Adakah tampalan amalgam tampalan merkuri yang berbahaya?

Badan & Minda

Jika anda memerhati terdapat tampalan yang berwarna perak pada gigi anda, terutamannya pada gigi belakang. Maka itulah tampalan amalgam, dimana 50% daripadanya adalah merkuri. Namun, adakah tampalan ini berbahaya?


Terdapat kontroversi terhadap sejenis tampalan gigi.

Sesetengah hujah mengatakan bahawa tampalan gigi adalah bertoksik kerana ia mengandungi merkuri. Anda mungkin sedang berfikir……Merkuri? Bukannya ia sejenis logam berat yang mampu mencemari alam sekitar? Sebab inilah kita tidak menjamu makanan laut yang tertentu.

Tampalan gigi yang dirujuk di sini ialah tampalan amalgam, dimana 50% daripadanya adalah merkuri. Berasa hairan terhadap sama ada anda mempunyai tampalan tersebut? Jika anda memerhati terdapat tampalan yang berwarna perak pada gigi anda, terutamannya pada gigi belakang. Maka itulah tampalan amalgam.

Jika anda perasan bahawa anda memang mempunyai tampalan tersebut, jangan panik dulu. Mari rujuk pandangan yang menyokong serta membantah penggunaan amalgam. Adalah pentingnya untuk mempertimbangkan hujah daripada kedua-dua pihak.

Dalam artikel ini, kamu akan mengetahui:

  1. Adakah tampalan amalgam selamat?
  2. Apakah yang harus anda lakukan jika anda mempunyai tampalan amalgam?
  3. Aspek apa yang harus dipertimbangkan sebelum melakukan tampalan gigi?

Sebelum bermula, mari kita imbas kembali sejarah tampalan amalgam.

Penggunaan tampalan amalgam telah digunakan oleh Cina seawal 659 AD. Di Eropah, tampalan tersebut telah diamalkan pada abad ke-16. Dalam bidang pergigian yang moden ini, doktor gigi telah menggunakan bahan ini lebih daripada 150 tahun. Selama ini munculnya “perang amalgam” dan kontroversi terhadap kandungan merkuri. Namun begitu, penggunaan tampalan tersebut masih dikekalkan. Jika berbanding dengan bahan restoratif pergigian yang lain, amalgam adalah tahan lama dan murah, terutamanya memperbaiki gigi yang di bahagian belakang.

Adakah tampalan amalgam selamat?

Anda boleh merujuk beberapa kajian di sini, sini dan sini.

Kajian-kajian tersebut telah menunjukkan bahawa tampalan amalgam akan melepaskan wap merkuri. Walaubagaimanapun, risiko kesihatan yang berpunca daripada amalgam masih tidak diketahui secara menyeluruh lagi.

Soalan yang kita sering tertanya-tanya: Adakah merkuri yang terlepas daripada amalgam akan mempengaruhi kesihatan? Sehingga hari ini, tiada bukti kukuh yang menjelaskan bahawa amalgam boleh memudaratkan tubuh manusia serta menyekat penggunaannya.

Di sini merupakan 3 aspek dari segi sokongan terhadap penggunaan amalgam:

  1. Semasa doktor gigi membuat tampalan amalgam, kuantiti merkuri yang dilepaskan hanya sedikit sahaja, di mana masih jauh berbeza lagi daripada standard kesihatan semasa.
  2. Secara puratanya, 55 hari adalah separuh hayat Merkuri untuk dilepaskan dari badan. Oleh yang demikian, merkuri tidak akan ditinggalkan di dalam badan secara berpanjangan.
  3. Merkuri boleh dijadikan sebagai ejen bacteriostatik. Ia mampu membanteras bakteria yang terdapat di dalam kaviti oral. Ini adalah untuk menghentikan sebarang kerosakan yang berkemungkinan berlaku dalam kalangan individu yang mudah dijangkiti bakteria.

Jadi, tidak perlu terlalu bimbang tentang tampalan amalgam. Ini bukan sahaja pandangan Juliet tetapi juga badan-badan bereputasi seperti Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA), Akademi Pediatrik Amerika, Akademi Toksikologi Klinikal dan Laporan Pengguna.

ADA

“Bukti saintifik telah menyokong bahawa amalgam adalah selamat digunakan dalam pergigian.”

FDA

“Pendedahan merkuri unsur yang tinggi telah dikaitkan dengan kesan kesihatan yang buruk, walaubagaimanapun, tahap merkuri yang dilepaskan melalui tampalan amalgam tidak mampu membahayakan kesihatan.”

MDC

“Majlis Pergigian Malaysia (MDC) menyokong bahawa amalgam adalah pilihan bahan restoratif terutamanya bagi gigi posterior.”

Jadi...apa yang anda memahami sebagai seorang pesakit?

Apakah yang perlu dilakukan jika mendapati amalgam di dalam mulut anda?

Segelintir orang di dalam bidang “pergigian holistik” telah berjaya menyakinkan sesetengah individu untuk menggantikan tampalan amalgam dengan tampalan sewarna. Sebenarnya tidak perlu sengaja mengeluarkannya. Hal ini kerana proses ini akan merumitkan keadaan di mana menghasilkan lebih banyak wap merkuri.

Adalah tidak digalakkan membuang tampalan amalgam atas sebab-sebab lain selain daripada hipersensitiviti terhadap merkuri. Alahan merkuri adalah jarang berlaku. Walaubagaimanapun, hipersensitiviti mampu mengakibatkan berlakunya dermatitis di mana ruam muncul pada kulit. Ini cuma memberi kesan kepada   This affects a very tiny subset of the population. Jadi, jangan tergesa-gesa untuk mengeluarkan tampalan amalgam di dalam mulut anda melainkan anda memang alah pada logam.

Apakah pertimbangan anda semasa menjalankan tampalan pergigian?

Hidup dipenuhi pilihan. Adalah baik jika mengetahui pelbagai pilihan tampalan sebelum membuat sebarang keputusan.

Walaupun amalgam tidak memudaratkan badan, tetapi juga adanya bahan lain yang membawa kebaikan. Pergigian estetik merupakan penekanan hari ini, penggunaan tampalan berwarna gigi semakin meningkat. Jika doktor gigi anda menawarkan tampalan berwarna gigi yang berkualiti yang mampu mengekalkan kemapanan dalam jangka panjang, anda boleh mempertimbangkannya. Jika di sebaliknya, anda boleh memilih kaedah tradisional - tampalan amalgam.

Bahan-bahan lain seperti komposit juga merupakan salah satu pilihan baik yang boleh dipertimbangkan. Pilih tampalan komposit sekiranya tampalan tersebut adalah jelas dilihat semasa anda senyum atau bercakap.

Secara ringkasnya, kebanyakan orang telah salah menyangka bahawa tampalan amalgam adalah tidak selamat. Namun di sebaliknya adalah tampalan ini telah dibuktikan selamat dan juga telah diamalkan di dalam bidang pergigian.


Artikel ini adalah disumbangkan oleh Dr. Edward Tay, seorang doktor gigi yang berkelulusan dari Universiti Malaya. Beliau minat dalam kesihatan pergigian khususnya pencegahan kerosakan gigi dan penjagaan gigi. Beliau juga berminat pemasaran digital, media sosial dan muzik. Beliau dapat dijumpai di edwardtay.com


Juliet's TipsPeringatan Juliet: Jika anda ingin berkongsi pengalaman anda tentang tampalan gigi atau menyuarakan pendapat anda, dialu-alukan mengirim ke [email protected].

Perbincangan

Lihat Lebih Banyak Komen