9 Mitos Tentang Jerawat Yang Telah Anda Salah Fahami

Badan & Minda

Sejauh manakah cucian muka mampu menghilangkan jerawat? Adakah hanya golongan remaja yang mempunyai jerawat? Mari kita ketahui dengan lebih lanjut fakta tentang jerawat yang sering kita salah fahami.


Inilah masanya untuk menjelaskan beberapa mitos penjagaan kulit!

Adakah anda masih ingat masalah jerawat yang dialami oleh Dollah? Dia hanya berjaya menghilangkan jerawatnya untuk sementara waktu sebelum jerawat kembali mengerumuni wajahnya.

”Adakah anda menjaga kulit anda dengan baik?”

” Saya mengikut segala nasihat di TV!”

"......"

Dari manakah anda mendapatkan nasihat untuk mengatasi masalah kulit anda?

Kajian menunjukkan kita mendapatkan teknik penjagaan kulit kebanyakannya daripada TV, ibu bapa, rakan-rakan, majalah, yang paling utama ialah iklan.

Pelbagai faktor menyumbang kepada pertumbuhan jerawat seperti gejala PMS, tekanan, kekurangan waktu tidur, bahan kosmetik, dan peluh berlebihan atau pengambilan ubat. 

Difahamkan juga pendedahan kepada cahaya matahari mampu menghilangkan jerawat.

Namun begitu, manakah fakta yang benar?

#Mitos 1: Wanita mempunyai lebih jerawat berbanding dengan lelaki

Men get more acne than women

"Oh tidak, jerawat lagi!"

Sebenarnya, masalah jerawat lebih dipandang serius dalam kalangan wanita. Oleh sebab itu, lebih banyak wanita menyuarakan masalah ini berbanding dengan lelaki.

Sebaliknya, ia tidak benar kerana menurut kajian yang dijalankan Universiti Munich mengatakan lelaki lebih mengalami masalah jerawat jika dibandingkan dengan wanita iaitu 29.9 peratus bagi lelaki dan hanya 23.7 peratus wanita mengalami masalah yang sama.

#Mitos 2: Masalah jerawat hanya berlaku ketika zaman remaja

Acne doesn't only happen during your teenage years

Masalah ini memang kurang berlaku dalam kalangan orang dewasa, namun masih terdapat kemungkinan kita mempunyai jerawat setelah mengalami proses akil baligh.

Lebih-lebih lagi, masalah jerawat paling ketara pada usia 14-29 tahun, jadi masalah ini akan menghantui kita sehingga kita berusia 20-an.

Sudah tentu anda tidak mengganggap Dollah begitu muda!

#Mitos 3:  Jerawat boleh dirawat dengan meminum susu

Milk can encourage acne formation

Sebenarnya, masalah jerawat anda akan bertambah parah jika anda sentiasa meminum susu!

Produk tenusu seperti keju atau keju berkrim, hidangan pencuci mulut sejuk beku, dan susu penuh krim atau susu rendah lemak menyebabkan pertumbuhan jerawat akibat hormon dan molekul bioaktif yang terdapat dalam susu lembu.

Hormon ini akan menjejaskan hormon dalam tubuh badan kita dan menyebabkan pertumbuhan jerawat.

#Mitos 4: Amalan pemakanan harian tidak berkaitan dengan wajah anda

Your diet can cause your acne

Amalan pemakanan anda mampu menjejaskan kecantikan wajah anda!

Makanan berkarbohidrat yang mudah dicerna seperti minuman ringan, gula-gula, nasi dan roti putih akan menyebabkan kelebihan kandungan glukosa dalam darah (gejala ini dikenali sebagai gejala hiperglikemia).

Hal ini menyebabkan penghasilan insulin yang merangsang pengeluaran IGF-1(sejenis protein). Protein ini mampu menjejaskan bahagian pilosebaceous, merangsang hyperkeratosis kulit dan hiperplasia epiderma, lalu menyumbang kepada pertumbuhan jerawat.

Istilah-istilah ini memang merumitkan. Oleh sebab itu, mari kita lihat rumusannya.

How your diet can affect your acne

Makanan yang mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi merangsang pengeluaran minyak di kulit dan menyebabkan pertumbuhan jerawat.

Adakah anda masih ingat makanan yang menyebabkan masalah jerawat?

Makanan yang mempunyai indeks glikemik yang tinggi mampu merangsang pertumbuhan jerawat. Oleh sebab itu, masalah jerawat boleh diatasi jika  anda menghindari makanan seperti ini (berat badan anda juga akan berkurang!).

*Soalan yang sering ditanya: Adakah coklat menyebabkan pertumbuhan jerawat?

Tidak- koko tidak menyebabkan pertumbuhan jerawat. Namun begitu, kandungan gula, lemak, dan susu dalam coklat boleh menyebabkan masalah jerawat, jadi pilihlah coklat yang betul!

#Mitos 5: Kotoran pada muka menyebabkan wajah yang berjerawat 

Acne is not caused by dirt or poor personal hygiene

Pertumbuhan jerawat bukan disebabkan anda kurang menjaga kebersihan diri ataupun terdapat kotoran pada muka. Salah faham ini wujud kerana bintik hitam kelihatan seperti kotoran yang tersekat di liang roma muka.

