
“Lihat, Juliet, lihat!” kata Dollah sambil menunjuk ke arah dahinya.
“Itu kan sebiji jerawat sahaja? Dollah usahlah risau ya!”
“Saya tidak risau. Malah, saya berasa gembira – jerawat ini membuktikan bahawa saya masih muda! Sejak sekolah menengah, belum lagi pernah saya mempunyai jerawat!”
Pada beberapa hari yang lepas, sebiji ‘jerawat dewasa’ tumbuh di atas dahi Dollah. Gembira sangat Dollah ini, sampai dia teruja-uja memberitahu kita semua bahawa dia masih muda lagi.
Jerawat juga dikenali sebagai jerawat vulgaris. Walaupun jerawat biasanya berlaku kepada para remaja, jerawat yang sekali-kala juga berlaku pada tahap dewasa. Kemunculan jerawat pada muka bukanlah sesuatu yang menggembirakan. Pandangan ke arah cermin dan kerisauan pandangan orang lain boleh menyebabkan kita berasa tidak selesa.
Kawan-kawan janganlah risau sangat ya. Mari kita melihat 9 tabiat buruk yang boleh menyebabkan jerawat – adakah anda mempunyai tabiat-tabiat ini?
1. “Jerawat mesti dipicit bagi dibaikpulih!”
Ada kawan-kawan yang tidak tertahan-tahan hendak memicit jerawat di atas muka apabila ternampaknya kerana berasa jerawat akan kelihatan lebih kecil selepas cecair pus dipicit keluar. Kawan-kawan ingat ya: JANGAN memicit jerawat – terutamanya jerawat yang merah dan berlebam! Jerawat seperti ini merupakan akibat keradangan kulit di sekitar jerawat. Picitan jerawat ini akan meninggalkan parut jerawat yang berkekalan dan menjejaskan penampilan kita! Kawan-kawan juga boleh merujuk kepada artikel Juliet mengenai parut jerawat: Bagaimanakah merawat parut jerawat yang berlubang-lubang? Juliet membantu saya meninggalkan kulit muka yang seperti permukaan bulan!

2.“Kulit muka saya berminyak, saya perlu mencuci muka dengan kerap”
Ada kawan-kawan yang berpendapat bahawa kulit muka yang berminyak memerlukan pencucian banyak kali untuk membuang minyak kulit muka dan memperbaik masalah jerawat muka. Namun, jika anda mencuci muka sebaik sahaja berasa kulit berminyak, muka tidak akan menjadi semakin bersih, malah akan menjejaskan sistem kelenjar minyak. Umumnya, kita hanya perlu mencuci muka sekali pada waktu pagi dan waktu malam (jika anda bekerja di persekitaran luaran atau di dalam dapur, anda boleh mencuci muka sekali lagi pada waktu tengah hari). Kita juga tidak perlu mengurut muka untuk terlalu lama semasa mencuci muka.

3.“Kulit muka saya berminyak, saya memerlukan produk pencuci muka yang boleh membuang minyak dengan keberkesanan yang kuat”
Jawapan bagi persoalan ini seperti yang sebelumnya: penggunaan produk pencuci muka bagi kulit berminyak yang terlalu kuat boleh menyebabkan ketegangan dan kekeringan kulit muka. Ini akan menyebabkan kesan yang bertentangan kerana kelenjar minyak muka kita akan menghasilkan minyak kulit yang berlebihan untuk melindungi kulit muka kita.

4.Mesin pembersih muka boleh mencuci muka dengan lebih bersih
Sejak dua tahun ini, mesin pembersih muka semakin popular. Mesin pembersih muka dikatakan boleh membersihkan kulit muka dengan lebih mendalam, mengecilkan liang pori dan mengelupas lapisan luaran kulit muka dengan fungsi vibrasinya. Bagi pengguna dengan kulit muka yang sederhana, mesin pembersih muka mungkin adalah produk yang baik. Namun, mesin pembersih tidak sesuai bagi pengguna yang mempunyai muka berjerawat dan sensitif disebabkan oleh fungsi pembersihannya yang terlalu kuat.

