Go to

Gangguan Kebimbangan

Pengenalan

Sebutan:

Gangguan kebimbangan

Kategori perubatan:

Psikiatri

Jangkitan:

Tiada

Golongan:

Wanita

Diagnosis perubatan:

Perlu

Keturunan keluarga:

Diwarisi

Rawatan perubatan:

Ada

Jangka panjang:

Kebanyakan

Kepulihan:

Bergantung

Apakah gangguan kebimbangan?

Gangguan kebimbangan adalah jenis penyakit yang paling umum dilihat. Adalah perkara yang biasa jika anda mengalami kebimbangan kadang-kala. Walaubagaimanapun, jika masalah kebimbangan adalah berlaku secara berterusan, maka ia akan mempengaruhi kehidupan seharian seseorang.

Apakah jenis-jenis gangguan kebimbangan?

Terdapat beberapa jenis gangguan kebimbangan, termasuklah kecelaruan keresahan umum, kecelaruan perpisahan, kecelaruan keresahan sosial, agoraphobia, kecelaruan panik, fobia khusus, sifat bisu terpilih dsb. Baca lagi maklumat tentang Jenis-jenis Gangguan Kebimbangan

Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala gangguan kebimbangan?

Tanda-tanda dan gejala-gejala gangguan kebimbangan adalah seperti berasa tidak tenang dan/atau kurang bertenaga, terlalu bimbang terhadap peristiwa yang akan datang, peningkatan kadar jantung, pernafasan yang cepat, berpeluh dan menggeletar dsb. Baca lagi maklumat tentang Gejala-gejala & Kesan-kesan Gangguan Kebimbangan

Apakah penyebab gangguan kebimbangan?

Punca-punca gangguan kebimbangan masih tidak diketahui dengan sepenuhnya. Gangguan kebimbangan boleh disebabkan oleh keturunan keluarga, atau sesetengah peristiwa. Baca lagi maklumat tentang Penyebab & Punca-punca Gangguan Kebimbangan

Bolehkah gangguan kebimbangan dirawati? Bagaimanakah?

Boleh. Rawatan untuk gangguan kebimbangan sering melibatkan psikoterapi atau mengambil ubat-ubatan oral. Baca lagi maklumat tentang Rawatan Gangguan Kebimbangan

Mencari klinik-klinik Psikiatri yang dekat lokasi anda?

Semua maklumat yang diberikan di laman ini adalah umum dan bertujuan untuk tujuan pendidikan sahaja.
Go to
Ikut Kami