Go to

Gejala-gejala & Kesan-kesan Sumbing Bibir & Sumbing Lelangit

Sumbing bibir dan sumbing lelangit (juga dikenali sebagai rekah orofacial) merupakan kecacatan kelahiran yang bercirikan pembukaan pada bibir bahagian atas dan lelangit. Dalam kes yang lebih serius, sumbing dapat meliputi dari bibir bahagian atas melalui hidung ke bahagian belakang mulut. Muka surat ini adalah berbincang tentang gejala-gejala dan kesan-kesan sumbing bibir dan sumbing lelangit.

Gejala-gejala Sumbing Bibir dan Sumbing Lelangit

Sumbing bibir dapat dikesan melalui ultrabunyi prenatal bermula dari bulan ke-empat semasa mengandung. Jika tidak, sumbing bibir dan sumbing lelangit adalah dapat dikesan dengan serta-merta semasa pemeriksaan pertama selepas bayi dilahirkan. Tahap keterukan gejala adalah berkemungkinan jauh berbeza antara satu sama lain.

Sumbing Lelangit

Sumbing lelangit merujuk kepada keadaan di mana lelangit tidak ditutupi dengan sempurna, berkemungkinan juga meninggalkan pembukaan sehingga ke rongga hidung. Pembukaan seperti ini dapat muncul pada bahagian depan mulut (lelangit keras) dan bahagian ke arah tekak (lelangit lembut), atau pembukaan besar yang meliputi dari lelangit keras ke lelangit lembut.

Submukus Sumbing Lelangit

Submukus sumbing lelangit merujuk kepada sumbing lelangit yang hanya mempengaruhi lelangit lembut. Jenis sumbing lelangit ini adalah kurang ketara dan berkemungkinan tidak dapat dikesan semasa kelahiran. Tanda-tanda dan gejala-gejala submukus sumbing lelangit yang biasanya dapat dilihat termasuklah:

  • Kesukaran semasa memberi makanan
  • Kesukaran menelan (cecair atau makanan mungkin mengalir keluar daripada hidung)
  • Bunyi sengau
  • Jankitan telinga yang berpanjangan

Sumbing Bibir

Sumbing bibir merujuk kepada kecacatan bibir di mana bibir bahagian atas tidak dibentuk dengan sempurna ketika perkembangan janin. Tahap kecacatan adalah berkemungkinan jauh berbeza antara satu sama lain, sama ada keadaan yang agak sederhana (rekahan pada bibir atas) atau keadaan yang sangat teruk (sumbing yang menyebabkan pembukaan dari bibir atas melalui hidung sehingga ke mulut bahagian belakang).  Sumbing pada sebelah bibir (kiri atau kanan) adalah dikenali sebagai “unilateral”; sumbing yang melibat kedua-dua belah bibir dikenali sebagai “bilateral”. Sumbing yang berlaku sehingga ke hidung dikenali sebagai “lengkap”; jika di sebaliknya, ia dikenali sebagai “tidak lengkap”.

Kesan-kesan Sumbing Bibir dan Sumbing Lelangit

Contoh kesan-kesan yang terlibat dengan sumbing bibir dan sumbing lelangit adalah seperti berikut:

  • Kesukaran Memberi Makan

    Kesukaran seperti ini adalah biasa dilihat dalam kalangan bayi dengan sumbing lelangit; lubang yang terdapat pada lelangit akan menyebabkan kesukaran menghisap.

  • Jangkitan Telinga & Hilang Pendengaran

    Ciri-ciri ini juga kerap berlaku dalam kalangan bayi yang mempunyai sumbing lelangit. Kecacatan lelangit juga dapat menyebabkan tiub yang menghubungkan telinga tengah dan tekak tidak dapat berfungsi. Hal ini dapat meningkatkan risiko jangkitan telinga (otitis media akut). Jangkitan telinga yang berpanjangan akan menyebabkan hilang pendengaran.

  • Kesukaran Pertuturan

    Pembukaan pada lelangit dan bibir bahagian atas menyebabkan kesukaran membentuk sesetengah bunyi. Dalam keadaan yang tertentu, fungsi otot akan terjejas, dan seterusnya melambatkan pertuturan atau menyebabkan pertuturan tidak normal.

  • Masalah Pergigian

    Jika pembukaan berlaku sehingga ke gusi bahagian atas, pertumbuhan gigi akan terjejas dan gigi berkemungkinan tidak akan meletus dengan normal.

  • Lain-lain

    Kanak-kanak dengan sumbing bibir akan berasa segan semasa bersosial (terutamanya jika dibuli/didiskriminasi oleh rakan-rakan) disebabkan penampilan wajah. Hal ini akan menimbulkan rasa malu, bersama-sama dengan tekanan yang disebabkan oleh menerima prosedur perubatan, dan seterusnya mengundang masalah sosial dan emosi.

Mencari klinik-klinik Pembedahan Plastik yang dekat lokasi anda?

Semua maklumat yang diberikan di laman ini adalah umum dan bertujuan untuk tujuan pendidikan sahaja.
Go to
Ikut Kami
Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.