Go to

Rawatan Jerawat

Jerawat merupakan masalah kulit yang dapat dikait rapat dengan jeragat, bintik hitam dan sebagainya. Muka surat ini adalah berbincang tentang rawatan jerawat.

Secara umumnya, rawatan tanpa preskripsi ubat-ubatan dapat dijalankan bagi masalah jerawat yang tidak serius. Jika di sebaliknya di mana masalah jerawat adalah serius, maka adalah digalakkan merujuk kepada preskripsi ubat-ubatan bagi mengawal masalah jerawat. Rawatan bagi jerawat adalah seperti berikutnya:

Ubat-ubatan Aplikasi Luaran

  • Sesetengah ubat-ubatan untuk aplikasi luaran dapat menggelakkan masalah liang roma tersumbat atau dapat membersihkan liang roma yang tersumbat.

  • Antibiotik secara aplikasi luaran dapat menggelakkan daripada bakteria dan keradangan. Ubat-ubatan oral juga berfungsi sedemikian. Akan tetapi, ubat-ubatan oral lebih mudah mendatangkan kesan sampingan.

Ubat-ubatan Oral/Suntikan

  • Ubat-ubatan oral dapat merawati jerawat. Walaubagaimanapun, ubat-ubatan oral akan membawa kesan sampingan jika berbanding dengan ubat-ubatan aplikasi luaran. Oleh itu, pengambilan ubat-ubatan oral hanya sesuai untuk menyelesaikan masalah jerawat yang serius.

  • Nodular dan kista jerawat merupakan jenis jerawat yang serius. Juga terdapat ubat-ubatan yang terus disuntik ke dalam jerawat. Namun, kaedah seperti ini dapat mengakibatkan penipisan kulit.

Lain-lain

  • Terapi cahaya dapat menghapuskan bakteria yang membiak di liang roma. Kesan sampingan sementara dapat berlaku di mana mengikut jenis cahaya dan kuantiti yang digunakan.

  • Dalam sesetengah keadaan (seperti semasa merawati nodular), doktor pakar kulit akan menggunakan alatan khas untuk mengasingkan kulit yang terjejas. Rawatan ini adalah berkemungkinan akan meninggalkan parut.

Mencari klinik-klinik Rawatan Jerawat yang dekat lokasi anda?

Semua maklumat yang diberikan di laman ini adalah umum dan bertujuan untuk tujuan pendidikan sahaja.
Go to
Ikut Kami
Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.