
Baru-baru ini, Shalini dan Dollah selalu menghadapi masalah jerawat. Walaupun masalah jerawat pada kulit mereka sudahpun sembuh sekarang, kedua-dua Shalini dan Dollah memberitahu saya bahawa perasaan kecewa yang paling besar semasa tempoh masalah jerawat bukanlah ketika melihat ke dalam cermin, tetapi adalah ketika mereka mendengar kata-kata kawan mengenai jerawat mereka! Mungkin kata-kata kawan adalah secara tidak sengaja, ataupun mereka hanya ingin membantu. Namun, selepas mengharungi penderitaan sepanjang tempoh pertumbuhan jerawat, kita memang tidak lagi ingin mendengan kata-kata ini!
Walaupun matlamat Juliet Station adalah untuk memberikan tumpuan kepada penyediaan maklumat perubatan yang betul dan berguna, kami juga mengambil berat terhadap kesihatan mental kawan-kawan semua. Mengikuti cadangan daripada Shalini dan Dollah, Juliet telahpun mengumpulkan kata-kata yang paling tidak ingin didengar oleh pesakit jerawat!
1. "Janganlah pedulikannya, jerawat akan baik selepas beberapa hari!"

Ini adalah perkara yang paling sering dihadapi oleh pesakit jerawat. Ibu bapa juga jarang memahami kerunsingan mereka dan menganggap ini sebagai 'kekecohan kanak-kanak' - kan biasa bagi budak remaja mempunyai jerawat?
Juliet ingin mengingatkan kawan-kawan semua ya, masalah jerawat boleh ringan ataupun serius. Rawatan awal boleh membantu kita meninggalkan 'perang jerawat' ini lebih awal. Sebaliknya, jika kita mengabaikan masalah jerawat kita, jerawat akan meninggalkan parut pada kulit muka walaupun kita tidak memicitnya. Parut jerawat yang berkumpulan juga menyebabkan kulit muka kelihatan seperti permukaan bulan, dan parut-parut jerawat ini tidak mudah dihapuskan!
Rawatan parut jerawat memerlukan banyak masa dan perbelanjaan. Sebelum ini, Juliet pernah menulis satu artikel mengenai parut jerawat: Bagaimanakah merawat parut jerawat yang berlubang-lubang? Juliet membantu saya meninggalkan kulit muka yang seperti permukaan bulan!

2. "Muka anda belum sembuh selepas begitu lama?''

Masalah jerawat pada kulit muka berubah-ubah daripada baik ke buruk dari semasa ke samasa. Ini akan membawakan perhatian dan pertanyaan daripada kawan dan ahli keluarga. Proses merawat masalah jerawat memanglah perjalanan yang panjang dan jauh. Jerawat tidak timbul secara semalaman, jadi rawatannya juga tidak akan berhasil dalam masa semalam. Dengan rawatan perubatan sekalipun, rawatan jerawat biasanya memerlukan masa 3-6 bulan untuk memperbaikkan keadaan kulit muka.

3. "Bukankah anda sudah lepas tempoh tahap remaja?"

Walaupun kebanyakan orang mengalami masalah jerawat pada tempoh remaja, siapa kata bahawa jerawat hanya berlaku pada orang muda?
Sebenarnya, jerawat berlaku akibat penghasilan minyak yang berlebihan oleh kelenjar sebum, ataupun pembiakan bakteria jerawat (Propionibacterium acnes) berlebihan yang menyebabkan keradangan atau jangkitan pada folikel rambut kulit..

4. "Anda pastinya tidak membersihkan muka dengan baik/muka anda kelihatan kotor!"

Mencuci muka pada waktu pagi dan malam boleh membersihkan minyak dan kotoran udara yang melekit pada kulit muka. Namun, jika kita mencuci muka terlalu banyak kali atau menggunakan produk pencuci muka yang terlalu kuat keberkesanannya, muka kita boleh kehilangan minyak semulajadinya dan menjadi kering atau menghasilkan minyak yang lebih banyak! Terdapat banyak faktor yang boleh mengakibatkan jerawat, seperti ketidakseimbangan hormon, penghasilan sebum yang banyak, diet, tekanan mental dan lain-lain. Oleh itu, kita janganlah salah faham orang lain ya!
Kita juga perlulah mengetahui cara-cara menjaga jerawat kulit kita dengan betul, rujuklah artikel Juliet ini: Patutlah jerawat anda tidak pulih - 9 tabiat buruk yang anda mesti hindari!

5. "Anda pastinya tidak ada mengawal pemakanan/anda tidak boleh makan ini!"

Sebenarnya, kata ini memang tidak salah. Pesakit jerawat perlu mengurangkan pengambilan susu dan makanan yang berkandungan gula, lemak dan iodin yang tinggi. Menurut kajian di Universiti Harvard, remaja yang minum susu mempunyai potensi jerawat yang lebih tinggi daripada remaja yang tidak minum susu sebanyak 44%. Ini mungkin disebabkan oleh hormon semulajadi dalam susu yang boleh menyebabkan kulit berminyak dan liang pori tersumbat. Jurnal American Dietetic Association juga pernah mendapati bahawa pemakanan gula dan lemak yang tinggi boleh merangsangkan pertumbuhan jerawat.
Namun, kawan-kawan janganlah pergi makan besar-besaran dan tinggalkan rakan yang mempunyai jerawat di tepi! Pilihlah makanan yang sihat supaya semua dapat makan dengan gembira!

6. “Are you troubled lately?”

Muka berjerawat memang merunsingkan bagi banyak orang, terutamanya jika kita suka menjaga penampilan kita. Oleh itu, adakah anda berasa kami tidak runsing tentang jerawat kita?

