Go to

Penyebab & Punca-punca Jerawat & Parut Jerawat

Jerawat merupakan masalah kulit yang dapat dikait rapat dengan jeragat, bintik hitam dan sebagainya. Muka surat ini adalah berbincang tentang penyebab dan punca-punca yang menyebabkan atau memburukkan masalah jerawat dan/atau parut jerawat.

Kemunculan jerawat adalah disebabkan liang roma tersumbat. Folikel rambut adalah dihubungkaitkan dengan kalenjar minyak yang mengeluarkan sebum bagi melembapkan rambut dan kulit. Juga terdapat keadaan di mana sel-sel kulit mati dan lemak yang berlebihan telah mengakibatkan liang roma tersumbat, seterusnya berlakunya pembiakan bakteria (p.acne) pada liang roma yang tersumbat, akhirnya menyebabkan pembentukan jerawat dan keradangan.

Jerawat bukan disebabkan pengambilan makanan yang berminyak. Faktor mengakibatkan berlakunya masalah jerawat adalah:

  • Genetik

  • Perubahan Hormon

    • Androgen yang di badan remaja lelaki dan perempuan akan meningkat. Androgens dapat merangsangkan kelenjar sebum untuk menghasilkan lebih banyak sebum. Kuantiti androgen yang meningkat akan menyebabkan kelenjar sebum menghasilkan sebum secara berlebihan, seterusnya menyumbatkan folikel rambut.

    • Perubahan hormon dapat berlaku secara tidak langsungnya, seperti semasa zaman remaja, mengandung dan kitaran haid.

  • Ubat-ubatan

    • Sesetengah ubat yang mampu mengakibatkan perubahan hormon (Contohnya: androgen, kortikosteroid, litium, barbiturat), seterusnya menyimbulkan masalah jerawat.

    • Perubahan hormon juga dapat berlaku disebabkan pengambilan pil kawalan kelahiran.

  • Produk Berminyak

    • Krim yang berminyak, emulsi, losyen, produk kecantikan rambut, krim pelindung matahari, dan produk kosmetik adalah mampu menyebabkan liang roma tersumbat.
  • Kerengsaan

    • Geseran dan tekanan dapat merengsakan kulit dan mengundang masalah jerawat.

    • Tekanan terhadap jerawat akan mengakibatkan keadaan jerawat akan lebih serius, seterusnya keradangan akan berlaku, meningkatkan risiko pembentukan parut jerawat.

    • Sesetengah produk pembersih dapat merengsakan kulit lalu menyimbulkan jerawat.

  • Pemakanan

    • Makanan tertentu juga berpotensi menyebabkan keadaan jerawat lebih serius. Produk tenusu dan makanan seperti roti, keledek dan coklat mampu mengakibatkan serta memburukkan masalah jerawat.
  • Tekanan

Walaupun tekanan hidup tidak akan menyebabkan pembentukan jerawat, tetapi akan memburukkan keadaan.

Mencari klinik-klinik Dermatologi (Kulit) yang dekat lokasi anda?

Semua maklumat yang diberikan di laman ini adalah umum dan bertujuan untuk tujuan pendidikan sahaja.
Go to
Ikut Kami
Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.