Gejala-gejala & Kesan-kesan Gangguan Kebimbangan
Tanda-tanda Dan Gejala-gejala Gangguan Kebimbanganan
Tanda-tanda gangguan kebimbangan adalah berbeza mengikut keadaan individu. Bukan itu sahaja, setiap jenis gangguan kebimbangan juga mempunyai tanda-tanda yang berlainan. Secara umumnya, tanda-tanda kepada ganguan kebimbangan adalah seperti berikut:
Selalu berasa panik
Mempunyai perasaan yang bimbang dan takut terhadap perkara yang bakal berlaku.
Mempunyai perasaan bahawa perkara yang buruk bakal berlaku.
Penafasan yang laju
Peningkatan kadar jantung
Menggeletar
Lemah semangat, letih
Gagal fokus terhadap tugasan
Sakit kepala
Tanda-tanda dan gejala-gejala yang dinyatakan adalah serupa dengan gangguan psikologi yang lain. Jika anda atau anak-anak anda mengalami tanda-tanda seperti yang telah dinyatakan di atas, digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada ahli psikologi/psikiatri yang berkenaan.
Kesan Negatif Gangguan Kebimbangan
Individu yang mengalami gangguan kebimbangan adalah lebih mudah untuk mengalami gangguan psikologi yang lain. Gangguan kebimbangan dan kemurungan adalah sentiasa dikait rapat antara satu sama lain. Selain itu, gangguan kebimbangan adalah mampu mempengaruhi kehidupan seharian serta kualiti kehidupan, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak, di mana akan mengundang kehidupan negatif jika tidak mendapatkan rawatan dengan secepat mungkin.
Menyayangi Lain-Lain. Mulai Perkongsian ♥