Adakah kecantikan saya dapat dikembalikan?

Perubatan Estetik

Selepas umur mencecahi 30 tahun, anda berkemungkinan bertungkus-lumus mencari jalan untuk memuaskan kehendak hati anda yang menginginkan kecantikan luaran.


Kehidupan Sammy

Sammy menjawat jawatan akauntan profesional di salah satu daripada 4 firma perakaunan terbesar. Dia menikmati kerjayanya dan juga dipandang tinggi oleh majikannya. Tidak seperti akauntan biasa, Sammy seorang periang. Dia menikmati keindahan alam semula jadi dan mengamalkan gaya hidup aktif. Dia sering mengembara ke seluruh dunia.

Perjumpaan

Baru-baru ini kami telah bertemu di perjumpaan bersama kawan-kawan, seperti perjumpaan biasa, kami mencari makanan. Makanan apa yang ‘best’ di Kajang? Sate. Setelah agak lama berbual dan menjamu selera, Sammy mulai mengungkapkan isi hatinya kepada saya, dia bimbang sebab nampak tua berbanding dengan kawan-kawan lain yang juga berada di perjumpaan tersebut. Mungkin dia terlalu kisah hal ini, tapi kebimbangannya agak ketara.

Saya mahu jadi cantik

Dalam kalangan mereka ada lelaki dan juga wanita yang berada di sekitar umur 32 tahun, kebanyakannya mempunyai kerjaya profesional, ada juga segelintir telah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Seperti yang dijangka dalam kumpulan umur ini, tanda-tanda penuaan telah bermula. Bagi saya, ada kelihatan lebih matang dan yang lainnya pula wajah nampak muda seperti waktu kehidupan di kolej. Sammy pula, kelihatan lebih matang namun masih juga nampak menarik, yang orang selalu kata “gorgeous”. “Tidakkkkkkkkk…...saya tidak mahu gorgeous, saya mahu cantik, muda!!!” Sammy balas. Sama seperti kawan lain, saya cuba tenangkan dia dengan mengatakan “selagi teman lelaki kamu puas hati, cukup lah tu” dan dia pula balas serta-merta “Itu hal saya, bukan ada kena mengena dengan dia pun!!” Hmmm, baiklah saya memang bukan pesaing dia pun. Kalau berhujah lagi, rasa-rasanya sampai pagi esok pun belum habis lagi.

Nasihat saya untuk dia, adalah biasanya bagi eksekutif yang bertungkus lumus menyiapkan tugasan sebelum tarikh yang telah ditetapkan seperti kamu untuk mengesan tanda-tanda penuaan. Saya jelaskan lagi, tidak menghairankan bahawa terdapat penyokong teori biologi moden tentang penuaan di mana menerangkan proses penuaan adalah berkait rapat dengan persekitaran di sekeliling kita.

Melihat cermin

Pada dasarnya terdapat dua teori - (1) teori pra-program (2) teori pengerusakan (damage theory) yang menyatakan bahawa proses penuaan berlaku secara semulajadi disebabkan genetik penuaan yang ada pada setiap manusia di mana kebanyakan yang katakannya sebagai jam biologis. Sebaik sahaja jam biologis mula berdetik, tanda-tanda penuaan tersebut akan semakin jelas. Tambahan pula, hormon juga akan mempengaruhi proses penuaan. Salah satu contoh utama, penuaan pramatang boleh berpunca daripada faktor pertumbuhan tubuh badan telah mengalami defisit atau pengurangan. Akhirnya dalam aspek imunologi pula, sistem imun tubuh badan juga akan mempengaruhi keupayaan badan untuk menentang penyakit, kecederaan, penuaan dan kematian.

Teori pengerusakan (damage theory) pula berpegang bahawa penuaan merupakan ketidakupayaan pemulihan tubuh badan disebabkan faktor-faktor seperti pencemaran, stres, gaya hidup tidak aktif, penyakit dan udara yang kita hirup pada saat bernafas. Menurut Dr. Gerschman pada tahun 1954, beliau seorang pakar dalam biologi molekul yang mendapati radikal bebas dalam badan kita mampu menyumbang kepada kemerosotan organ dan akhirnya disintegrasi. Namun, yang menakjubkannya adalah badan kami akan bekerja dengan enzim positif untuk menyerang radikal bebas tersebut. Antioksidan yang diperolehi daripada enzim ini akan mengurangkan proses penuaan.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat sokongan dan bantahan untuk setiap teori. Bagi Sammy pula, saya mencadangkan dia boleh mempertimbangkan prosedur estetik jika dia ingin mengekalkan penampilan. Dari pemerhatian saya, mungkin dia perlu penegangan kulit pada bahagian dahi. Jelas nampak kulit di bahagian dahi Sammy kian mengendur menyebabkan wajah kelihatan tidak bermaya. Biasanya ini merupakan tanda pertama penuaan.

Juliet menolong bertanya klinik estetik

Sammy mendengar dengan teliti semasa saya menerangkan lagi bahawa kunjungan ke klinik estetik akan diberi konsultasi secara selanjutnya. Sudah tentu boleh dapatkan pendapat daripada rakan-rakan dan saudara-mara juga jika ia membantu anda buat keputusan yang lebih baik. Ingat mempertimbangkan segala pendapat, meninjau pasaran atau mungkin mendapatkan rujukan yang boleh dipercayai secara online sebelum mengambil keputusan untuk menuju ke mana-mana klinik estetik.

Foto Sammy masa kolej

Bagi Sammy pula, dia membuat keputusan untuk menerima rawatan penegangan wajah muka atau khususnya penegangan kulit dahi. Dengan rawatan ini, InsyaAllah, dia dapat mengekalkan penampilan muda. Dia rujuk foto masa kolej dan buat perbandingan. Keputusannya adalah betul. Dia perlukan prosedur penegangan wajah muka secara minor untuk mengembalikan penampilan yang lebih muda. Mungkin di usia 30-an nanti saya juga akan mempertimbangkannya?


Juliet's TipsPesanan Juliet: Jangan sesekali menerima perkhidmatan perubatan estetik di pusat kecantikan atau pihak klinik yang tidak berkelayakan untuk menjalani perkhidmatan berkenaan. Jika anda berminat untuk menerima sebarang rawatan estetik, sila cari klinik perubatan estetik yang telah disahkan. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, atau mahu berkongsi pengalaman yang berkenaan, dialu-alukan emel ke [email protected]

Perbincangan

Lihat Lebih Banyak Komen