Go to

Rawatan Sumbing Bibir & Sumbing Lelangit

Sumbing bibir dan sumbing lelangit (juga dikenali sebagai rekah orofacial) merupakan kecacatan kelahiran yang bercirikan pembukaan pada bibir bahagian atas dan lelangit. Dalam kes yang lebih serius, sumbing dapat meliputi dari bibir bahagian atas melalui hidung ke bahagian belakang mulut. Muka surat ini adalah berbincang tentang rawatan sumbing bibir dan sumbing lelangit.

Rawatan untuk sumbing bibir dan sumbing lelangit dapat meningkatkan keupayaan makan, pertuturan, dan pendengaran, dan demi mencapai penampilan wajah yang normal. Pakar yang memiliki pelbagai bidang perubatan berkemungkinan terlibat; pakar-pakar tersebut termasuklah pakar kanak-kanak, pakar telinga, hidung dan tekak, pakar pembedahan, pakar bedah mulut, doktor pergigian kanak-kanak, pakar ortodontik, audiologi (pakar pendengaran), terapi pertuturan, kounselor genetik, ahli psikologi, psikatri dsb.   

Pembedahan Pemulihan Sumbing Bibir

Pembedahan pemulihan sumbing bibir boleh dijalankan untuk mencapai penampilan, fungsi dan struktur bibir  yang normal. Pembedahan ini boleh dijalankan selepas beberapa bulan bayi dilahirkan (semasa bayi mencapai kira-kira 5kg); pakar pembedahan tersebut seharusnya menentukan masa yang sesuai. Anestesia Am akan dijalankan supaya kanak-kanak tidak mengalami kesakitan. Juga terdapat teknik pembedahan dan prosedur yang lain, pembedahan sumbing bibir secara umumnya melibatkan jahitan pembukaan bibir atas. Jika pembukaan tersebut meliputi bahagian hidung, pemulihan kawasan tersebut mungkin boleh dijalankan pada masa yang sama. Proses ini biasanya mengambil satu sesi, kadang-kala memerlukan dua sesi.

Apa yang mungkin berlaku:

  • Kanak-kanak tersebut akan berasa tidak selesa selepas menjalankan pembedahan, dan mengalami kesakitan selama beberapa hari. Ubat penahan sakit bukan aspirin dan ubat-ubatan preskripsi dapat mengatasi isu ini.
  • Bagi menggelakkan kanak-kanak daripada menggosok kawasan pembedahan, peranti kekangan jenis empuk adalah perlu dipakai pada siku kanak-kanak. 
  • Jahitan juga akan dijalankan pada bibir bahagian atas dan telinga. Bengkak ringan, lebam, dan pendarahan akan muncul pada kawasan jahitan. Jahitan sama ada akan membubarkan sendiri dalam masa seminggu, atau akan dikeluarkan daripada doktor selepas kira-kira seminggu.
  • Arahan seperti cara memberi makanan kepada kanak-kanak  akan dinyatakan.
  • Parut tersebut akan beransur-ansur pudar, tetapi tidak akan hilang sempurnanya. Pembedahan plastik boleh dijalankan nanti untuk menambahbaikan penampilan (selepas kanak-kanak membesar).
  • Peringatan: Kanak-kanak tidak boleh menggunakan straw atau pacifier selepas pembedahan, hal ini berkemungkinan mempengaruhi kawasan pemotongan. Selain itu, pesakit tidak digalakkan berlari atau melibatkan diri dalam aktiviti yang lasak. Doktor seharusnya menentukan sama ada aktiviti yang bakal dijalankan selamat atau tidak.

Pembedahan Pemulihan Sumbing Lelangit

Pembedahan pemulihan sumbing lelangit boleh dijalankan untuk menutupi pembukaan dan/atau membina lelangit, dan hal ini dapat membantu anak makan dan bertutur secara normal. Pembedahan sumbing lelangit yang terlibat lebih merumitkan, dan ia digalakkan untuk dijalankan semasa bayi membesar (biasanya dari 6 hingga 18 bulan); pakar bedah haruslah menentukan masa yang sesuai.  Anestesia am boleh dijalankan supaya anak tidak mengalami kesakitan. Bergantung kepada keadaan, teknik pembedahan dan prosedur yang berlainan dapat dijalankan untuk membaiki sumbing. Proses ini biasanya mengambil satu sesi, kadang-kala memerlukan dua sesi.