5.Tidak menggunakan sebarang produk penjagaan kulit agar kulit muka tidak terangsang
Ada juga kawan-kawan yang tidak menggunakan sebarang produk penjagaan kulit selain pencuci muka kerana risau bahawa kerangsangan pada kulit akan menjejaskan masalah jerawat. Pemilihan produk penjagaan kulit yang sesuai boleh membantu pemulihan dan penjagaan kulit. Contohnya, produk pelembapan kulit boleh mencegah kulit muka yang berminyak, manakala produk pelindung matahari boleh melindungi kulit muka daripada sinaran ultraviolet yang boleh merangsangkan keradangan jerawat dan meninggalkan parut jerawat (kawan-kawan ingat agar memliih pelindung matahari yang tidak berminyak dan tidak menyumbat liang pori ya!)

6.Tidak rajin menukar sarung bantal
Juliet menasihatkan kawan-kawan semua agar menukarkan sarung bantal sekurang-kurangnya sekali seminggu. Tabiat ini sering terlepas dipandang, terutamanya bagi kawan-kawan yang selalu tidur di sebelah sisi! Pada waktu tidur, bahagian muka kita akan bersentuhan dengan bantal yang dipenuhi kelelumur, minyak dari rambut, debu dan lain-lain lagi (seperti air liur yang meleleh semasa tidur...)

7.Tidak mengelap muka selepas mencuci dan membiarkan muka kering sendiri
Ada kawan-kawan yang tidak mengelap kering muka selepas mencuci dan membiarkan muka kering sendiri kerana berpendapat bahawa perbuatan seperti ini lebih bersih. Jika muka dibiarkan untuk kering sendiri, air pada kulit muka akan menyejat dan menyebabkan kekeringan muka! Langkah yang betul selepas mencuci muka adalah untuk menggunakan tuala yang bersih untuk mengelapkan air di atas muka dengan ringan (jangan mengelap dengan kuat kerana kulit berjerawat sangat sensitif!)

8.Selalu tidak berpuas hati atau berasa sedih dan marah
Muka berjerawat boleh menyebabkan perasaan yang tidak gembira – kawan-kawan mungkin akan berasa tidak puas hati ketika memandang ke dalam cermin. Emosi dan perasaan kita boleh menjejaskan sistem fisiologi kita. Perasaan atau emosi yang semakin buruk akan melambatkan lagi proses pemulihan kulit. Jerawat muka hanya merupakan sebahagian proses dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita mestilah bersenang hati dan mengurangkan tekanan mental kita sendiri.

9.Penggunaan komputer untuk masa yang berpanjangan
Tahukah kawan-kawan bahawa penggunaan komputer untuk masa yang berpanjangan boleh menjejaskan kesihatan kulit kita? Elektrik statik daripada komputer akan mengumpul debu udara, lalu diserap oleh kulit muka kita. Oleh sebab itu, kawan-kawan yang bekerja di pejabat atau kerap menggunakan komputer untuk masa yang berpanjangan hendaklah mencuci muka dengan segera selepas pulang ke rumah. Jangan lupa membersihkan skrin komputer juga ya!

Jerawat merupakan masalah yang tidak akan meninggalkan kita jika tidak diselesaikan sepenuhnya dengan baik. ‘Pertempuran’ dengan jerawat merupakan perjalanan yang panjang dan jauh. Oleh itu, kawan-kawan janganlah berasa sedih jika masalah jerawat tidak diselesaikan dalam masa semalam. ERUFU Care adalah platform untuk membantu kawan-kawan mencari doktor pakar dan klinik di Malaysia. Jika kawan-kawan masih mempunyai masalah jerawat selepas mencuba berbagai-bagai cara penyelesaian, anda boleh merujuk kepada senarai klinik di Malaysia dan Indonesia yang mempunyai perkhidmatan rawatan jerawat untuk mendapatkan pendapat profesional daripada doktor pakar!
Kadang-kala, kami tidak memperolehi hasil yang baik bagi penjagaan kulit kita walaupun selepas berbelanja banyak dalam produk penjagaan kulit dan rawatan kulit, ataupun masalah jerawat tetap kembali selepas hilang untuk masa seketika. Juliet Station bermatlamat untuk menjamin anda dengan maklumat kesihatan yang tepat dan tinggi kebolehpercayaannya. Oleh sebab itu, Juliet berharap kawan-kawan semua dapat mencari cara yang sesuai bagi menyelesaikan masalah jerawat!
Kawan-kawan juga jangan lupa berkongsi 9 tabiat buruk ini untuk membantu rakan menghadapi masalah jerawat ya!

