Saya Sudah Tua? Atau Ada Sebab Lain Rambut Saya Gugur?

Badan & Minda Wanita Kini Lelaki Kini Jagaan Warga Emas

Terdapat pelbagai sebab rambut gugur. Kami cuba meliputi sekurang-kurangnya penyebab asas rambut gugur, dari gaya hidup ke diet ke unsur genetik anda, semuanya di sini!


Kawan-kawan kenali Romeo, kan? Romeo biasanya bersikap tenang, senyap dan peramah - salah seorang doktor yang paling disukai! Namun, baru-baru ini dia kelihatan bimbang dan sedih.

“Saya belum lagi berusia 30 tahun, tetapi rambut saya sudah bermula gugur. Apakah masalahnya?” kata Romeo dengan perlahan semasa saya cuba berbual dengannya pada pagi ini. 

Walaupun Romeo seorang doktor yang unggul, dermatologi rambut bukanlah bidang kepakarannya. Nasib baik, Juliet ada juga syif kerja dengan doktor pakar dermatologi, jadi saya boleh membantu Romeo!

Romeo is sad that his hair is falling

*Umumnya, rambut gugur adalah kehilangan rambut daripada kulit kepala atau bahagian badan yang lain. Rambut gugur boleh termasuk kehilangan rambut yang banyak, penipisan rambut, surut garis rambut, kebotakan sesetengah kawasan rambut, atau kulit kepala yang terlalu berminyak atau kering. Rambut gugur berbeza bagi lelaki dan wanita, dan juga berbeza mengikut demografik dan kaum (satu topik yang masih lagi dalam penyelidikan).

Adakah Saya Sudah Tua?

Romeo sees an image of his dad in the mirror

Usia tentunya adalah salah satu faktor, walaupun ia bukanlah satu-satunya punca rambut gugur. Masalah rambut gugur lebih cenderung untuk menjejaskan lelaki, orang tua dan individu yang mengalami stres. Kurang daripada 45% wanita tidak mempunyai masalah rambut gugur sepanjang hidup, manakala 50% lelaki didapati mempunyai rambut gugur yang ringan, dan 75% dengan rambut gugur sederhana atau teruk.

Rambut gugur dalam kalangan lelaki lebih dijangka berbanding dengan wanita. Pada usia 80 tahun, 80% lelaki mengalami masalah rambut gugur. Selain itu, 25% lelaki bermula menunjukkan tanda rambut gugur seawal umur 20-an!

Statistik Rambut Gugur bagi Lelaki dan Perempuan

Untuk wanita, lebih kurang ⅓ daripada kalangan wanita mengalami rambut gugur dalam suatu ketika dalam kehidupan mereka, dan ⅔ wanita mengalami rambut gugur selepas tamat haid. Namun, rambut gugur adalah fenomena yang sangat biasa bagi kedua-dua lelaki dan perempuan. Kehilangan sebanyak 250 helai rambut semasa menggunakan syampu adalah biasa untuk wanita dengan rambut panjang!

Lisa has hair fall when combing

Penuaan tanpa keraguan adalah penyebab rambut gugur yang paling biasa. Namun, tahukah anda bahawa anda sebenarnya tidak ‘kehilangan rambut’, tetapi lebih kepada pertumbuhan rambut yang berkurangan semasa berusia lanjut? Secara purata, rambut kita berpanjang sehingga 1.5 inci setiap bulan. Proses penuaan memperlahankan pertumbuhan rambut (tidak dapat dielakkan). Oleh itu, semasa pertumbuhan rambut anda lebih lambat daripada keguguran rambut anda, anda mula perasan rambut yang berkurangan pada kepala anda.

Namun, anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor pakar jika anda mengalami keadaan berikut:

  • Keguguran rambut secara cepat
  • Rambut gugur berlaku bersampingan dengan kegatalan, iritasi kulit, kesakitan dan lain-lain
  • Rambut gugur berlaku selepas anda makan makanan atau ubat yang tertentu

Adakah ini akibat unsur genetik aku?

Romeo worried of becoming bald like his dad

Walaupun keguguran rambut pada umumnya adalah gejala yang biasa, ada kalanya kita perasan rambut kita gugur dalam kadar yang berbeza daripada kawan kita. Adakah keguguran rambut diturunkan?

Jawapan yang ringkas adalah ‘ya’ - tetapi bukan secara eksklusif. Menurut satu kajian yang dilakukan tentang rambut gugur keturunan, daripada peserta kajian yang mempunyai ibu bapa dengan masalah rambut gugur, sebanyak 58% daripada peserta yang mempunyai lebih daripada 90% unsur keturunan daripada ibu bapa mereka juga mengalami masalah rambut gugur. Namun, bukan jumlah volum keguguran rambut yang dijejaskan, tetapi kepantasan rambut gugur dan bila ia bermula. Ada orang yang mengalami keguguran rambut pada usia 40-an manakala ada juga seawal usia 20-an.

Bolehkah saya mengatasi masalah ini melalui pemakanan?

Lisa and Romeo eating lots of protein to avoid hair loss

Amalan diet yang sihat adalah penting untuk mengelakkan (atau melambatkan) proses keguguran rambut. Sesetengah nutrien memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan rambut.

