Tabiat Buruk Yang Menyakitkan Anda! 8 Penyebab Liang Pori Besar Yang Perlu Anda Ketahui

Badan & Minda Perubatan Estetik

Agak menjengkelkan memiliki liang pori terbuka pada wajah anda, walaupun anda cuba menyembunyikannya dengan menggunakan produk concealers, ia tidak membantu langsung! Solekan pada wajah berkemungkinan menyebabkan pori-pori semakin tersumbat atau liang pori semakin membesar, jadi buangkanlah solekan anda. Pernahkah anda terfikir, bahawa tabiat buruk anda menyebabkan ianya terjadi?


Dollah face large pore

“Juliet, lihat! Terdapat liang pori terbuka pada wajah saya! Ia kelihatan seperti boleh diletakkan pencungkil gigi padanya! “ Dollah mengatakan sambil menunjuk pada mukanya.

Beberapa hari lepas saya bertemu dengan Dollah. Saya dapat melihat kerisauannya tentang keadaan wajahnya. Saya sudah lama tidak berjumpa dengannya semenjak dia mempunyai “jerawat dewasa” lebih kurang setahun yang lalu.

Sejujurnya, Dollah tidak begitu ambil kisah tentang kulit wajah yang elok, dan dia juga menggemari makanan yang mempunyai perasa tambahan yang tinggi. Saya rasa kesannya muncul pada wajahnya! Saya pernah berbicara dengannya sebelum ini tentang 9 Penyebab Jerawat, dan kali ini saya dia melihat tentang 8 Tabiat yang saling berkaitan ini pula!

1.Penggunaan Berlebihan Produk Penjagaan Kulit Kawalan Minyak

use toom much oily-control product

Adakah anda mempunyai kulit wajah yang berminyak? Jika ya, anda mungkin terdedah kepada masalah liang pori besar. Ini adalah sebab mengapa wajah anda merembeskan begitu banyak minyak semulajadi, yang memudahkan terjadinya liang pori besar dan memberikan kesan kepada metabolisma anda.

Kebanyakan orang mempercayai bahawa adalah bagus untuk menggunakan lebih banyak produk kawalan minyak - dan lebih baik jika terdapat kesan lebih tegang selepas pembersihan kulit muka. Ianya adalah suatu kesilapan besar! Hakikatnya, dengan melakukanya perembesan kelenjar minyak normal akan terganggu. Ia boleh mencetuskan lebih banyak pengeluaran minyak pada wajah dan kemudiannya akan menyebabkan tindak balas.

2. Membasuh Muka Anda Dengan Air Panas Atau Sejuk

use lukewarm water wash face

Wajah anda perlu dicuci dengan air panas atau sejuk?

Sesetengah pakar kecantikan di dalam laman media sosial mempercayai bahawa wajah perlu dicuci dengan air panas kerana haba dapat membesarkan liang-liang pori wajah anda untuk menyingkarkan minyak yang berlebihan. Namun, ada pula yang menyokong idea menggunakan air sejuk, kerana air sejuk dapat mengurangkan liang-liang pori supaya liang pori kelihatan lebih kecil.

Terdapat pro dan kontra dalam penggunaan air panas dan sejuk untuk membersihkan wajah anda. Oleh itu, terdapat ubat yang menggabungkan penggunaan air panas dan sejuk untuk mencuci muka, dan ia didakwa sebagai penyelesaian yang sempurna. Walau bagaimanapun, ini tidak terbukti secara saintifik!

Anda mesti memahami bahawa muka anda tidak hanya membuka liang pori sama seperti anda mahukan.. Selain itu, gabungan kedua-dua suhu air yang melampau boleh merengsakan wajah anda dan menjadikan keadaan bertambah teruk, terutama dalam kalangan mereka yang mempunyai kulit wajah sensitif!

Jika anda bertanya kepada saya, "jadi apakah suhu optimum untuk mencuci muka?" Saya percaya air suam adalah pilihan yang paling sesuai. Air suam mempunyai suhu yang paling dekat sebagai suhu badan kita. Oleh itu, ia tidak akan mendatangkan kemerahan kepada kulit kita seperti air panas atau sejuk!

