Adakah anda tahu tentang berita seorang pelajar yang meninggal dunia akibat kegagalan hati akut (acute liver failure)? Berita ini sangat sedih dan ia membantu Juliet menyedari bahawa kerosakan hati sering berlaku tanpa kita sedari. Kita selalu terlepas pandang tanda-tanda hati kita menderita dan hanya menyedarinya setelah kita terlambat.
Menyusuli kedengaran berita ini, Shalini juga asyik menegur Dollah supaya mengawal diet pemakanannya yang tidak sihat dan pengabaian kesihatan hatinya.
Kerosakan hati berlaku secara perlahan sepanjang bertahun-tahun, tetapi kegagalan hati akut boleh dicetuskan dengan cepat dan membawa maut dalam masa 48 jam. Kegagalan atau kerosakan hati agak sukar untuk dikesan, jadi Juliet bersama dengan Romeo telah mengumpulkan tanda-tanda kerosakan hati yang anda patut awasi supaya anda tidak mengabaikan hati anda sebelum terlalu lewat!
Hati Anda Sedang Minta Tolong!
60% daripada orang Malaysia yang mengalami obesiti atau mempunyai berat berlebihan berisiko untuk mempunyai lemak hati!
Hanya 10% daripada orang Malaysia yang berisiko mempunyai lemak hati telah didiagnosis!10 Signs of Liver Damage










Punca biasa kegagalan hati
Shalini juga menegaskan bahawa kita menitikberatkan punca dan sebab biasa kegagalan hati, supaya Dollah serta anda semua tahu apa yang patut diawasi. Berikut adalah nasihat Romeo:
Punca piasa kegagalan hati
- Hepatitis A, B, C
- Sirosis (Cirrhosis)
- Hemokromatosis (Haemochromatosis)
- Kanser


- Pengambilan alkohol secara berpanjangan
- Kekurangan nutrisi
- Lemak hati
- Tindak balas terhadap ubat-ubatan
- Pemakanan cendawan yang beracun

“Jadi jagalah kesihatan anda, Dollah. Kan kita semua sudah berjanji untuk menjadi tua dengan sihat bersama-sama?”
Anda juga ya! Kesihatan adalah kebajikan, jadi jagalah kesihatan dan keselamatan anda dengan baik - anda juga boleh baca lebih banyak tentang bagaimana mencegah Batuk Kering (Tuberculosis), Penyakit Jangkitan Pembunuh #1 di Malaysia, atau 5 Penyakit Bawaan Haiwan di Malaysia!
Apakah punca lain kerosakan hati yang pernah anda dengar? Adakah hati anda sihat? Kongsikan pendapat anda dengan saya dalam komen di bawah!
![[Info Grafik] 10 Tanda Hati Anda Menderita Tanpa Anda Sedari](https://www.erufucare.com/sites/default/files/styles/juliet_station_story_cover/public/juliet-station-story-cover/juliet-station-cover-liver-failure-ms-mydoctiny.jpg?itok=RQjbrlwA)
Contoh Perbincangan