Go to

Rawatan Parut Jerawat

Jerawat merupakan masalah kulit yang dapat dikait rapat dengan jeragat, bintik hitam dan sebagainya. Parut jerawat adalah kesan yang ditinggalkan daripada jerawat. Muka surat ini adalah berbincang tentang rawatan parut jerawat.

Rawatan untuk parut jerawat dibahagikan kepada beberapa jenis, pilihan rawatan adalah terpulang kepada beberapa situasi seperti berikut:

  • Rekod perubatan dan keutamaan pesakit

  • Jenis parut jerawat dan keadaannya

Disebabkan sesetengah rawatan berhasil terhadap golongan yang tertentu, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan cadangan daripada doktor untuk membuat pilihan yang terbaik. Rawatan untuk parut jerawat yang kerap dilihat adalah seperti berikut:

Suntikan Pengisi Dermal

  • Kerap digunakan untuk menghapuskan kedut dan garis-garis halus, mengisi bahagian yang berparut dan melicinkan kulit. Namun, rawatan ini hanya berkesan dalam beberapa bulan.

  • Jenis dermal suntikan pengisi yang berlainan akan membawa kesan sampingan yang berbeza, seperti berlakunya kemerahan, lebam dan bengkak dalam jangka masa yang pendek.

Dermabrasi

  • Dermabrasi menghapuskan kulit lapisan luar (terutamanya sel-sel mati) dengan menggunakan alatan yang unik. Kulit akan menjadi lebih licin dan muda. Namun, kaedah ini adalah mungkin untuk mendatangkan kesan sampingan.

  • Alatan yang digunakan adalah berbeza dalam kaedah yang berlainan. Sebagai contohnya, ada juga kaedah yang dijalankan dengan menggunakan kristal.

Pengelupasan Kimia

  • Penglibatan bahan kimia bagi menghapuskan kulit mati. Kulit akan menjadi lebih licin dan muda.

  • Bahan kimia yang berbeza akan menghasilkan kesan sampingan yang tidak sama.

Terapi Cahaya & Rawatan Frekuensi Radio

  • Laser pelapisan yang melibatkan cahaya bertenaga tinggi untuk menghapuskan kulit tercedera supaya parut jerawat akan kurang ketara.

  • Laser atau alatan lain seperti frekuensi radio telah digunakan bagi membantu pertumbuhan kulit yang licin dan sihat. Terapi seperti ini hanya memerlukan masa singkat untuk pulih jika berbanding dengan laser pelapisan. Namun, hasilnya mungkin berkesan dalam jangka masa yang pendek dan diperlukan melakukan rawatan ini dengan berulang kali.

Pembedahan

  • Menjalankan pembedahan bagi menghapuskan dan menggantikan kulit mati dengan kulit yang sihat.

  • Lemak telah diekstrakkan daripada sesetengah bahagian badan, seterusnya menyuntikkannya ke bahagian yang mempunyai parut. Walaubagaimanapun, hasilnya mungkin tidak kekal.

  • Dalam keadaan yang tertentu, doktor pakar kulit mungkin akan mencadangkan bahawa menghapuskan kulit yang tercedera sebelum menjalankan laser terapi.

Mencari klinik-klinik Rawatan Parut Jerawat yang dekat lokasi anda?

Semua maklumat yang diberikan di laman ini adalah umum dan bertujuan untuk tujuan pendidikan sahaja.
Go to
Ikut Kami
Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.