3.Sering Menggorek Jerawat dan Bintik Hitam 

always popping blackhead cause large pore

Anda tidak dapat menahan diri lalu menggorek bintik hitam dan jerawat setiap kali ia muncul pada wajah anda? Saya dapat rasakan betapa sukar melakukannya!

Kebanyakkan daripada kita akan menggorek jerawat atau bintik hitam bila anda melihatnya. Ini yang menyebabkan liang pori anda semakin membesar. Walau bagaimanapun, ia boleh menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan pada masa akan datang!

Jerawat kemerahan biasanya merupakan tanda kulit mengalami keradangan. Anda mungkin menyakiti lapisan dermal kulit anda apabila anda memaksanya keluar secara paksa.  Dengan itu ia meninggalkan parut jerawat atau "lubang kecil". Begitu juga dengan bintik hitam, jika anda kerap menggoreknya dalam jangka panjang, ia boleh membesarkan liang pori anda!

Menggorek jerawat dan bintik hitam dengan kerap akan menjejaskan kecantikan anda. Apa kata anda baca artikel terdahulu tentang “Bagaimanakah Merawat Parut Jerawat Yang Berlubang-Lubang? Juliet Membantu Saya Meninggalkan Kulit Muka Yang Seperti Permukaan Bulan!” dan lihat bagaimana anda boleh lakukan jika mempunyai parut jerawat!

4. Tidak Membersihkan Solekan Anda Sebaiknya

not remove make up preperly

Ini adalah sesuatu amaran yang ingin saya berikan kepada anda semua. Sentiasa ingat untuk MEMBERSIHKAN SOLEKAN ANDA, MEMBERSIHKAN SOLEKAN ANDA, MEMBERSIHKAN SOLEKAN ANDA! (Ia sangat penting sehingga saya perlu mengulanginya sebanyak 3 kali!)

Kebanyakan wanita akan memilih menyembunyikan liang pori yang semakin membesar dengan solekan asas, krim BB, krim CC, atau bedak adalah antara produk kosmetik yang digunakan untuk menutup kekurangan pada kulit wajah. Tidak salah untuk melakukannya, tetapi jangan lupa betapa pentingnya untuk menanggalkan solekan anda!

Banyak produk kosmetik (contohnya, krim BB) mengandungi minyak mineral. Sekiranya anda tidak membersihkan solekan dengan betul, atau hanya bergantung kepada pembersih muka saja, muka anda mungkin tidak cukup bersih. Sekiranya anda tidak membersihkan wajah anda dari semasa ke semasa, bahan-bahan kosmetik akan menyumbatkan liang-pori anda. Stratum corneum (lapisan paling luar permukaan kulit anda, lapisan epidermis) kulit anda akan terkumpul di bawah kotoran, dan tidak boleh bernafas. Oleh itu, liang pori dan jerawat yang besar akan datang menyerang kulit muka anda!

5. Tidak Prihatin Terhadap Produk Penjagaan Kulit Pelembap dan Anti-Penuaan

dry skin large pore

Pasti anda akan bertanya kepada saya “Bukankah kulit berminyak sahaja yang menyebabkan liang pori terbuka?”

Terdapat pelbagai jenis penjelasan tentang apakah yang menyebabkan liang pori terbuka? Selain daripada kulit berminyak, penyebab lain adalah kerana faktor usia penuaan. Dengan kehilangan kolagen di dalam badan secara beransur-ansur, liang-liang pada muka kita kehilangan keanjalan kulit sehingga menyebabkan liang berhenti berfungsi sehingga liang pori kelihatan besar.

Malah, liang-liang pada kulit yang mengalami penuaan mungkin lebih sukar untuk disingkirkan. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih produk anti-penuaan tertentu. Pada masa yang sama, kekalkan gaya hidup yang seimbang, dengan tidak memakan makanan yang diproses dan menjadi “kelawar malam” (berjaga sepanjang malam). Semua tabiat ini akan melambatkan proses penuaan kulit anda!

6.Tidak Menggunakan Pelindungan Matahari

sun damage cause blackhead

Jika anda terdedah kepada kulit berminyak anda mungkin mendapati bahawa meletakkan krim pelindung matahari akan membuatkan keadaan muka anda lebih teruk. Untuk mengelakkan liang tersumbat, anda mungkin mengelakkan pelindung matahari sama sekali. Namun, adakah anda tahu bahawa ia sebenarnya lebih merosakkan kulit anda!

