[Info grafik] Batuk Kering – Penyakit Berjangkit Pembunuh Nombor 1 di Malaysia

Badan & Minda

1,945 kematian direkodkan tahun lepas iaitu angka kematian tertinggi yang direkodkan daripada penyakit berjangkit di Malaysia. Ini berlaku disebabkan kelewatan diagnosis dan rawatan. Maka, kita ingin melihat jika anda dapat mengenalpasti jika anda mempunyai batuk biasa atau anda memerlukan perhatian perubatan secepat mungkin.


Adakah anda tahu pada tahun 2016, terdapat 1945 kematian daripada 25, 739 kes yang melibatkan Batuk Kering (TB) Angka ini lebih banyak daripada kematian yang disebabkan oleh HIV atau Denggi yang kebiasaannya penyakit yang lebih dikenali di Malaysia. Hakikatnya, TB merupakan penyakit berjangkit yang paling banyak mendatangkan kematian.

Kata Romeo salah satu alasan biasa mengapa TB tidak dapat dikesan kerana kita sendiri tidak tahu bahawa kita mempunyai penyakit berkenaan atau tidak. Hal ini kerana ia akan bermula dengan batuk biasa, kadang-kala orang ramai tidak menghiraukan gejala-gejala lain pada TB. Walaubagaimanapun, jika penyakit ini dibiarkan tidak dikesan dalam jangka masa yang panjang ia akan mula dipindahkan kepada orang lain, yang mana ianya akan membahayakan nyawa anda sendiri.

Kenali Batuk Kering (Tuberculosis) di Infografik Ini

Kadang-kala kita sering tidak menghiraukan penyakit-penyakit ini dan berfikir bahawa kita berada dalam alam sekitar yang selamat. Namun, penyakit berjangkit di Malaysia lebih dekat daripada apa yang anda fikirkan! Jadi pastikan anda mengetahui lebih tentang penyakit ini untuk memastikan anda selamat dan sihat sepanjang masa.

Lihatlah bimbingan kami tentang 5 Penyakit Bawaan Haiwan di Malaysia dan Cara Untuk Mengelakkannya di sini!

Contoh Perbincangan