Go to

Jenis-jenis Gangguan Kebimbangan

Gangguan kebimbangan merupakan penyakit psikologi yang mempunyai ciri-ciri seperti rasa bimbang secara berlebihan yang mampu mempengaruhi kehidupan seharian. Muka surat ini adalah berbincang tentang jenis-jenis gangguan kebimbangan.

Terdapat pelbagai jenis gangguan kebimbangan. Senarai yang sering dilihat adalah seperti di bawah.

Kecelaruan Keresahan Umum

Kecelaruan keresahan umum mempunyai ciri-ciri di mana individu tersebut terlalu resah terhadap hal-hal yang bakal berlaku. Keresahan tersebut merupakan halangan bagi menjalankan kehidupan seharian yang normal.

Kecelaruan Perpisahan

Kecelaruan perpisahan akan timbul jika berlakunya perpisahan di antara kanak-kanak dan ahli keluarga yang rapat.

Kecelaruan Keresahan Sosial

Individu yang mengalami kecelaruan sosial akan menggelakkan diri daripada bergaul dengan orang lain. Kebanyakan mereka biasanya malu, dan sering bimbang terhadap pandangan orang lain.

Agoraphobia

Golongan yang mengalami agoraphobia akan menggelakkan diri daripada melibatkan diri dalam situasi yang tidak selesa atau hadir ke tempat-tempat yang sesak dengan orang ramai seperti bus stesen, pawagam, auditorium dan sebagainya.

Kecelaruan Panik

Kecelaruan panik dapat dikaitkan dengan perasaan panik yang berterusan. Sebagai contohnya, individu yang mengalami kecelaruan panik akan mempunyai reaksi atau ciri-ciri seperti denyutan jantung yang cepat, menggeletar, loya, sakit dada, sakit kepala dan lain-lain lagi. Bukan itu sahaja, individu tersebut juga akan hilang keupayaan untuk mengawal diri mereka, atau merasakan diri akan ditimpa malang.

Fobia Khusus

Fobia khusus dapat berlaku apabila menghadapi situasi yang tertentu seperti ketinggian atau sesetengah objek (labah-labah) yang dapat menyimbulkan gangguan kebimbangan.

Sifat Bisu Terpilih

Individu yang mengalami jenis gangguan kebimbangan ini hanya akan bercakap atau berbicara dengan selesa di keadaan yang tertentu. Sebagai contohnya, kanak-kanak dapat bergaul dengan ahli keluarga serta rakan sebaya mereka, namun mereka menghadapi kesusahan semasa berbicara dengan cikgu di sekolah.

Peringatan: Tanda-tanda kepada jenis-jenis gangguan kebimbangan adalah serupa. Oleh itu, digalakkan berunding dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan.

Mencari klinik-klinik Psikiatri yang dekat lokasi anda?

Semua maklumat yang diberikan di laman ini adalah umum dan bertujuan untuk tujuan pendidikan sahaja.
Go to
Ikut Kami