Go to

Pengurusan & Sokongan Sumbing Bibir & Sumbing Lelangit

Sumbing bibir dan sumbing lelangit (juga dikenali sebagai rekah orofacial) merupakan kecacatan kelahiran yang bercirikan pembukaan pada bibir bahagian atas dan lelangit. Dalam kes yang lebih serius, sumbing dapat meliputi dari bibir bahagian atas melalui hidung ke bahagian belakang mulut. Muka surat ini adalah berbincang tentang cara mengurus sumbing bibir dan sumbing lelangit serta cara memberi makan kepada kanak sumbing lelangit.

Mempunyai kanak-kanak sumbing bibir dan/atau sumbing lelangit berkemungkinan menghasilkan pengalaman yang sukar untuk seluruh keluarga. Cadangan untuk menghadapinya adalah seperti yang berikut:

  • Jangan salahkan diri.
  • Memahami bahawa ia adalah perkara yang biasa untuk bersedih. Melepaskan perasaan dan emosi tersebut; jangan simpannya kepada diri anda.
  • Melayan anak anda seperti biasa; jangan fokus kepada sumbing.
  • Mencari sokongan. Terdapat juga golongan yang telah melalui apa yang anda sedang menghadapi. Golongan seperti ini telah menyarankan komuniti untuk cuba membantu golongan seperti anda. Anda boleh mendapatkan bantuan daripada mereka.

Memberi makan kepada Bayi Sumbing Lelangit

  • Cuba menggunakan alat memberi makan (e.g. botol puting) yang khas dicipta kepada kanak-kanak sumbing bibir dan sumbing lelangit. Anda juga boleh bertanya kepada doktor untuk mendapatkan cadangan.
  • Penyusuan susu ibu adalah sukar. Ingat, walaubagaimanapun, anda boleh sentiasa mengepam susu ke dalam botol susu, selepas itu memberi makanan kepada anak anda dengan menggunakan alat memberi makan.
  • Pastikan anak anda dalam kedudukan tegak semasa memberi makan supaya menggelakkan makanan mengalir ke rongga hidung melalui rekah di lelangit.
  • Dicadangkan memberi makan secara kuantiti yang sikit tetapi dengan kerap. Proses ini boleh memenatkan, namun dapat membantu anak anda mendapatkan lebih banyak nutrien.

Mencari klinik-klinik Pembedahan Plastik yang dekat lokasi anda?

Semua maklumat yang diberikan di laman ini adalah umum dan bertujuan untuk tujuan pendidikan sahaja.
Go to
Ikut Kami
Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.