Go to

Cara Mengatasi & Pencegahan Gangguan Kebimbangan

Gangguan kebimbangan merupakan penyakit psikologi yang mempunyai ciri-ciri seperti rasa bimbang secara berlebihan yang mampu mempengaruhi kehidupan seharian. Muka surat ini berbincang tentang cara mengatasi dan mencegah gangguan kebimbangan.

Cara pencegahan yang berkesan dapat menggelakkan daripada gangguan kebimbangan. Cadangan yang dapat mencegah atau mengendalikan gangguan kebimbangan adalah seperti berikutnya.

  • Mendapatkan bantuan dengan secepat mungkin; mendapatkan pemeriksaan daripada ahli psikologi.

  • Memberitahu masalah kepada keluarga dan rakan yang terdekat serta menerima bantuan mereka.

  • Menjaga kesihatan badan; tidur dengan secukupnya.

  • Mengaktifkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berunsur positif.

  • Melakukan senaman untuk meringankan bebanan.

  • Belajar teknik menyenangkan diri seperti meditasi dan yoga.

  • Melibatkan diri dalam aktiviti, jangan elakkan berkomunikasi dengan orang lain. Menjalinkan perhubungan yang erat dengan ahli keluarga dan kawan.

Jika anda telah disahkan bahawa menghidapi gangguan kebimbangan, adalah dinasihatkan bahawa merujuk kepada cadangan yang berikutnya.

  • Meminta bantuan dan sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan.

  • Berbincang dengan doktor; memahami gangguan kebimbangan dengan teliti.

  • Bergaul dengan kawan yang menghidapi gangguan kebimbangan untuk berkongsi pengalaman antara satu sama lain.

  • Elakkan pengambilan alkohol, kopi dan rokok yang dapat memburukkan keadaan.

  • Ketika anda berasa bimbang, anda boleh melakukan sesuatu yang digemari.

Mencari klinik-klinik Psikiatri yang dekat lokasi anda?

Semua maklumat yang diberikan di laman ini adalah umum dan bertujuan untuk tujuan pendidikan sahaja.
Go to
Ikut Kami