6 Tanda Awal Keguguran Rambut Yang Anda Tidak Sedari

Badan & Minda Lelaki Kini Jagaan Warga Emas

Adakah kulit kepala anda gatal atau rambut anda semakin menipis? Ketahui tanda-tanda awal keguguran rambut supaya anda boleh mengambil langkah-langkah pencegahan awal!


6 Early Signs of Hair Loss You Didn't Notice

Walaupun sudah mengambil langkah pencegahan untuk melambatkan proses kehilangan rambut, Romeo tertanya-tanya mengapa Dollah tidak berbuat demikian sebelum dia menjadi botak. 

Adakah Dollah tidak memperhatikan tanda-tanda kehilangan rambut? Atau beliau tidak mempedulikan tentang hal tersebut?

“Tapi...bukankah saya lebih bergaya begini?

Tanda-tanda kehilangan rambut biasa yang ketara.

M-shape hair lossUntuk lelaki:
  • Penipisan rambut pada kulit kepala
  • Surutan garis rambut
  • Terbentuk corak huruf M pada bahagian depan kepala dan botak pada bahagian dahi
Hairline gap hair loss

Untuk wanita:

  • Penipisan rambut pada keseluruhan,bermula pada dahi atau tengah kepala
  • Jurang garis rambut pada tengah kepala semakin luas
Hair shedding due to hair loss

Golongan muda:

  • Kehilangan rambut dalam tompok
  • Patahan rambut atau kehilangan rambut pada kulit kepala atau kening
  •  Tumpahan rambut yang melebihi

Terdapat beberapa tanda awal kehilangan rambut yang anda boleh ketahui sebelum masalah (kehilangan rambut) menjadi lebih teruk

Rawatan awal adalah lebih baik berbanding dengan rawatan selepas anda mengalami kehilangan rambut yang teruk. Lihat klinik rawatan keguguran rambut berdekatan anda di sini.

Terdapat 6 tanda-tanda awal kehilangan rambut yang anda mungkin terlepas pandang dalam rutin harian anda.

1.Surutan garis rambut, memperlihatkan dahi yang lebih luas


Receding hairline showing a wider forehead

Untuk kehilangan rambut, bentuk garis rambut yang surut selalu dalam corak-M.

Untuk kehilangan rambut lelaki atau corak kebotakan lelaki iaitu alopecia, bermula dengan surutan garis rambut, atau semakin bersurut ke bahagian depan kepala.

Ini akan membentuk kebotakan corak-M yang biasa di lihat pada lelaki berusia.

Jadi, apabila garis rambut anda semakin surut, anda akan memperhatikan dahi anda lebih luas, memperlihatkan anda sebagai lebih matang.

2.  Anda Akan Kelihatan Lain / Lebih Matang

You may look older with hair loss

Meneruskan dengan isi sebelumnya, surutan garis rambut atau kehilangan rambut pada atas kepala akan menyebabkan kelihatan anda menjadi lebih matang. Kita sering mempunyai tanggapan sedemikian. 

Namun tanggapan itu ada benarnya juga kerana orang muda mempunyai lebih banyak rambut berbanding dengan orang berusia yang mengalami surutan garis rambut.

3.  Helaian rambut di merata-rata tempat

Hair loss here, there, everywhere

Perhatikan pada bantal anda jika ada helai-helai rambut ,di lantai bilik air,pada sikat rambut,atau di lantai depan cermin.

Helaian ini mungkin memberi tanda yang anda mengalami masalah kehilangan rambut.

Secara peratusannya,lelaki mengalami  kehilangan rambut sebanyak 50-150 urat rambut dalam sehari,tetapi perempuan boleh hilang sebanyak 250 urat rambut apabila mereka mencuci rambut! 

Jangan risau jika anda nampak urat-urat rambut di lantai bilik air, asalkan anda ada ambil langkah untuk menjaga kesihatan kulit kepala untuk memastikan pertumbuhan rambut.

4.  Keluasan jurang pada garis rambut

The widening of your hairline gap can be a sign of hair loss

Tidak kira jika anda memisah rambut pada tengah, atau anda memisah rambut pada tepi [ atau gaya yang lain] cuba perhatikan setiap hari atau minggu untuk memastikan jurang pada garis rambut anda ada semakin luas.

Cara yang senang untuk memastikan:
Langkah 1: Letak sikat (terutama sikat gigi rata) pada tengah garis rambut di kepala anda
Langkah 2: Pisah rambut pada tengah (pisahan tengah)
Langkah 3: Semak jika jurang pada garis rambut semakin luas. Anda boleh melakukan langkah-langkah ini untuk membuat perbandingan.

5. Kulit kepala yang berminyak

Flaky scalps can be a sign of hair loss

Kemungkinannya berkaitan dengan kehilangan rambut, tetapi juga tanda masalah kelemumur yang tidak baik untuk kesihatan rambut.

Penggunaan syampu yang betul atau rawatan rambut boleh menyelesaikan masalah kelemumur.

Tetapi jika tidak dirawat,kehilangan rambut mungkin berlaku disebabkan oleh kekurangan khasiat sebum [minyak] yang menghalang khasiat sampai ke rambut.

6.  Rambut anda mengambil masa yang lama untuk tumbuh

Your hair takes a longer time to grow when you have hair loss

Berapa kerap anda memotong rambut?

Mungkin sekali dalam tiga bulan, tetapi anda mendapati rambut anda panjang dalam masa lima bulan?

Secara peratusannya, rambut kita tumbuh 1.5 inci setiap bulan.

Proses penuaan melambatkan pertumbuhan rambut (yang tidak boleh di elakkan).

Jadi ,jika pertumbuhan rambut lebih lambat berbanding dengan kehilangan rambut, anda akan perhatikan rambut anda semakin kurang.
 

Lihat klinik berdekatan di pautan ini jika anda ingin melakukan rundingan dengan doktor berkenaan masalah keguguran rambut anda.

“Saya….tidak boleh ingat adakah saya mengalami tanda ini atau tidak!”

 “Mungkin anda kurang jaga kesihatan!"

Jadi anda mesti mengawasi dan memerhatikan kesihatan dan badan kita.

Ingat, mencegah lebih baik daripada rawatan!

Anda tahu tentang panduan mengatasi masalah rambut gugur? Kongsikan bersama kami pada ruangan komen di bawah!

Perbincangan

Lihat Lebih Banyak Komen

Tulis komen anda di sini

Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.