Dengan inisiatif SENYUM yang baru dikuatkuasakan di tempat kerja saya, saya telah membuat keputusan untuk cuba menjalani rawatan pemutihan gigi di klinik pergigian. Tanpa ragu-ragu, Juliet juga mengheret Shalini untuk ikut bersama!
“Juliet pastikah rawatan ini selamat? Juliet kan tahu saya ada gigi sensitif!” kata Shalini.
Ah, betul. Juliet masih ingat kesukaran yang dihadapi oleh Shalini ketika makan aiskrim gelato yang sejuk padahal kami semua sedang bergembira.

Oleh sebab itu, Juliet perlulah melakukan serba sedikit pengajian terhadap rawatan pemutihan gigi untuk Shalini. Adakah prosedur pemutihan gigi selamat untuk Shalini yang mempunyai gigi yang sensitif? Mula-mulanya, orang yang mempunyai penyakit gusi, gigi yang terlalu sensitif atau pemakaian mahkota gigi tidak digalakkan untuk menjalani rawatan pemutihan. Rawatan pemutihan gigi juga tidak berkesan ke atas gigi palsu (dentures), mahkota gigi, pengisian gigi (fillings) atau veneer gigi*
*Gigi palsu (dentures): Terdapat jenis gigi palsu penuh atau separuh. Gigi palsu separuh digunakan untuk menggantikan beberapa buah gigi yang hilang dalam satu barisan, manakala gigi palsu penuh digunakan sebagai satu set gigi yang digunakan untuk seluruh mulut.

*Mahkota gigi: Mahkota gigi kelihatan seperti ‘topi’ untuk gigi kita, dan digunakan untuk membentuk, menguatkan dan memperbaik penampilan gigi kita.
Pengisian gigi (fillings): Terdapat pelbagai ramuan yang digunakan untuk memperbuat pengisian gigi, seperti emas, porselin, resin komposit (seperti plastik) atau tampalan amalgam yang kontroversi baru-baru ini. Pengisian gigi ini digunakan untuk mengisi ruang kosong yang ditinggalkan akibat kaviti gigi.
Veneer gigi: Veneer adalah lapisan nipis seperti cengkerang yang digunakan untuk menutupi permukaan gigi untuk menambah baik penampilan gigi.

Jika kawan-kawan tidak mempunyai sebarang masalah yang tersebut, soalan yang seterusnya adalah:
Adakah pemutihan gigi berkesan
Untuk menjawab soalan ini, mula-mulanya kita perlu mengetahui apakah yang menyebabkan perubahan warna gigi pada asalnya, kerana keberkesanan pemutihan gigi bergantung kepada faktor-faktor perubahan warna gigi yang berlainan.
Antara punca lazim perubahan warna gigi adalah kesan warna daripada air teh, kopi, wain merah atau anggur hitam. Ramuan-ramuan ini mengandungi pigmen warna yang kuat dan boleh menyebabkan kesan pewarnaan pada permukaan gigi. Pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi ramuan-ramuan ini untuk jangka masa yang panjang boleh menyebabkan kesan warna kuning atau perang pada permukaan gigi kita.

Merokok merupakan satu lagi penyebab besar bagi perubahan warna gigi. Ini disebabkan oleh kandungan tar dalam rokok yang boleh menyebabkan kesan warna perang pada permukaan gigi. Walaupun kandungan nikotin dalam rokok tidak mempunyai warna, ia menjadi warna kuning selepas berhubung dengan oksigen di dalam mulut kita - lalu meninggalkan kesan warna pada gigi kita!
Adakah anda menggertakkan gigi semasa tidur? Penggertakan gigi boleh menyebabkan hakisan pada enamel* gigi kita. Ini bermaksud bahawa lapisan luaran gigi kita yang berwarna putih akan menjadi semakin nipis, lalu mendedahkan lapisan dalaman gigi kita, iaitu dentin, yang berwana kuning. Makanan dan buah-buahan berasid seperti oren atau sitrus juga boleh menyebabkan hakisan pada lapisan luaran gigi kita jika dimakan terlalu banyak!
*Enamel adalah lapisan luaran gigi kita yang biasanya berwarna putih. Lapisan enamel menjadi nipis secara perlahan mengikut masa, lalu mendedahkan struktur dalaman gigi kita, iaitu dentin. Dentin biasanya berwarna kuning. Oleh sebab itu, gigi kita akan keliihatan kuning.