Ada kalanya kekurangan zat besi atau protein (terutamanya zat besi untuk wanita) boleh menyebabkan rambut gugu. Semasa badan kita mengalami kekurangan protein, badan kita akan mencatu protein dalam operasinya - dengan menghentikan pertumbuhan rambut. Jadi jangan lupa untuk makan protein - secara sederhana (tahukah anda bahawa diet protein eksklusif boleh menyebabkan nafas berbau? Lihat lebih lanjut di sini).

Anemia juga lebih biasa dalam kalangan wanita yang mempunyai kekurangan zat besi, yang boleh menyebabkan rambut gugur. Kajian oleh Akademi Dermatologi Amerika juga mendapati bahawa pemakanan vitamin A yang terlalu banyak boleh menyebabkan rambut gugur, jadi makanlan secara sederhana!

Walaubagaimanapun, rambut gugur atau sebarang penjejasan terhadap pertumbuhan rambut yang disebabkan oleh diet biasanya sementara sahaja, dan pertumbuhan rambut yang normal akan bersambung semula selepas pelarasan diet dan nutrien.

Hormon juga terlibat dalam masalah ini

The thyroid gland being underactive can cause hair loss

Rambut gugur yang disebabkan oleh perubahan hormon biasanya sementara. Ini adalah fenomena yang biasa bagi wanita selepas melahirkan anak atau tamat haid, semasa perubahan besar kepada hormon dialami. Keguguran rambut juga biasa selepas melahirkan anak disebabkan oleh kejutan hormon akibat trauma yang dialami semasa kelahiran semulajadi.

Kelenjar tiroid (pada leher kita) kita juga memainkan peranan yang penting dalam penghasilan dan keseimbangan hormon. Tiroid yang tidak aktif atau terlalu aktif boleh menjejaskan penghasilan hormon, metabolisme, dan menjejaskan pertumbuhan rambut.

Jangan tarik rambut anda

Lisa pulling her hair

Tahukah anda terdapat satu simptom psikologi yang dikenali sebagai Trichotillomania? Ini merupakan masalah impulsif di mana seseorang itu akan mengalami keinginan kompulsif untuk menarik rambutnya dari semasa ke semasa! Walaupun anda tidak ada gejala Trichotillomania, anda patut elakkan menarik rambut anda - ini termasuk orang lain menarik rambut anda!

Perhiasan rambut yang keterlaluan seperti penggunaan penyembur rambut yang terlalu banyak atau mengikat rambut dengan ketat juga boleh menyebabkan keguguran rambut, dan membebankan pertumbuhan rambut kita untuk mengejar kadar kehilangan rambut kita.

Adakan tekanan stres saya menjadikan saya botak?

Shalini pulls her hair when she's stressed

Tekanan psikologi seperti trauma atau kejutan emosi yang melampau didapati boleh menjejaskan pertumbuhan rambut. Pertumbuhan rambut kita berfungsi mengikut kitaran - fasa pertumbuhan (rambut kita bertumbuh dari segai kepanjangan dan volum), fasa rehat (rambut kita kekal pada kepada kita), dan fasa gugur (fasa rambut gugur yang dibenci). Namun, tekanan atau trauma mengganggu kitaran pertumbuhan rambut, dan dalam sesetengah kes, tekanan boleh menolakkan rambut kita ke dalam fasa gugur secara pra-matang, dan menyebabkan rambut gugur. Keadaan rambut gugur yang disebabkan oleh tekanan psikologi juga dikenali sebagai Telogen effluvium.

Ini biasanya adalah untuk sementara sahaja, dan pertumbuhan rambut yang biasa boleh disambungkan selepas beberapa ketika tanpa terlalu banyak tekanan atau kejutan emosi.

Jangkitan penyakit atau ubat-ubatan

Penyebab rambut gugur lain yang kurang dikenali adalah jangkitan kulit kepala seperti jangkitan kulat atau jangkitan kulit. Ini biasanya boleh dirawat dengan ubat atau rawatan perubatan, dan membolehkan pertumbuhan semula rambut selepas rawatan.

Ada ubat atau rawatan yang juga boleh menyebabkan rambut gugur, terutamanya yang melibatkan kanser (kemoterapi atau radioterapi), diabetes, artritis, sakit jantung, atau tekanan darah tinggi. Ubat hormon, ubat kawalan kehamilan, steroid dan ubat jerawat menjejaskan keseimbangan hormon kita dan juga mungkin boleh menyebabkan rambut gugur.

Rambut gugur memang biasa, tetapi boleh dirawat

Kini, terdapat banyak rawatan untuk rambut gugur. Oleh itu, walaupun masalah rambut gugur keturunan anda tidak dapat dielakkan, ia tentunya boleh dirawat. Dari ubat topikal ke rawatan dan prosedur, carikan rawatan yang anda suka di klinik yang anda gemari, di sini. Tinggalkan pertanyaan anda dan dapatkan maklum balas daripada pihak klinik dalam masa 3 hari bekerja!


Juliet's TipsFakta menarik: Pada tahun 1890, Van Gogh melukis satu lelaki tanpa rambut yang duduk di atas kerusi dengan mukanya ditutup oleh tangannya. Bilik dalam lukisan itu kelihatan kosong dengan lantai dan dinding yang kosong. Lelaki itu memakai baju berwarna biru. Adakah ini menunjukkan bahawa konsep rambut gugur dan imej yang negatif mempunyai sejarah yang teramat lama?

Perbincangan

Lihat Lebih Banyak Komen