Semalam, Dollah telah jatuh sakit (sekali lagi!). Seperti biasa, Dollah minta Romeo memberikan ubat sirap kerana dia tidak suka menelan ubat pil. Ingatkah kawan-kawan semua kali pertama mengambil ubat? Kita semua pernah makan ubat sekurang-kurangnya sekali dalam kehidupan kita. Di hospital, Juliet selalu ternampak cara-cara makan ubat yang berbeza-beza. Bagaimana cara anda makan ubat?

Secara umumnya, ubat-ubatan boleh dibahagikan kepada 4 kegunaan: merawat penyakit, melegakan gejala-gejala, melambatkan penyakit dan mencegahi penyakit. Ketahui cara makan ubat dengan betul serta kegunaannya supaya ubat tersebut dapat memberi hasil yang baik.
Kebanyakan dalam kalangan kita selalu menganggapkan bahawa makan ubat cuma perlu buka mulut, telan ubat, lepas itu minum air kosong sahaja kan? Sebenarnya bukan semudah yang disangkakan. Jadi, Juliet akan mengajar hal-hal yang anda harus diperhatikan semasa makan ubat. Harap anda tidak lagi mengulangi kesilapan berikut.

1. Keliru jarak waktu makan ubat
Biasaanya, peringatan seperti “tiga kali sehari”/“dua kali sehari” dan “selepas makan”/ “sebelum makan” memang akan dinyatakan pada ubat plastik. Katakan ubat telah dinyatakan “tiga kali sehari” dan “selepas makan”, kebanyakan daripada kita sering mengabaikan jarak waktu dan akan makan ubat setiap kali sebaik sahaja habis makan. Perbuatan ini sebenarnya salah. Pesakit haruslah melakukan pembahagian masa seperti jika dua kali haruslah dimakan setiap 12 jam selepas makan, tiga kali setiap 8 jam, empat kali setiap 6 jam. Ini untuk mengekalkan kepekatan ubat.

2. Kosongkan perut atau selepas makan?
Masih terdapat segelintir pesakit yang keliru tentang sama ada perlu kosongkan perut baru makan ubat atau selepas makan. Jangan khuatir bahawa jika kosongkan perut baru makan ubat akan merangsangkan usus. Anda perlu tahu, bukannya semua ubat harus diambil selepas makan. Terdapat sesetengah ubat yang perlu diambil dengan perut kosong baru berkesan.
Anda boleh rujuk rajah berikut:
Sebelum tidur | Setengah jam sebelum tidur |
Sebelum makan | Setengah jam atau sejam sebelum makan/dua jam selepas makan |
Selepas makan | Setengah jam atau sejam selepas makan, melainkan jika masa jelas dinyatakan seperti 15 minit sebelum makan |
Dengan hidangan | Makan dengan hidangan, atau makan sebaik sahaja habis makan |
Tidak dinyatakan | Boleh sebelum makan atau selepas makan |

3. Makan ubat tetapi tidak minum air
Juliet pernah lihat pesakit yang terus makan ubat tapi tidak minum air langsung. Tahukah anda? Ia berkemungkinan melekat pada dinding esofagus dan merengsakannya. Jika tidak minum air yang secukupnya, boleh menyebabkan pembentukan batu karang. Walaubagaimanapun, jangan minum air terlalu banyak kerana dapat mencairkan asid gastrik yang mampu melambatkan penyerapan, jadi digalakkan minum kira-kira 240ml air.

4. Berhenti mengambil ubat atau lebihkan/kurangkan ubat secara bersembarangan
Sesetengah pesakit akan berhenti mengambil antibiotik sebaik sahaja menganggapkan keadaan sendiri bertambah pulih. Bakteria sebenarnya belum lagi dihapuskan dengan sepenuhnya. Hal ini akan menyebabkan kesan antibiotik kurang berhasil dan pesakit terpaksa mengambil antibiotik yang lebih kuat.
Sesetengah pesakit kronik (tekanan darah tinggi atau kencing manis) bimbang berlakunya kesan sampingan jika makan ubat secara berterusan. Jadi mereka akan mengawal pengambilan ubat secara bersembarangan. Walaubagaimanapun, ubat tidak akan berkesan jika ia tidak diambil mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Ingat memberitahu doktor anda jika anda mendapati ketidakselesaan (seperti mulut kering, batuk, kulit bengkak, sakit dada dsb.) setelah mengambil sesetengah ubat.

