Go to

Kemurungan

Pengenalan

Sebutan:

Kemurungan, gangguan kemurungan

Kategori perubatan:

Psikiatri

Jangkitan:

Tiada

Golongan:

Wanita

Diagnosis perubatan:

Perlu

Keturunan keluarga:

Diwarisi

Rawatan perubatan:

Ada

Jangka panjang:

Bergantung

Kepulihan:

Bergantung

Apakah kemurungan?

Kehidupan seseorang tidak kurangnya mengalami kemurungan kadang-kala. Gangguan emosi ini tidak akan berlaku secara berturut-turut. Namun, bagi individu yang mengalami kemurungan yang berpanjangan, gangguan emosi ini bukan sahaja dapat mempengaruhi seseorang secara berterusan malahan juga mengakibatkan tugasan seharian terjejas. Kemurungan adalah berbeza dengan kesedihan yang umum di mana kemurungan adalah mampu mempengaruhi kehidupan seseorang secara menyeluruh, seperti dari segi fizikal, emosi dan lain-lain lagi.

Apakah jenis-jenis kemurungan?

Terdapat beberapa jenis kemurungan seperti kemurungan umum, bipolar kemurungan, dysthymia, kemurungan selepas bersalin, kemurungan psikotik, gangguan afektif bermusin dan lain-lain lagi.

Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala kemurungan?

Tanda-tanda kemurungan yang paling umum adalah kesedihan, berasa kekosongan, kurang bertenaga dan lesu, cepat marah, hilang minat dan sukar fokus terhadap semua perkara, mengalami kesukaran untuk membuat keputusan, isomnia, sakit kepala, pemikiran terhadap kematian secara berulang-ulang dan sebagainya.

Apakah yang menyebabkan kemurungan?

Serupa dengan kebanyakan gangguan psikologi, punca kemurungan adalah tidak jelas. Sesetengah jenis kemurungan adalah berpunca daripada keturunan keluarga manakala ada juga disebabkan pengalaman kehidupan, ketidakseimbangan hormon dan sebagainya.

Adakah kemurungan dapat dirawati? Bagaimanakah?

Rawatan untuk kemurungan sering melibatkan psikoterapi (terapi pertuturan) dan ubat-ubatan oral.

Mencari klinik-klinik Psikiatri yang dekat lokasi anda?

Semua maklumat yang diberikan di laman ini adalah umum dan bertujuan untuk tujuan pendidikan sahaja.
Go to
Ikut Kami