5 Tabiat Yang Boleh Menyebabkan Kecederaan Pada Pendakap Gigi!

Badan & Minda

Aduh, sakitnya! Apabila anda memakai pendakap, terdapat beberapa tabiat yang perlu diubah untuk melindungi gigi dan pendakap anda. Jadi bersedialah dan jaga keselamatan anda semasa memakai pendakap!


Berasal usul daripada sebuah keluarga yang mengamalkan aspek kesihatan dan gaya hidup yang aktif, Lisa tidak dapat menjauhkan dirinya daripada sukan walaupun dia telah mula memakai pendakap gigi (tahukah anda bahawa Lisa kerap bermain skuasy? Dia memang mahir dalam sukan ini!)

Baru-baru ini Romeo mempunyai pentengkaran kecil dengan Lisa kerana bimbang akan keselamatan gigi adiknya yang memakai pendakap.

"Tak nak lah, Romeo. Saya hanya bermain skuasy, bukannya ke perlawanan tinju, mengapa saya perlu memakai pelindung mulut ini?"

Do you need a mouth guard when you play sports?

Memang jelas Lisa berasa tidak gembira atas nasihat Romeo supaya dia memakai pelindung mulut semasa bersukan untuk melindungi pendakap giginya.

Tahukah anda bahawa jika anda memakai pendakap gigi, anda mungkin terdedah kepada risiko kecederaan gigi dan gusi?

Selain sukan, terdapat juga beberapa tabiat yang anda perlu elakkan untuk melindungi pendakap gigi dan gigi anda.

Oleh itu, lakukan lebih berhati-hati dari 5 tabiat teratas yang boleh menyebabkan anda tercedera semasa memakai pendakap gigi sebaik sahaja anda mendapat masalah pada gigi anda!

1. Menggunakan gigi anda untuk tujuan yang salah

Don't use your teeth to bite anything other than food

Gigi sepatutnya digunakan untuk satu tujuan sahaja - menggigit dan mengunyah makanan semasa makan. Oleh sebab itu, janganlah menggigit kuku anda (atau sebarang benda yang keras)! 

Kerosakan besi kurungan dan wayar boleh menyebabkan luka dan calar pada gusi, lidah dan pipi dalaman kita. Oleh sebab gigi kita diikat dengan ketat oleh pendakap, impak yang terlalu kuat juga boleh menyebabkan posisi gigi kita terkilir - sakit!

Adakah anda menggunakan mulut untuk membuka sesuatu?

Sama ada pembalut gula, bungkusan makanan ringan, penutup tin atau penutup botol, penggunaan gigi untuk membuka objek dengan keras boleh memecahkan besi kurungan atau menggerakkan wayar dari kedudukan asalnya.

Ini juga memberikan tekanan pada arah yang bertentangan dengan arah pendakap menolak gigi kita, lalu menyebabkan gigi kita balik ke tempat asal. 

Bahkan jika anda tidak memakai pendakap gigi, penggunaan gigi untuk menggigit barangan yang bukan makanan adalah berbahaya untuk akar enamel dan gigi anda.

2. Makan makanan yang sejuk atau keras

Eating cold or hard food with braces may give you injuries

Terdapat dua pantang larang utama pendakap di sini:

(i) Makanan berais (seperti ais krim keras, kiub ais) menyebabkan tindak balas sensitif daripada gigi dan gusi kita, gejala yang kita tidak ingin alami semasa memakai pendakap gigi. 

Sepanjang tempoh rawatan ortodontik kita (iaitu tempoh masa yang kita sedang memakai pendakap gigi), gigi kita berada dalam keadaan yang rapuh. 

Pendedahan kepada makanan berais untuk masa yang berpanjangan boleh menyebabkan peningkatan gigi dan gusi yang sensitif walau selepas kita mengeluarkan pendakap gigi, atau menyebabkan keradangan gusi. 

Oleh itu, walaupun minuman sejuk berais memang sedap diminum dengan cuaca panas di Malaysia, jangan sentuh ais, Lisa!

Biting hard food can cause injuries to your teeth and gums

(ii) Makanan keras (terutamanya ais/air batu dan kacang atau cangkerang) boleh menyebabkan kecederaan yang menyakitkan semasa kita meletakkan tekanan dalam gigitan. 

Apabila kita memakai pendakap gigi, gigi kita berada di dalam posisi yang sentiasa bergerak sedikit demi sedikit dengan perlahan dari kedudukan asal ke kedudukan baru yang kita ingini. 

Tekanan yang berlebihan daripada kunyahan makanan keras juga boleh memecahkan besi kurungan atau wayar pendakap, lalu mencederakan gusi, lidah dan pipi dalaman kita.

Kebiasaan ini benar-benar boleh menyebabkan adegan berdarah di dalam mulut kita, jadi perhatikan apa yang ada dalam makanan anda!

Saya pernah menulis tentangnya pada artikel 10 Makanan Yang Perlu Anda Elakkan Semasa Memakai Pendakap Gigi.

3. Makan makanan yang tinggi gula/ berasid/ melekit

Sticky foods are the number one no-no once you have your braces on

Jika anda suka makan makanan manis seperti gula-gula, makanan masam berasid seperti lemon atau makanan melekat seperti gula-gula getah atau bertih jagung, anda perlu mengorbankan kegemaran ini sekurang-kurangnya selama satu atau dua tahun sehingga ke akhir tempoh rawatan pendakap anda.