5. Makan ubat dan minum jus/kopi/susu/minuman ringan/teh/alkohol secara bersama
Ingat, hanya air kosong sahaja dibenarkan semasa makan ubat ! Ini kerana kandungan minuman lain adalah berkemungkinan menimbulkan kesan sampingan. Ubat tahan sakit seperti Panadol akan meningkatkan risiko hepatoksisiti jika diambil dengan alkohol

6. Memecahkan atau membuka sarung kapsul ubat
Sesetengah pesakit akan membahagikan atau mengisar pil kerana takut pil ubat terlalu besar dan tidak mampu menelannya. Namun begitu, sesetengah pil telah dicipta untuk menentang asid gastrik dan hanya akan dilarutkan di dalam usus. Jadi, jika memecahkan atau membuka sarung kapsul ubat secara bersembarangan adalah mampu merosakkan lapisan esofagus atau perut. Sesetengah ubat yang telah dirumus khas dengan SR (Sustained-Release), LA ( Long-Acting) atau XR (Extended-Release) tidak digalakkan untuk memecahkannya.

7. Simpan ubat di dalam peti sejuk
Ramai pesakit suka menyimpan segala produk kesihatan, ubat titis mata, ubat-ubatan di dalam peti sejuk. Namun begitu, hanya ubat glaukoma, insulin, ubat krim buasir/supositori dsb yang perlu disimpan pada suhu rendah. Yang lainnya cuma perlu disimpan di tempat yang sejuk, kering dan dilindungi daripada cahaya matahari. Kelembapan di peti sejuk adalah agak tinggi, jadi bukan tempat yang sesuai untuk menyimpan ubat-ubatan. Ramai juga telah salah faham bahawa hayat ubat-ubatan dapat dipanjangkan jika simpan di dalam peti sejuk. Ingat, jangan mengambil ubat-ubatan mahupun ubat titis mata sebaik sahaja melebihi tarikh luput. Contohnya, jangka hayat sesetengah ubat titis mata cuma satu bulan selepas dibuka.

Juliet harap maklumat ini dapat membantu kawan-kawan semua yang mengambil atau menyimpan ubat. Ubat-ubat sepatutnya membantu kita pulih tetapi mereka juga boleh membawa kesan buruk jika tidak diambil dengan betul. Juliet berharap Dollah dan kawan-kawan semua sentiasa sihat!
Pesanan Juliet: Pelbagai ubat mempunyai ciri-ciri yang berlainan. Bincangkan dengan doktor atau ahli farmasi anda mengenai cara makan ubat yang betul sebelum meninggalkan klinik atau farmasi. Jaga diri ya! Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman anda, sila emel ke [email protected]! Jumpa lagi!

Perbincangan
Hi Ervini,
Juliet tak boleh nak bagi nasihat perubatan ya, sebab Juliet bukan doktor ?
Untuk situasi Ervini, paling baik dapatkan pendapat daripada doktor pakar wanita supaya kesihatan ibu dan kandungan dijaga ya.
Bolehkah kita menggigit ubat di dalam mulut?
Hai Nurul ?
Ini bergantung kepada jenis ubat. Ada ubat yang hanya akan berkesan jika ditelan dan dihadamkan dalam usus atau perut, atau ada juga yang boleh berkesan dalam mulut secara serta-merta.
Oleh itu, paling baik ikut arahan doktor atau ubat untuk cara pemakanannya agar ubat boelh berkesan sepenuhnya ya!
Halo Ann
Maaf ye balasan lewat?
Saya rasa kamu perlu menunggu beberapa jam sebelum minum ubat anda, kerana ia mungkin tidak berkesan. Tetapi sekali lagi, kamu perlu bertanya kepada doktor kamu atas pendapat mereka, kerana mereka tahu yang terbaik?!
Selepas saya berjumpa doctor disebabkan batuk kering berlanjutan, doktor memberikan saya Antibiotik Amoxicillin lebih kurang 10 butir. Saya dah makan 6 butir, selepas tu 2 hari saya tak makan sebab tertinggal Antibiotik tu di Office. Jadi sekarang perlu lagi ke saya sambung dan makan 4 butir yang tinggal tu hingga ke semua dos seperti doktor bagi tu sampai habis?
Halo Nurhafiza,
Maaf ye balasan lewat?
Mengenai itu, nampaknya Nurhafiza mesti bertanya kepada doktor yang memberi kamu ubat itu. Juliet tidak boleh menjawab kerana Juliet bukan doktor, dan doktor lebih memahami ubat?.
Halo Syafiza,
Ia kelihatan seperti plastik, bukan? Ia rapuh seperti plastik dan anda boleh retak atau pecah seperti plastik. Tetapi jangan takut, kulit kapsul itu tidak diperbuat daripada plastik. Ia diperbuat daripada bahan degradasi bio yang diekstrak dari haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Jadi tak ape untuk dimakan bersama-sama dengan ubat (kerana ubat juga terasa buruk?).