Adakah Anda Minum Air yang Bersih Tanpa Pencemaran?

Badan & Minda

Sebanyak 150,000 orang di Johor mungkin terjejas oleh ammonia dalam air akibat pencemaran leachate. Bagaimana dengan air anda?


Pada bulan Julai, terdapat laporan bahawa leachate daripada sisa pembuangan sampah boleh membawa risiko kepada kesihatan manusia melalui air minuman. Pakar air menyatakan bahawa sisa buangan yang memasuki air bawah tanah mengandungi bahan pencemar seperti amonia, dan sebanyak 150,000 orang di Simpang Renggam, Johor mungkin dijejaskan oleh amonia dalam air.

Menteri Bahan Alam Semulajadi dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan bahawa pihak industri perlu menjalankan kerja dengan lebih ramah alam sekitar, dan usaha diperlukan untuk mencapai matlamat ini.

Pada masa yang sama, adakah air anda selamat untuk diminum? Menurut nasihat daripada Kementerian Pelancongan Malaysia, kita patut mengelakkan air paip, air pancutan dan air batu yang diperbuat daripada air tidak ditapis, dan hanya minum air yang dimasak atau air botol.

Air minuman di Malaysia

Bagaimanakah anda menjaga kebersihan air anda? Berikut adalah beberapa jenis air minuman yang biasa di Malaysia:

Common househould drinking water in Malaysia

Air Tapisan

  • Pilihan yang semakin biasa dalam kalangan keluarga dan rumah di negara Malaysia
  • Rumah boleh mempunyai satu, dua, atau beberapa alat penapis air di dalam atau di luar rumah
  • Anda perlulah memahami sistem tapisan alat penapis air anda sebelum membeli, ketahui apa yang ditapis dan apa yang tidak ditapis
  • Kadang-kala, mineral yang berkhasiat juga ditapiskan

Air Masak

  • Memasak air paip boleh membunuh bakteria tetapi tidak menghilangkan pencemar kimia dan bahan-bahan seperti karat
  • Ada yang memasak air yang sudah ditapis untuk memastikan air selamat untuk diminum

Air Botol

  • Agak biasa di Malaysia kerana boleh dibeli di mana-mana dan tidak mahal
  • Biasanya diproses dan mengandungi mineral yang penting (air mineral) dan tidak mengandungi bahan pencemar (air suling)

Klorin dalam air kita

Pernahkah anda merasai “rasa yang pelik” dalam air minuman anda? Ini biasanya berpunca daripada klorin yang digunakan sebagai pembasmi kuman seperti E.coli, Coliform dan mikro organisma yang terdapat dalam sumber air.

Klorin selamat untuk diminum, dan telah ditambah ke dalam air minuman seawal tahun 1902. Menurut Syabas, klorin yang digunakan cukup kuat untuk membasmi kuman, tetapi tidak akan membahayakan kesihatan manusia.

Sistem paip air kita

Our water piping sometimes cause the metal taste in our water

Kadang-kala, jika anda merasai air di rumah anda berbau atau mempunyai rasa besi, ia bukanlah disebabkan oleh sumber air, tetapi oleh paip yang tidak diselenggarakan dengan baik. Paip-paip ini sepanjang beberapa kilometer dan partikel atau sisa-sisa logam boleh memasuki air dalam paip.

Paip air yang diperbuat oleh besi tergalvani (galvanised iron) boleh digunakan selama 5-10 tahun, manakala paip air yang diperbuat daripada PVC (high density polythylene/unplasticised vinyl chloride) boleh digunakan selama 15-20 tahun sebelum penyelenggaraan diperlukan.

Selain itu, tangki air dalam rumah kita yang tidak dibersihkan dengan baik juga boleh menyebabkan rasa dan bau yang aneh ini dalam bekalan air kita. 

Menurut kajian, orang Malaysia menilai taraf sumber air di Malaysia sebagai kurang baik dan teruk secara purata. Apakah pendapat anda? Bagaimanakah anda membersihkan air di rumah anda?


Juliet's TipsPesanan Juliet: Pernahkah anda nampak air yang kelihatan kotor semasa membuka paip air pada waktu pagi? Ini boleh disebabkan oleh masalah paip dalaman atau air dalam tangki simpanan air yang bertakung pada waktu malam, lalu menyebabkan partikel atau sisa-sisa kotor mengalir keluar apabila anda membuka paip air. Namun, air sepatutnya akan menjadi bersih selepas seketika. Jika ia masih kotor, hubungi talian syarikat bekalan air anda!

Contoh Perbincangan