Berdasarkan kajian baru-baru ini, pasangan suami isteri yang tinggal bersama selama bertahun-tahun cenderung untuk mempunyai persamaan antara satu sama lain. Ini termasuk gaya hidup, kebiasaan dan minat. Sebagai pasangan berkekalan, kita melalui perubahan yang berbeza daripada ketika kita bujang.

Dalam kata lain, proses penuaan selama bertahun-tahun lamanya dialami oleh kedua-dua orang dalam pasangan bersama-sama. Dalam persekitaran harmoni di mana pasangan suami isteri tinggal bersama-sama, keputusan dan rancangan dibincangkan bersama, dan hasilnya dialami bersama. Contohnya, seorang suami boleh menghabiskan ayat yang dimulakan oleh isterinya, ataupun kedua-dua suami isteri boleh mempunyai keinginan untuk makanan yang sama pada masa yang sama.
Fenomena ini sudah tentunya berpunca daripada kebiasaan selepas bertahun-tahun lamanya tinggal bersama. Namun, bagaimana pula dengan persamaan fizikal? Walaupun pasangan suami isteri pada umumnya tidak mempunyai wajah yang sama, doktor yang merawati seseorang daripada pasangan suami isteri didapati boleh meneka keadaan kesihatan pasangannya dengan tepat. Contohnya, seorang isteri yang mengunjungi klinik perubatan estetik untuk rawatan facelift mungkin mempunyai suami yang mengalami tanda penuaan yang serupa atau lebih teruk.
Namun, ini tidak bermaksud bahawa pasangan suami isteri selalunya mempunyai wajah atau penampilan yang serupa, terutamanya dari segi usia. Sekurang-kurangnya secara stereotaip, Juliet dan kawan-kawan Juliet sebagai wanita akan berbelanja dan berusaha dalam penjagaan kulit dan kosmetik (dibuktikan oleh industri kosmetik dan kecantikan yang berbilion-bilion dolar). Sebaliknya, lelaki (secara stereotaip juga) lebih berpuas hati untuk menjadi ‘si raksasa’ dalam kisah dongeng dengan isterinya. Kenapa tidak menampilkan wajah yang cantik dan muda bersama-sama dalam imej pasangan suami isteri yang sempurna?

Dalam era perubahan ini, perbezaan antara jantina tidak lagi merupakan isu dalam perubatan estetik. Walaupun para lelaki dulunya selalu menemani isteri ke klinik perubatan estetik, para suami sekarang juga berjumpa dengan doktor perubatan estetik untuk rawatan sendiri! Proses penuaan dialami oleh kedua-dua pihak suami dan isteri. Oleh sebab itu, kunjungan ke klinik perubatan estetik boleh memupuk sokongan antara satu sama lain dan menjadikan kunjungan klinik lebih selesa (suami yang bayar untuk perbelanjaan juga boleh menggembirakan isteri! hehe).
Dengan kebangkitan media sosial seperti Facebook, Instagram dan Youtube, penampilan wajah menjadi aspek yang penting bagi banyak orang, termasuklah mereka yang biasanya dikaitkan dengan kejantanan dan bukan kecantikan wajah. Kita lebih sensitif terhadap komen atau pendapat kawan-kawan kita tentang gambar atau video pada laman media sosial kita yang terpapar untuk perhatian semua orang.
Bagi para wanita, konsep perubatan estetik bukanlah sesuatu yang baru, lebih-lebih lagi dengan kepelbagaian rawatan dan produk penjagaan estetik.

Bagi para lelaki bula, walaupun perubatan estetik bagi lelaki biasanya dikatakan sebagai usaha yang kurang diketahui, peluang untuk rawatan estetik pada zaman ini tidak terhad. Contohnya, kebotakan bercorak merupakan kejadian yang biasa untuk lelaki. Garis rambut yang semakin surut di sekitar atas dahi atau penipisan rambut di atas kepala sering merunsingkan para lelaki. Menurut kaji selidik, masalah keguguran rambut juga merupakan masalah estetik yang paling ditakuti oleh lelaki. Selain memastikan kebersihan muka, satu-satunya sebab lain bagi lelaki untuk menggunakan cermin adalah untuk melihat keadaan rambut mereka.
Selain itu, untuk menitikberatkan masalah ini bagi lelaki, sebanyak 70% daripada lelaki mengalami keguguran rambut berkekalan, ataupun dikenali sebagai androgenetic alopecia, berbanding kepada 40% bagi wanita. Sama ada disebabkan oleh faktor genetik atau kesihatan, keguguran rambut boleh dirawat. Antara ubat-ubatan yang boleh didapati untuk merawat masalah keguguran rambut adalah Propecia (ubat makan) dan Minoxidil (ubat topikal/sapuan). Dalam kes-kes tertentu, suntikan ubat boleh diberikan oleh doktor, seperti suntikan corticosteroid tempatan yang mensasarkan kawasan rambut tertentu atau corak kebotakan.
Jika anda ingin mengelakkan pemakanan atau penggunaan ubat, anda juga boleh mempertimbangkan suntikan meso yang disediakan oleh profesional perubatan. Campuran bahan-bahan berpotensi rawatan disuntikkan di kawasan bermasalah untuk mengaktifkan folikel rambut dan merangsangkan kulit kepala untuk membantu dalam pertumbuhan rambut. Selain itu, terdapat juga rawatan implantasi rambut yang melibatkan implantasi rambut yang diperbuat daripada serat pada kulit kepala untuk rambut kelihatan penuh dengan segera.
Salah satu rawatan keguguran rambut yang baru dan popular adalah rawatan Follicular Unit Extraction yang juga dikenali sebagai FUE. FUE adalah kaedah pembedahan kecil di mana folikel rambut sihat pesakit dikeluarkan dan ditumbuhi pada kawasan yang terjejas. Folikel rambut ini dikeluarkan daripada akarnya dan ditumbuhi pada kawasan keguguran rambut dengan teliti. Biasanya, kaedah ini merupakan procedur yang mengambil masa yang lama. Doktor akan menetapkan kepadatan dan corak rambut terlebih dahulu untuk menghasilkan aliran rambut yang kelihatan semula jadi dan memuaskan.

Pada hari ini, FUE tidak hanya dilakukan pada bahagian kepala. Terdapat permintaan pertumbuhan rambut pada bahagian kening mata untuk kening yang lebat dan kelihatan berwibawa. FUE juga digunakan bagi lelaki yang ingin menambahkan kepadatan bulu muka untuk misai yang kacak atau untuk menambahkan bulu bahagian dada. Bagi wanita, FUE juga digunakan pada bulu mata untuk kelihatan lebih tebal dan panjang tanpa penggunaan maskara! Rujuk sini untuk melihat klinik yang ada rawatan FUE di Malaysia!
Oleh sebab itu, kawan-kawan semua bolehlah pertimbangkan - siapa tahu, kunjungan bersama-sama ke klinik perubatan estetik mungkin adalah rahsia bagi kecantikan dan kebahagiaan yang berlamaan!
Pesanan Juliet: Jangan pergi ke pusat kecantikan atau klinik perubatan estetik yang tidak sah untuk menjalani rawatan perubatan estetik kerana prosedur-prosedur ini hanya boleh dijalankan oleh doktor pakar yang mempunyai kelayakan dan kesahihan. Jika kawan-kawan ingin berkongsi pengalaman dengan Juliet atau mempunyai sebarang soalan, anda boleh hubungi Juliet melalui [email protected]!