Seperti yang telah saya katakan sebelum ini bahawa penuaan boleh menyebabkan liang pori membesar. Apa yang mempercepat proses penuaan kulit anda? Ianya adalah sinaran ultraungu (UV)! Radiasi daripada UV boleh merosakkan kulit kita dengan teruk, malah membuatkan liang pori semakin membesar. Ia juga boleh menyebabkan melasma!

Saya mencadangkan anda memilih produk pelindung matahari yang sesuai untuk keadaan muka anda. Terutamanya di kebanyakan kedai menjual barangan kosmetik atau di kaunter yang menyediakan produk pelindung matahari sebagai sampel ujian supaya anda boleh mencuba produk berkenaan sebelum membelinya. Saya percaya ia tidak terlalu sukar untuk mencari produk pelindung matahari  yang tidak berminyak, yang menjadikan kulit anda kelihatan segar selepas meletakkannya pada kulit anda!

7.Merokok

smoking cause large pore

Disebabkan anda merokok, permukaan muka anda terdedah kepada kotoran asap dan bahan-bahan toksik dari rokok, yang boleh melekat pada wajah anda.

Bukan itu sahaja, merokok boleh menyebabkan gangguan pada peredaran darah, sehingga mempengaruhi peredaran darah kulit anda. Ini boleh mengurangkan aliran oksigen dan nutrien dari darah anda ke kulit anda. Akibatnya, anda akan mendapat liang pori besar, selain kulit anda kelihatan kering dan mencapai penuaan lebih cepat.

8.Menggemari Makanan Manis

too much sweet food cause large pore

Adakah anda ketagih kepada nasi? Adakah sukar untuk mengurangkan keinginan kepada makanan manis?

Sudah tiba masanya untuk anda berhenti dari tabiat berkenaan! Menurut kajian Arkib dermatologi  yang diterbitkan pada tahun 2002 oleh Prof. Loren Cordain dari Colorado State University, mengambil makanan dengan indeks glisemik tinggi akan menyebabkan tahap insulin badan anda meningkat. Ini membawa kepada peningkatan insulinoid, dinamakan IGF-1. Memandangkan kedua-dua IGF-1 dan tahap insulin meningkat, ia boleh mencetuskan rembesan testosteron (hormon lelaki), sekali gus menjejaskan rembesan kelenjar lemak.

Sukar untuk difahami? Biar saya jelaskan kepada anda lebih baik! Ini bermakna dengan mengambil makanan dengan gula yang tinggi, terdapat lebih banyak rembesan minyak di wajah anda, yang menyebabkan liang tersumbat, liang pori semakin membesar dan pertumbuhan jerawat!

dollah quite sweet food prevent large pore

“Juliet, saya rasa apa yang awak katakan betul. Inilah masanya untuk berhenti makan makanan ringan dan manis!”

Kali ini Dollah bersumpah untuk mengamalkan pemakanan yang sihat, namun saya tidak pasti tentangnya. Sebab Dollah selalu memberikan janji palsu! Sudah tentu, jika anda mempunyai liang pori terbuka sama seperti Dollah, diharapakan anda anda dapat memperbetulkan tabiat buruk anda, jika anda mendapatinya seperti salah satu di atas.

Jika anda telah mencuba pelbagai kaedah dan penggunaan produk penjagaan kulit namun masih tidak dapat melihat perubahan positif pada kulit, anda mungkin memerlukan nasihat professional dari doktor. Juliet di sini untuk membantu anda mencari doktor dan klinik yang tepat seperti yang anda mahu. Jadi, tekan di sini untuk melihat klinik yang menyediakan rawatan liang pori terbuka. Anda akan mendapat maklum balas daripada klinik dalam tempoh 3 hari.

Saya di sini mengharapkan anda mendapat kesembuhan pantas daripada mempunyai hidung seperti strawberi atau kulit persis kulit limau! Adakah anda mempunyai sebarang “resepi rahsia” untuk mengatasi masalah liang pori terbuka? Kongsikan tips penjagaan anda di sini pada ruangan komen di bawah!

Perbincangan

Lihat Lebih Banyak Komen