Berita baru-baru ini pasal beberapa kes leptospirosis di negara kita telah meningkatkan kewaspadaan kita terhadap penyakit berjangkit di sekeliling kita. Shalini juga datang berjumpa dengan Juliet kerana risau akan jangkitan penyakit-penyakit sedemikan.
Menurut laporan akhbar, kes leptospirosis di Malaysia telah meningkat pada beberapa tahun yang lepas. Walaupun jumlah kes yang dilaporkan telah turun pada tahun 2016, penyakit ini masih membawa kebimbangan dalam negara kita.
Tambahan lagi dengan kes rabies baru-baru ini yang telah mengambil nyawa dan menyebabkan penyakit yang tenat, kita kini lebih berwaspada terhadap penyakit-penyakit jangkitan ini.
Untuk pastikan kita sentiasa selamat dan sihat, Romeo menegaskan supaya kita ketahui penyakit-penyakit bawaan haiwan yang biasa di Malaysia, dan bagaimana kita boleh mencegah penyakit tersebut.


Tahukah anda bahawa Malaria dan Demam Kuning adalah penyakit yang berbeza? Walaupun kedua-dua penyakit ini disebarkan melalui gigitan nyamuk, Malaria berpunca daripada parasit manakala demam kuning berpunca daripada virus.
Malaria disebarkan oleh nyamuk Apholes, manakala demam kuning disebarkan oleh nyamuk Aedes!
Penyakit-penyakit ini menakutkan dan berbahaya, tetapi juga boleh dicegah. Berhati-hati dalam kehidupan harian anda, supaya anda tidak perlu risau tentang penyakit berjangkit ini!
Apakah penyakit lain yang anda rasa rakyat Malaysia perlu berwaspada? Bagaimanakah anda menjaga keselamatan dan kesihatan dari semasa ke semasa? Kongsikan idea anda dengan Juliet dalam komen di bawah!
![[Info grafik] Bagaimana Mencegah 5 Penyakit Bawaan Haiwan yang Biasa di Malaysia](https://www.erufucare.com/sites/default/files/styles/juliet_station_story_cover/public/juliet-station-story-cover/juliet-station-cover-animal-diseases-ms-mydoctiny.jpg?itok=VzPcovzf)
Contoh Perbincangan