Go to

Cara Mengatasi & Pencegahan Jerawat & Parut Jerawat

Jerawat merupakan masalah kulit yang dapat dikait rapat dengan jeragat, bintik hitam dan sebagainya. Muka surat ini adalah berbincang tentang cara mengatasi dan mencegah masalah jerawat dan parut jerawat.

Walaupun jerawat dapat dipulihkan dari masa ke semasa, namun masalah ini juga boleh mempengaruhi sesetengah individu secara berpanjangan. Tambahan pula, adalah berkemungkinan bahawa jerawat-jerawat tersebut akan meninggalkan parut jerawat. Oleh yang demikian, penjagaan kulit dan pencegahan masalah jerawat adalah penting untuk semua individu. Cadangan-cadangan adalah seperti berikut:

  1. Jagalah kebersihan kulit. Disebabkan rambut adalah kerap bersentuhan dengan muka, digalakkan juga menjaga kebersihan rambut.

  2. Elakkan daripada menggunakan produk yang merengsakan kulit.

  3. Gunalah produk pembasuh muka yang sesuai.

  4. Elakkan daripada kerap membasuh permukaan kulit.

  5. Elakkan daripada produk yang berminyak seperti produk kecantikan rambut, produk pelindung matahari dan produk kosmetik. Dicadangkan menggunakan produk yang sesuai dengan kulit.

  6. Elakkan daripada memberi tekanan kepada jerawat. Hal ini hanya dapat memburukkan keadaan. Bagi menggelakkan jangkitan kuman yang dapat mengakibatkan parut jerawat, anda tidak harus menyentuh jerawat.

  7. Elakkan geseran dan tekanan.

  8. Elakkan daripada peluh dan haba.

  9. Digalakkan menggunakan ubat-ubatan yang tanpa preskripsi. Pada permulaannya, kemerahan, kekeringan kulit mungkin akan berlaku. Jika kesan sampingan telah berkekal selama beberapa bulan, anda dinasihati berhenti menggunakan produk tersebut dan berjumpa dengan doktor.

  10. Bertenang dan elakkan daripada tekanan.

Mencari klinik-klinik Dermatologi (Kulit) yang dekat lokasi anda?

Semua maklumat yang diberikan di laman ini adalah umum dan bertujuan untuk tujuan pendidikan sahaja.
Go to
Ikut Kami
Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.