Jadi apakah yang dimaksudkan di sini?
Pemutihan gigi paling berkesan dalam perubahan gigi berwarna kuning kepada warna putih. Permukaan gigi yang berwarna perang, terutamanya yang berwarna perang gelap, jarang mengalami keberkesanan pemutihan gigi yang sejelas dan secepat seperti permukaan gigi yang kuning. Umumnya, rawatan pemutihan gigi tidak memberikan kesan yang positif bagi gigi yang berwarna kelabu gelap atau ungu.
Rawatan pemutihan gigi juga tidak berkesan jika perubahan warna gigi pada asalnya disebabkan oleh kesan sampingan ubat-ubatan (sesetengan jenis ubat antibiotik dan kemoterapi diketahui menyebabkan perubahan warna gigi secara ringan).
Selain sebab perubahan warna gigi, keberkesanan rawatan pemutihan gigi juga bergantung kepada kaedah rawatan yang digunakan. Prosedur rawatan yang berbeza boleh menghasilkan kesan yang berbeza-beza bagi setiap orang. Terdapat beberapa pilihan bagi pemutihan gigi - rawatan laser, rawatan menggunakan mouthguard, produk pemutih gigi dan lain-lain lagi - ketahui lebih banyak mengenai rawatannya di sini. Kawan-kawan juga hendaklah ingat ya, kebanyakan prosedur rawatan pemutihan gigi memerlukan konsultasi dengan doktor gigi di klinik pergigian!
Adakah pemutihan gigi selamat?
“Baiklah, nampaknya ok juga idea ini. Tetapi Juliet juga perlu memastikan keselamatannya ya! Adakah terdapat sebarang kesan sampingan?” tanya Shalini yang selalunya seorang yang teliti.

Rawatan pemutihan gigi tidak digalakkan untuk kanak-kanan di bawah usia 16 tahun. Ini kerana gigi kanak-kanak masih dalam proses pembesaran pada usia ini. Dengan saraf gigi yang masih lagi dalam proses pembesaran, sebarang kesan pemutihan (termasuklah ubat gigi pemutih!) boleh menyebabkan gigi sensitif. Para ibu yang hamil atau menyusu juga tidak digalakkan untuk menjalani rawatan pemutihan gigi kerana kalsium yang ditelan semasa prosedur dijalankan mungkin akan menyebabkan kebahayaan yang tidak diingini kepada kesihatan bayi. Terdapat juga beberapa keadaan kesihatan yang lain di mana rawatan pemutihan gigi tidak digalakkan. Juliet akan mengilustrasikan di bawah:

- Gigi dan gusi yang terlalu sensitif
- Boleh bertindak balas secara negatif kepada ramuan pemutih gigi - Alahan kepada ramuan peroksida
- Boleh menyebabkan keradangan - Penyakit gusi
- Orang yang mempunyai enamel yang terlalu nipis atau kanal akar gigi yang terdedah
- Rawatan pemutihan gigi berkesan ke atas enamel, bukan dentin - Bahan-bahan pemulihan pergigian (pengisian gigi, mahkota gigi dll)
- Boleh menyebabkan keretakan dan kesan pemutihan gigi yang tidak sekata
Selepas menjalani prosedur rawatan pemutihan gigi, kesan sampingan seperti gigi sensitif atau tompok-tompok putih di sekitar gusi memang berkemungkinan berlaku. Ini disebabkan oleh bahan peroksida (bahan dalam ejen pemutihan gigi) yang memasuki enamel ke dentin dan merangsangkan saraf gigi. Namun, kesan-kesan sampingan ini biasanya hanya sementara sahaja. Jika anda mengalami kesan sampingan yang berpanjangan atau yang luar biasa, anda hendaklah berjumpa dengan pakar doktor pergigian! Selain itu, produk pemutih gigi yang mempunyai mouthguard jarang dipasang secara sesuai dengan bentuk mulut kita. Oleh sebab itu, gel pemutihan mungkin akan berhubungan dengan gusi atau bibir kita dan menyebabkan ulser atau lepuh sementara.
Akhirnya, mari kita menjawab soalan yang terakhir:
Di manakah patut kita menjalani rawatan pemutihan gigi?
JANGAN menjalani rawatan atau prosedur pemutihan gigi di pusat kecantikan atau tempat-tempat lain selain daripada klinik pergigian yang disahkan oleh pihak berkuasa. Prosedur rawatan pemutihan gigi tanpa kelayakan perubatan pergigian adalah menyalahi undang-undang! Jika anda membeli produk pemutih gigi, anda juga patut memerika jika produk tersebut mempunyai pendaftaran di bawah persatuan pergigian yang rasmi, biasanya Persatuan Pergigian Amerika (ADA) atau Malaysia. Kawan-kawan juga tidak digalakkan untuk menjalani prosedur rawatan pemutihan gigi lebih daripada setahun sekali.

Carikan klinik pergigian yang sah berdekatan dengan anda melalui ERUFU Care, di mana kami memastikan hubungan yang efektif antara anda dengan doktor untuk menjamin anda mendapat penjagaan kesihatan yang berkualiti.
Baiklah, Shalini. Bolehkah kami pergi sekarang?
“Sekejap ya, Juliet. Saya lupa bawa dompet!”

Di ERUFU Care, kami mempercayai dalam komunikasi yang efektif antara anda dengan pakar perubatan. Juliet membantu anda mencari klinik yang anda suka, hantarkan pertanyaan, aturkan temu janji dan sebagainya – semuanya untuk memastikan anda mendapatkan penjagaan yang diperlukan! Anda juga boleh membaca ulasan bagi setiap klinik, jadi carikanlah klinik pergigian yang sesuai hari ini!
Pesanan Juliet: Ramuan utama yang digunakan dalam prosedur rawatan pemutihan gigi, iaitu carbamid peroksida dan hidrogen peroksida, telah didapati sebagai bahan yang selamat dan efektif. Namun, sebelum memulakan rawatan pemutihan gigi, kawan-kawan mestilah menjalani pemeriksaan pergigian dulu!

Contoh Perbincangan