Saya dan Shalini menjumpai berita menarik ini: sekumpulan saintis daripada Malaysia dan Perancis telah menjumpai 36 kepingan plastik di dalam badan 120 ikan iaitu termasuklah ikan sardin, ikan bilis, ikan bawal putih dan ikan gelama.
Apakah maknanya ini?
Shalini menjadi panik - adakah terdapat plastik di dalam tubuh badan kita?
Mikroplastik
Ia Ada Di Mana-Mana Sahaja
Mikroplastik ialah kepingan kecil daripada plastik yang kadang-kala lebih halus daripada helaian rambut.
Ia ada di dalam lautan, dan juga di dalam perut ikan dan burung yang memakan ikan.

Mikroplastik Datang Daripada Mana?
- Sisa plastik di lautan hancur dan membentuk kepingan kecil.
- Tidak semua sisa ini boleh terbiodegradasi, sesetengah memerlukan suhu melebihi 50 ℃ untuk memulakan dekonstruksi!
- Mikroplastik juga berasal dari serat sintetik dalam pakaian seperti fabrik poliester, akrilik, & poliamida - ianya sangat halus sehingga boleh melalui penapis dan memasuki lautan!




Adakah Anda Tahu?
Setiap minit, trak plastik yang mengandungi sampah dibuang ke lautan
80% sampah di laut adalah plastik
Satu kajian mendapati bahawa setiap kilometer persegi lautan mempunyai lebih daripada 63,000 zarah mikroplastik!
Sekiranya ini berterusan, pada tahun 2050 lautan akan mempunyai lebih banyak plastik daripada ikan!Apa yang boleh kita lakukan?
Jangan gunakan beg plastik
Jangan gunakan penyedut air
Jangan gunakan botol air plastik
Jangan gunakan garpu sudu plastik
Dapatkan bungkusan gantian dan bukannya botol baru syampu, minuman, dll.
Saya sukakan laut, marilah kita kekalkan kebersihannya?
Selain berada di laut, mikroplastik dimakan oleh ikan, dan apabila kita memakan ikan-ikan ini, mikroplastik berakhir memasuki badan kita! Oleh itu mari kita bekerjasama dalam mengambil langkah-langkah kecil untuk mengurangkan plastik di dunia ini - dan badan kita!
Adakah anda sering menggunakan plastik? Apakah beberapa langkah yang anda ambil untuk mengurangkan penggunaan plastik? Kongsi kaedah anda dengan saya di dalam komen di bawah supaya kita semua boleh mempelajari antara satu sama lain!
![[Infografik] Anda Mungkin Sedang Makan Plastik Dalam Ikan!](https://www.erufucare.com/sites/default/files/styles/juliet_station_story_cover/public/juliet-station-story-cover/microplastics-cover-ms-mydoctiny.jpg?itok=3dXqq1X1)
Contoh Perbincangan