Apa yang mungkin berlaku:                                                 

  • Bergantung kepada kes tersebut, sesetengah kanak-kanak perlu tinggal di hospital selama 1-3 hari. Dalam tempoh ini, antibiotik akan dibekalkan bagi menggelakkan jangkitan. Pengambilan antibiotik secara berterusan adalah berkemungkinan untuk buat sementara waktu selepas kanak-kanak dibawa pulang.
  • Kanak-kanak akan mengalami kesakitan yang ringan untuk beberapa hari. Ubat penahan sakit yang bukan jenis aspirin serta ubat-ubatan preskripsi lain boleh digunakan untuk menangani hal ini.
  • Disebabkan pembedahan adalah dijalankan pada mulut, kanak-kanak tidak sesuai untuk makan/minum selepas menjalankan pembedahan tersebut. Nutrien akan dipindahkan kepada kanak-kanak melalui kateter intravena sehingga kanak-kanak tersebut dapat makan/minum.
  • Bengkak sementara akan berlaku pada kawasan pembedahan. Darah juga mungkin keluar daripada hidung dan mulut pada permulaan beberapa hari.
  • Hidung tersumbat (tanda-tanda: mendengus, pernafasan mulut, selera makan menurun dsb.) mungkin berlaku selepas pembedahan. Ubat-ubatan preskripsi dapat mengatasi masalah ini.
  • Terdapat jahitan pada lelangit kanak-kanak, yang akan membubarkan sendiri selepas beberapa hari.
  • Dalam sesetengah keadaan, doktor akan meletakkan pembungkusan pada lelangit kanak-kanak. Pembungkusan tersebut tidak boleh dikeluarkan tanpa kebenaran doktor.
  • Bagi memastikan kawasan pemotongan tersebut bersih, kanak-kanak haruslah diberi air siap selepas memberi makanan. Jika diperlukan, bersihkan kawasan tersebut perlahan-perlahan dengan air.
  • Peringatan: Kanak-kanak tidak boleh menggunakan straw atau pacifier selepas pembedahan, hal ini berkemungkinan mempengaruhi kawasan pemotongan. Selain itu, pesakit tidak digalakkan berlari atau melibatkan diri dalam aktiviti yang lasak. Doktor seharusnya menentukan sama ada aktiviti yang bakal dijalankan selamat atau tidak.     

Pembedahan Tiub Telinga

Pembedahan tiub telinga berkemungkinan dijalankan pada kanak-kanak sumbing lelangit (biasanya sekitar enam bulan) bagi menggelakkan daripada jangkitan telinga kronik yang dapat menyebabkan hilang pendengaran. Pembedahan akan memasukkan bentuk “I” tiub tympanostomy ke gegendang telinga. Tiub merupakan saluran yang membenarkan saliran cecair.

Lain-lain

  • Strategi Memberi Makan

    Botol puting dan alat memberi makan khas untuk kanak-kanak sumbing bibir dan sumbing lelangit dapat membantu. Rujuk kepada laman “Pengurusan & Sokongan” untuk cadangan memberi makanan kepada kanak-kanak sumbing lelangit.    

  • Pembedahan Pembinaan Semula Muka

    Pembedahan pembinaan semula muka, seperti pembedahan plastic dapat dijalankan bagi menambahbaikan penampilan mulut, bibir dan hidung. Pembedahan seperti ini biasanya dijalankan selepas anak membesar dan (bukan semasa peringkat awal)  

  • Pembetulan Ortodontik (e.g. pendakap gigi)
  • Terapi Pertuturan

    Pembukaan pada lelangit dan bibir bahagian atas akan menyebabkan kesukaran membentuk sesetengah bunyi. Dalam sesetengah keadaan, fungsi otot berkemungkinan merosot, dan seterusnya melambatkan pertuturan atau menyebabkan pertuturan tidak normal. Dalam keadaan seperti ini, terapi pertuturan dapat membantu.

  • Alat Pendengaran
  • Terapi Psikologi

    Kanak-kanak dengan sumbing bibir akan berasa malu semasa sosial (terutamanya jika dibuli/didiskriminasi oleh rakan-rakan) disebabkan penampilan wajah. Hal ini akan menimbulkan rasa malu, bersama-sama dengan tekanan yang disebabkan oleh menerima prosedur perubatan, dan seterusnya mengundang masalah social dan emosi. Dalam keadaan seperti ini, kaunseling psikologi dapat membantu.

Semua maklumat yang diberikan di laman ini adalah umum dan bertujuan untuk tujuan pendidikan sahaja.
Go to
Ikut Kami
Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.