Cara Mengatasi Kemurungan
Tanda-tanda kemurungan yang paling umum adalah kesedihan, berasa kekosongan, kurang bertenaga dan lesu, atau rasa bersalah tanpa sebab. Adalah penting untuk memahami bahawa perasaan negatif tersebut bukanlah untuk mencerminkan realiti. Pengidap kemurungan sering tidak dapat focus, fikir, ingat, dan/atau membuat keputusan.
Jika anda telah disahkan bahawa menghidapi gangguan kebimbangan, ataupun anda mengesyaki bahawa anda telah mengalami kemurungan, adalah dinasihatkan bahawa merujuk kepada cadangan yang berikutnya.
Mendapatkan bantuan dengan secepat mungkin; mendapatkan pemeriksaan daripada ahli psikologi.
Memberitahu masalah kepada keluarga dan rakan yang terdekat serta menerima bantuan mereka.
Mengaktifkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berunsur positif.
Melakukan senaman untuk meringankan bebanan.
Melibatkan diri dalam aktiviti, jangan elakkan berkomunikasi dengan orang lain. Menjalinkan perhubungan yang erat dengan ahli keluarga dan kawan.
Berbincang dengan doktor yang berkenaan terhadap masalah yang dihadapi.
Setelah memahami masalah, digalakkan menetapkan matlamat dan jangan sesekali menolak tanggungjawab.
Pembahagian tugasan haruslah dijalankan untuk memudahkan kerja
Percaya bahawa masalah kemurungan ini akan beransur-ansur dibaikpulihkan
Membuat keputusan yang penting seperti mengenai perkahwinan, penceraian, pertukaran kerja, perletakan jawatan, berhenti sekolah selepas menyelesaikan masalah kemurungan. Anda haruslah mendapatkan rawatan jika mengalami kemurungan, adalah digalakkan untuk membuat keputusan selepas keadaan berpulih baik.
Menyayangi Lain-Lain. Mulai Perkongsian ♥