Sebenarnya, bintik hitam terbentuk akibat keratin kulit teroksida. Sekatan ini menyebabkan jerawat tumbuh dengan mendalam di ruang folikel yang kecil, sehingga ia susah dibersihkan daripada muka. Hal ini tidak seperti kotoran pada permukaan kulit.

Walau bagaimanapun, ini bukan untuk mengatakan bahawa mencuci muka tidak diperlukan.

Membasuh dan membersihkan wajah anda boleh membuka kunci liang-liang kulit anda, membolehkan sebum mengalir keluar, dan kerana minyak boleh menyekat saluran-saluran liang, ini dapat membantu dalam mengurangkan pembentukan jerawat.

9 bad habits you need to quit to get rid of pimples!

Berapa kali sehari anda perlu mencuci muka? Adakah anda masih ingat jawapannya dalam artikel yang lalu, iaitu “9 faktor pertumbuhan jerawat di muka”? Hati-hati kerana kesihatan kulit akan terjejas jika anda terlebih membasuh muka.

#Mitos 6: Cahaya matahari dapat mengatasi masalah jerawat

Some people believe that sun exposure can get rid of acne

Kajian di Australia menunjukkan kebanyakan doktor dan jururawat menasihati untuk mendedahkan diri kepada cahaya matahari untuk mengatasi masalah jerawat. Namun begitu, hal ini sebenarnya salah.

Sebaliknya, terlebih mendedahkan diri  kepada cahaya matahari mampu meningkatkan risiko anda mengalami kanser kulit melanoma dan bukan melanoma.

Tahukah anda bagaimana untuk melindungi kulit daripada cahaya matahari? Pelajarilah cara betul untuk menggunakan krim pelindung matahari di sini.

Kajian menunjukkan teknik penjagaan kulit yang sering kita gunakan banyak kekurangan terutamanya dalam aspek membasuh muka dan pendedahan kepada cahaya matahari.

Setiap individu perlu mempunyai teknik penjagaan kulit tersendiri. Para doktor dan jururawat juga perlu prihatin akan masalah ini.

#Mitos 7: Aktiviti merokok menjadikan kulit lebih kering dan membantutkan pertumbuhan jerawat 

Smoking doesn't help in acne recovery

Hal ini sama sekali tidak benar.

Sebaliknya, peratus kemungkinan masalah jerawat dalam kalangan perokok adalah lebih tinggi (sebanyak 40.8 %) jika dibandingkan dengan orang biasa (25.2 %)!

Hal ini disebabkan batang rokok yang mengandungi bahan toksik dan asap rokok yang menyekat liang roma menyumbang kepada masalah kulit kita.

#Mitos 8: Hanya wanita muda yang mengalami pertumbuhan jerawat ketika PMS

Many women experience acne outbreak during PMS

Sebenarnya, wanita dewasa lebih besar kemungkinan mengalami masalah jerawat ketika gejala prahaid (PMS) jika dibandingkan dengan wanita yang masih dalam proses akil baligh.

Menurut Jurnal Akademi Dermatologi Amerika, hampir separuh wanita di dunia (44%) mengalami masalah jerawat ketika PMS. Masalah ini lebih ketara dalam kalangan wanita yang berusia 33 tahun atau ke atas.

#Mitos 9: Anda seorang diri sahaja yang mengalami masalah jerawat

You're not the only one with acne problems

Usahlah risau kerana anda sudah tentu bukan satu-satunya individu yang mengalami masalah jerawat. Sebenarnya, ramai juga orang pernah mengalami masalah yang sama.

Berdasarkan rekod di Jurnal Dermatologi, sebanyak 85 peratus orang yang berusia 12-25 tahun mengalami masalah jerawat manakala 8 peratus orang dewasa yang berumur 25-34 tahun dan 3 peratus orang dewasa yang berumur 35-44 tahun juga mengalami masalah yang sama.

Jika anda sedang mencari rawatan untuk masalah jerawat anda, sila lihat senarai klinik yang mampu membantu anda di sini.  Jika anda berminat untuk mendapatkan rawatan mereka, hantarlah pertanyaan anda.

Dollah, tahukah anda sekarang mana fakta yang benar?

Acne Myths

Adakah anda mempunyai masalah jerawat? Bacalah “9 kebiasaan yang anda perlu jauhi untuk mengatasi masalah jerawat anda”.

Apakah mitos tentang jerawat yang pernah anda dengar?Tinggalkan komen di bawah!


Juliet's TipsPeringatan Juliet: Gejala alahan makanan tidak menyebabkan masalah jerawat. Ia mungkin menyebabkan ruam atau tindak balas pada kulit, namun masalah jerawat berpunca daripada rembasan folikel yang berbeza. Kes ini berbeza mengikut individu kerana tindak balas alergi boleh menyebabkan masalah jerawat lebih parah, namun gejala alergi tidak menyebabkan pertumbuhan jerawat secara langsung.

Perbincangan

Lihat Lebih Banyak Komen

Tulis komen anda di sini

Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.