7."Anda patut menjaga kulit muka anda dengan baik! jika tidak bagaimana anda hendak mencari teman lelaki/perempuan?"

Perkara yang paling menyedihkan bagi pesakit jerawat bukanlah keadaan jerawat yang selalu pergi dan kembali, tetapi kata-kata daripada orang di sekeliling. Setiap orang juga menginginkan kulit yang licin dan halus, jadi kata-kata yang tidak berbelas kasihan ini hanya akan menambahkan tekanan mental bagi pesakit jearawat.

8. “Ataupun anda cubalah menggunakan bawang putih/madu/tauhu... untuk merawat kulit muka" (berbagai-bagai kaedah berlainan diperkenalkan)

Dengan perkembangan teknologi dan penyebaran media sosial, kita selalu ternampak orang berkongsi kaedah-kaedah 'istimewa' atau 'maklumat sulit' di atas internet tanpa pengesahan yang baik. Banyak orang selalu mencuba kaedah-kaedah yang berlainan kerana bahan yang digunakan hanyalah bahan makanan biasa yang tidak berbahaya.
Namun, kaedah yang berlainan mungkin berkesan bagi sesetengah orang. Setiap orang mempunyai ciri-ciri fizikal yang berlainan. Selain itu, kulit muka adalah sangat sensitif. Penggunaan kaedah yang tidak sesuai boleh menyebabkan keradangan akibat tindak balas kulit sensitif dan menambah teruk keadaan jerawat. Walaupun nasihat daripada kawan berunsur baik, tetapi cara penyampaian ini tidak berapa sesuai.

9. "Produk ini memang baik, baru-baru ini sangat dihebahkan di Facebook, artis-artis terkenal juga menggunakannya!" atau "Dengar khabar ubat asid hyaluronik dari Pusat Kecantikan XX sangat baik, selepas anda pergi 2 kali, kulit muka anda pasti akan menjadi licin dan baik!"

Kita selalunya ternampak iklan dan testimonial penggunaan produk kecantikan di internet dan media sosial, seperti produk pencerahan kulit, produk pencegahan penuaan, ubat pelangsingan badan, ubat detoksifikasi atau suntikan pencerahan kulit.
Sama ada anda adalah kawan yang baik hati ataupun pesakit jerawat yang ingin membeli produk penjagaan kulit, kawan-kawan semua perlulah memberi perhatian ya! Juliet memberi pesanan sedemikian adalah supaya anda tidak terbeli produk yang tidak sah ataupun anda salah fahamkan maklumat daripada iklan.
Mula-mulanya, bukan setiap orang boleh memaparkan iklan bagi produk mereka. Menurut Menteri Kesihatan, pihak peniaga yang ingin mengiklankan produk mereka di media sosial atau platform yang lain perlulah mendapatkan kebenaran daripada Bahagian Periklanan Perubatan. Iklan ubat yang telah menerima kebenaran di Malaysia akan bertulis "KKLIU", diikuti oleh nombor siri (Contoh: KKLIU 0213/2013).
Selain itu, berdasarkan undang-undang, semua produk perubatan yang dijual di Malaysia mestilah berdaftar dengan Pentadbiran Penguatkuasaan Perubatan Malaysia. Tidak kira sama ada produk tertentu adalah sah di sisi undang-undang negara China, Korea atau negara lain atau mempunyai sokongan artis tertentu, jika produk tersebut tidak mendapat keizinan daripada pentadbiran Malaysia, ia adalah produk yang tidak sah di sisi undang-undang Malaysia.
Selain itu, semua pembedahan mikro perlulah dijalani oleh doktor perubatan estetik di klinik perubatan estetik yang sah. Pakar kecantikan bukanlah doktor pakar, dan tidak boleh memberikan perkhidmatan suntikan perubatan atau sebarang pembedahan mikro bagi pelanggan. Kawan-kawan semua hendaklah membuat pertimbangan yang baik untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini pada muka!


Walaupun Shalini dan Dollah boleh bercakap mengenai kata-kata yang paling tidak ingin didengar oleh pesakit jerawat kerana mereka telahpun menyelesaikan masalah jerawat mereka, masih terdapat banyak orang yang sedang menghadapai masalah dan kerunsingan jerawat. Bagi kawan-kawan yang mengalami masalah jerawat, hanya rawatan awal boleh membantu anda menangkis masalah jerawat dengan cepat. Dalam membuat pilihan klinik, anda mestilah mempertimbangkan baik-baik dan tidak berjumpa dengan doktor secara tergesa-gesa - ingat untuk mencari doktor dan klinik yang mempunyai kebenaran dan pendaftaran dengan Kementerian Kesihatan ya!
Di ERUFU Care, Juliet mempunyai peranan khas untuk membantu kawan-kawan semua untuk mencari doktor pakar dan klinik. Jika anda mempunyai masalah jerawat, bolehlah merujuk kepada senarai klinik yang mempunyai rawatan jerawat di Malaysia, lalu membuat pertanyaan kepada pihak klinik. Pihak klinik biasanya akan memberikan maklum balas dalam masa 3 hari bekerja!
Juliet Station adalah bahagian editorial di ERUFU Care. Matlamat kami adalah untuk menjamin anda dengan maklumat kesihatan yang tepat dan tinggi kebolehpercayaannya. Oleh sebab itu, Juliet berharap kawan-kawan semua dapat mencari cara yang sesuai bagi menyelesaikan masalah jerawat!
Jika anda menghadapai masalah jerawat, atau jika anda mempunyai kawan yang ada masalah jerawat, kongsilah maklumat ini dengan kawan-kawan anda untuk mengingatkan mereka supaya tidak 'bercakap semberangan'!

Contoh Perbincangan