Makanan yang bergula juga meninggalkan sisa-sisa gula di sekitar rongga mulut kita dan menggalakkan pertumbuhan dan pembiakan bakteria. 

Kadang-kadang, ini boleh menyebabkan kemunculan tompok berwarna putih pada gigi kita yang tidak ketara sehingga kita menanggalkan pendakap gigi. 

Makanan melekit adalah makanan yang paling perlu dihindari sebaik sahaja anda memasangkan pendakap gigi anda. 

Dalam sesetengah kes, penyebab bintik-bintik yang berubah-ubah pada gigi kita, tidak ketara sehingga kita membuang pendakap kita dan menyedari bahawa sudah terlambat.

Makanan melekit boleh terperangkap pada pendakap gigi anda dan sukar dibersihkan. Selain itu, makanan melekit yang terperangkap dalam pendakap gigi juga boleh menggerakkan posisi kurungan dan wayar pendakap apabila anda cuba mengeluarkannya! 

Wayar pendakap yang rosak boleh mencederakan pipi dalaman dan gusi anda seperti wayar spring yang rosak - jadi jauhkan makanan melekit!

4. Bersukan tanpa menggunakan pelindungan yang betul

Wear protective gears when you play sports if you have braces on

"Bayangkan siku orang lain melanggar pendakap gigi anda...?

"Ish, janganlah kata perkara yang menakutkan!"

Apakah yang berlaku kepada wayar yang nipis apabila berlanggar dengan objek yang keras? Ia akan bengkok dan pecah. Oleh itu, aktiviti sukan dengan memakai pendakap gigi boleh menjadi sangat berbahaya.

Terutamanya dalam sukan fizikal seperti bola sepak, bola keranjang dan ragbi, atau anda terkena ayunan lengan dan kaki dari pemain lain. 

Kerosakan pendakap gigi akibat impak seperti ini boleh menyebabkan luka atau calar pada bahagian bibir dan pipi dalaman, serta lidah kita.

Biasanya, orang yang sedang melalui rawatan ortodontik seperti pendakap gigi, aligners, atau penahan ortodontik digalakkan untuk memakai pelindung gigi ketika bersukan. 

Walaupun pemakaian alat pelindung mulut boleh menjadikan anda kelihatan seperti pesaing tinju Rocky, biarlah hodoh, asalkan selamat!

Pemakaian pelindung mulut semasa bersukan boleh mengelakkan kerosakan pendakap gigi dan kecederaan mulut - sama juga jika anda tidak memakai pendakap gigi!

Adalah lebih baik untuk mendapatkan pelidnung mulut disesuaikan untuk mulut dan bentuk gigi dari klinik pergigian. Lihat di sini jika anda berminat untuk mendapatkannya.

5. Pengabaian kebersihan mulut

Oral hygiene shouldn't be overlooked when wearing teeth braces

Kebersihan mulut berada di tempat teratas dalam senarai penjagaan kesihatan mulut, lebih-lebih lagi bagi kita yang memakai pendakap gigi. 

Dengan pendakap gigi atau pelurus (aligner) yang terlekat pada gigi kita, terdapat banyak lagi ruang untuk pertumbuhan dan pembiakan bakteria.

Ini termasuk kawasan di sekitar kurungan, di antara wayar pendakap dan permukaan gigi yang sukar dicapai di bawah kurungan pendakap.

Sisa-sisa makanan juga boleh tersangkut pada gigi kita disebabkan oleh pemakaian pendakap gigi. 

Oleh itu, kita perlu menggosok gigi dengan lebih teliti atau gunakan berus gigi dengan mikro-tip untuk mencapai dan membersihkan setiap jurang dan sudut gigi kita.

Amalan berkumur dengan pencuci mulut juga menjadi lebih penting dalam tempoh masa kita memakai pendakap gigi, kerana ini membantu dalam pembersihan rongga mulut kami secara keseluruhan, termasuk kawasan yang susah dicapai di sebalik pendakap gigi.

Tanpa amalan kebersihan mulut yang betul, kita terdedah kepada kaviti gigi dan penyakit gusi yang boleh menjejaskan kedudukan pendakap.

Pendakap gigi disambungkan dengan ketat di sekeliling gigi kita, jadi jika kita mempunyai kaviti atau penyakit gusi yang mengubahkan bentuk gigi, pendakap kita boleh bengkok dan mencederakan mulut kita dari dalam.

Jaga kebersihan mulut memang mudah saja - berus, flos, kumur!

Lisa finally decides to wear a mouth guard to sports

"Baiklah, baiklah. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna, kan?"

"Saya akan menjaga gigi saya supaya anda sentiasa mempunyai seorang ibu yang cantik!" kata Lisa sambil mencium Lemon sebelum pergi.

Tahukah anda bahawa menurut kajian pergerakan mata, apabila kita melihat wajah yang baru, kita memberikan paling banyak perhatian kepada mata dan mulut seseorang itu. Kita menggunakan imej-imej ini untuk membuat tanggapan terhadap ciri, personaliti dan daya tarikan seseorang!

Walaupun ini mungkin adalah sebab Lisa tidak ingin memakai pelindung mulut pada asalnya, kesihatan dan keselamatan sentiasa diutamakan sebelum penampilan!

Jadi pastikan anda menjaga kesihatan mulut anda dan kerap menjalani pemeriksaan pergigian. Jika anda belum melakukannya, lakukan sekarang dengan mencari klinik pergigian terbaik berdekatan anda sekarang!

Contoh Perbincangan

Tulis komen anda di sini

Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.