yang berserabut untuk menghasilkan tekstur yang selamat untuk pendakap gigi.

“Bagaimana dengan jagung? Saya suka makan jagung!” tanya Lisa.

Kawan-kawan perlu ingat - JANGAN makan jagung daripada tongkolnya - anda memerlukan tenaga yang banyak untuk mengeluarkan bijian jagung dengan gigi anda. Keluarkan biji jagung daripada tongkolnya ke dalam cawan sebelum makan, sedap juga makan sedemikian!

8. Buah-buahan yang keras

Want some fruits? Not with braces!

Tahukah anda bunyi rangup yang dihasilkan semasa anda menggigit buah epal? Walaupun gigitan rangup ini baik untuk membersihkan gigi anda, ia tidak sebaik dalam menjaga pendakap gigi anda. Dengan tekanan gigitan yang kuat sudahpun membawa potensi kerosakan kepada wayar dan braket pendakap anda, ebntuk mulut anda semasa membuka rahang untuk menggigit epal juga meletakkan tekanan yang banyak pada gigi hadapan anda. Ini mungkin menghasilkan tekanan pada arah yang bertentangan dengan kedudukan yang diingini, lalu mengurangkan keberkesanan rawatan ortodontik anda.

9. Daging kental

Lisa finding it hard to eat tough meat

Kadang-kadang, kita makan daging yang kental dan menggunakan masa yang lama untuk mengunyah, seperti daging lembu atau daging kambing. Pengunyahan daging yang kental memerlukan tenaga yang banyak daripada gigi dan rahang kita, lalu meletakkan tekanan yang banyak pada pendakap kita. Walaupun permukaan daging yang lembut tidak akan merosakkan pendakap kita secara langsung, mengunyah daging kental terlalu banyak boleh melonggarkan wayar yang menyambungkan brakat dan gigi kita, lalu mengurangkan keberkesanannya.

10. Makanan dan minuman yang berasid

Acidic food and drinks affect the teeth

Ini termasuk buah-buahan masam seperti lemon dan limau, minuman bergas atau sos yang masam. Makanan berasid boleh mengakis enamel (lapisan luaran gigi kita), dan asid tersebut juga bertempatan di sekitar braket dan permukaan gigi kita. Kadang-kadang, ini boleh menyebabkan kemunculan bintik- bintik warna pudar pada permukaan gigi kita yang tidak dapat dilihat sehingga kita mengeluarkan pendakap gigi dan sedar bahawa sudah terlambat.

Minuman bergas juga mengandungi kandungan gula yang tinggi. Ini boleh menyebabkan kaviti kerana bakteria dalam mulut kita suka makan gula seperti bayi sukakan susu. Menurut kajian, minuman ringan diet juga membawakan kesan buruk kepada enamel kita seperti minuman bergas yang biasa, jadi jauhilah minuman ini untuk sementara waktu!

Dan akhir sekali…

Apa-apa yang bukan makanan

Bite food, not things

Gigi kita patut digunakan untuk satu tujuan sahaja - menggigit dan mengunyah makanan semasa makan! Jangan gigit sebarang benda yang bukan makanan - penutup botol, pen, kuku atau sebarang benda yang bukan makanan, ini juga termasuk menggunakan gigi untuk membuka sesuatu! Gigitan benda yang keras boleh memecahkan braket atau membengkokkan wayar dalam pendakap. Walaupun anda tidak memakai pendakap, penggunaan gigi untuk menggigit benda yang bukan makanan seperti ini juga adalah berbahaya untuk enamel dan akar gigi. Jadi gunakanlah gigi anda untuk makanan sahaja!

Di ERUFU Care, kami mempercayai dalam komunikasi yang berkesan antara anda dengan pakar perubatan. Kami boleh membantu anda mencari klinik pilihan anda, menghantar pertanyaan, mengaturkan temujanji dan banyak lagi - semuanya untuk memastikan anda mendapat rawatan yang anda perlukan! Anda juga boleh membaca ulasan klinik tulen daripada pesakit yang telah ke klinik tersebut - kami mengambil inisiatif untuk menghubungi anda untuk memastikan bahawa anda melalui perjalanan penjagaan kesihatan yang baik. Oleh itu, carilah klinik pergigian hari ini!


Juliet's TipsPesanan Juliet: Tahukah anda bahawa menurut kajian, orang yang memakai pendakap gigi kurang risau terhadap penampilan tetapi lebih ambil berat tentang ketidakupayaan makan makanan yang digemari. Namun, adalah amat penting bagi kita mengamalkan disiplin yang baik untuk memastikan kita memperolehi keberkesanan yang paling baik daripada rawatan ortodontik kita. Jangan lupa bahawa anda perlu berjumpa dengan doktor dari semasa ke semasa ya!

Perbincangan

Lihat Lebih Banyak Komen

Tulis komen anda di sini