Go to

Jenis-jenis Kemurungan

Kemurungan (atau gangguan kemurungan) merupakan penyakit psikologi yang bercirikan perasaan sedih yang berterusan, kekosongan, berputus asa, tidak berdaya, merasakan diri tidak berguna, dan sentiasa rasa bersalah. Muka surat ini adalah berbincang tentang jenis-jenis kemurungan.

Jenis-jenis gangguan kemurungan adalah seperti berikut.

Kemurungan Utama (Unipolar Kemurungan)

Juga dikenali sebagai unipolar kemurungan, kemurungan utama yang dirujuk kepada tanda-tanda yang mempengaruhi keupayaan seseorang dalam melakukan sesuatu perkara seperti bekerja, tidur, makan dan sebagainya. Tanda-tanda yang dinyatakan adalah kekal sekurang-kurangnya dua minggu.

Bipolar Kemurungan (Manik Kemurungan)

Bipolar kemurungan atau manik kemurungan merupakan gangguan mood secara berpanjangan. Episod manik dapat dicirikan dengan rasa kegembiraan secara melampau, cepat marah, hyperaktif dan sebagainya. Hal ini telah menunjukkan bahawa dua episod yang berlainan adalah berkitar dari semasa ke semasa.

Dysthymia (Gangguan Kemurungan Berterusan)

Dysthymia merupakan masalah yang kurang serius, tetapi adalah berlaku secara berpanjangan. Sebagai contohnya, dysthymia dapat kekal sekurang-kurangnya dua tahun. Bukan itu sahaja, individu yang mengalami dysthymia juga berkemungkinan mengalami kemurungan utama pada masa yang sama.

Kemurungan Selepas Bersalin

Jenis kemurungan ini dapat berlaku adalah disebabkan bersalin. Kebanyakan ibu akan mengalami “baby blue” selepas melahirkan anak pertama mereka, gejala ini adalah kurang serius dan berlaku dalam jangka pendek. Namun, jenis kemurungan ini akan berlaku jikalau keadaannya menjadi lebih serius.

Kemurungan Psikotik

Kemurungan psikotik dapat berlaku dalam kalangan individu yang menghadapi dysthymia. Pengalaman yang dikaitkan dengan psikotik adalah sering bercanggah dengan realiti. Individu yang mengalami kemurungan psikotik adalah percaya dengan perkara yang tidak benar, atau berkhayal (melihat atau mendengar apa yang tidak wujud).

Gangguan Afektif Bermusim

Jenis kemurungan ini hanya dapat dikaitkan pada musim yang tertentu, terutamanya semasa musim sejuk di mana cahaya matahari adalah berkurangan.

Kemurungan Remaja

Kemurungan juga mampu mempengaruhi remaja. Walaubagaimanapun, tanda-tanda kemurungan dalam kalangan kanak-kanak adalah berbeza dengan dewasa. Kemurungan remaja adalah sering dikaitkan dengan perubahan fizikal, tekanan daripada rakan sebaya, dan pencapaian akademik.

Peringatan: Tanda-tanda kepada jenis-jenis gangguan kemurungan adalah serupa. Oleh itu, digalakkan berunding dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan.

Mencari klinik-klinik Psikiatri yang dekat lokasi anda?

Semua maklumat yang diberikan di laman ini adalah umum dan bertujuan untuk tujuan pendidikan sahaja.
Go to
Ikut Kami