Perbincangan
Hi Analin,Minta maaf, Juliet tidak mampu memberikan nasihat perubatan.Juliet mencadangkan Analin menerima nasihat perubatan daripada pihak klinik perkenaan.
https://www.mydoc.asia/ms/clinics/acne-treatment/malaysia
Hai Aliya!
Terdapat banyak punca yang menyebabkan kulit berminyak, seperti pewarisan genetik, pemakanan atau hormon. Entah apakah jenis pencuci muka yang Aliya gunakan ya?
Cadangan yang Juliet boleh berikan adalah:
1. Tukarkan jenis pencuci muka dan ingat untuk tidak memilih jenis yang mempunyai fungsi membuang minyak yang terlalu kuat. Selepas mencuci muka, Aliya patut berasa muka bersih, segar dan tidak ketat. Jika tidak, kulit muka akan menghasilkan minyak yang lebih banyak dan mengakibatkan kesan yang bertentangan! (cuci muka paling banyak hanya 2-3 kali sehari ya!)
2. Amalan pemakanan yang kurang berminyak dan tidak berat, banyak minum air dan makan sayur serta buah-buahan.
3. Jika diperlukan, boleh gunakan kertas minyak wajah (tetapi jangan lap muka dengan kuat, hanya sapukan secara perlahan).
Jika situasi kulit muka berminyak tidak berapa serius, Aliya tidak perlu terlalu risau. Sebenarnya kulit muka yang berminyak mempunyai kelicinan unsur minyak, dan membantu memperlahankan penuaan kulit (tahniah!). Jika masalah kulit muka berminyak anda serius dan menjejaskan kehidupan harian, Aliya boleh pertimbangkan untuk berjumpa dengan doktor untuk nasihat profesional. Sejauh yang Juliet tahu, memang terdapat ubat yang boleh mengawal penghasilan minyak kulit muka.
Jika Aliya perlukan bantuan saya untuk mencari klinik yang menyediakan rawatan kulit, boleh bagitau Juliet ya...Juliet sedia membantu...
saya jerawat tk berhenti, kulit kusam, gelap, berminyak.. bantu lah saya.. ape patut sy buat? sy pakai pencuci muke watson.. kelaur dr ofis still berminyak.. :(
Hai Siti!

Kalau nak Juliet bantu untuk mencari klinik boleh bagitau je! 
Pewarisan genetik, pemakanan atau hormon semua pun boleh menyebabkan kulit berminyak. Pencuci muka yang Siti gunakan tu jenis untuk kulit berminyak atau untuk kulit biasa ye?
Kalau pencuci muka Siti mempunyai fungsi membuang minyak yang terlalu kuat, mungkin boleh terjadi kesan yang bertentangan. Selepas mencuci muka, adakah Siti berasa kulit muka ketat? Jika ada, maknanya kulit muka terlalu kering selepas dicuci dan akan menghasilkan lebih banyak minyak!
Siti juga boleh cuba gunakan kertas minyak wajah untuk mengelap minyak yang berlebihan jika tidak serius.
Jika masalah kulit muka berminyak Siti serius dan tidak baik pulih, Siti boleh pertimbangkan untuk berjumpa dengan doktor untuk nasihat perubatan
Terima kasih Juliet.. Saya akan cuba gunakan kertas minyak, Siti pakai jenis kulit berjerawat, (BIO ESSENSE AQUA FOAMY) dan lepas pakai tk rase ketat pun.. Siti cuba nk pergi klinik kulit tp tk tahu dan takut, Juliet tlg boleh?
Tentu boleh, Siti!
Tak perlu risau. Siti bolehlah hantarkan pertanyaan kepada klinik dulu melalui platform MYDOC.asia sebelum pergi ke klinik, klinik akan berikan maklum balas kepada pertanyaan Siti melalui e-mel atau hubungi telefon Siti selepas itu
Siti hendak cari klinik di lokasi mana?
Boleh rujuk sini untuk senarai klinik kulit yang ada di platform kami ye:
Senarai Klinik Kulit di Malaysia
Hai Amirayusof ?
Hmm saya pun tak pasti sangat, baik anda hubungi Klinik Dr Ko untuk bertanya lanjut dan dapatkan jawapan yang lebih jelas.
Boleh hubungi klinik rawatan jerawat di pautan ini.
Hi Luth ?
Sebenarnya untuk produk pencuci muka Juliet pun tak boleh nak bagi nasihat, sebab kulit semua orang berbeza. Produk yang sesuai untuk seseorang tidak semestinya juga sesuai untuk seseorang yang lain.
Luth ada pernah dapatkan nasihat doktor kulit dengan kondisi kulit dan cara penjagaan yang sesuai?