Go to

Sumbing Bibir & Sumbing Lelangit

Pengenalan

Sebutan:

Sumbing bibir dan sumbing lelangit, rekah orofacial, sumbing bibir dan lelangit

Kategori perubatan:

Otolaryngology, pediatrik

Jangkitan:

Tidak

Golongan:

Bayi baru lahir

Diagnosis perubatan:

Diperlukan

Keturunan keluarga:

Diwarisi

Rawatan perubatan:

Ada

Jangka panjang:

Ya jika tidak dirawati

Kepulihan:

Ada

Apakah sumbing bibir dan sumbing lelangit?

Sumbing bibir dan sumbing lelangit merupakan kecacatan kelahiran yang biasanya berlaku. Sumbing lelangit mempunyai ciri di mana lelangit tidak dibentuk dengan sempurna semasa perkembangan janin; hal ini telah meninggalkan pembukaan yang menggabungkan mulut dan rongga hidung. Sumbing bibir pula mempunyai ciri di mana bibir bahagian atas adalah tidak dibentuk dengan sempurna serta terdapat pembukaan atau rekah. Sumbing secara menyeluruh adalah merujuk kepada kedua-dua ciri sumbing bibir dan sumbing lelangit, di mana pembukaan pada bibir bahagian atas, melalui hidung ke mulut, bergabung dengan pembukaan lelangit. Biasanya, sumbing yang menyeluruh adalah berlaku dalam kalangan lelaki manakala sumbing lelangit tanpa sumbing bibir adalah lebih kerap berlaku dalam kalangan perempuan.

Apakah penyebab sumbing bibir dan sumbing lelangit?

Berlakunya sumbing bibir dan sumbing lelangit apabila tisu bibir tidak bergabung dengan tisu lelangit semasa perkembangan janin. Tidak ada sesiapa yang mengetahui secara terperinci bahawa bagaimana hal ini dapat berlaku. Adalah dipercayai bahawa faktor keturunan keluarga dan faktor persekitaran (apakah yang telah didedahkan kepada ibu semasa mengandung) merupakan penyebab-penyebabnya. Baca lagi maklumat tentang Penyebab dan Faktor Risiko Sumbing Bibir & Sumbing Lelangit

Bolehkah sumbing bibir dan sumbing lelangit dirawati?

Boleh. Pembedahan sumbing bibir dan sumbing lelangit dapat meningkatkan keupayaan pesakit untuk makan, bernafas, dan bercakap. Juga terdapat rawatan bagi sesetengah komplikasi tertentu terhadap sumbing bibir dan sumbing lelangit. Rawatan dan pembedahan seperti dinyatakan dapat menambahbaikan penampilan wajah serta meningkatkan kualiti kehidupan. Baca lagi maklumat tentang Rawatan Sumbing Bibir & Sumbing Lelangit

Mencari klinik-klinik Pembedahan Plastik yang dekat lokasi anda?

Semua maklumat yang diberikan di laman ini adalah umum dan bertujuan untuk tujuan pendidikan sahaja.
Go to
Ikut Kami