Go to

Menghilangkan Tatu

Apakah Tatu?

Tatu dihasilkan melalui suntikan dakwat atau apa-apa pigmen ke dalam kulit yang bersifat kekal.


Sebab Menghilangkan Tatu

Walaupun tatu merupakan salah satu trend yang popular, namun sesetengah orang akan menyesal selepas membuat tatu. Sebab-sebab menghilangkan tatu:

  • Segelintir daripada mereka tidak puas hati terhadap tatu, hal ini kerana tatu yang dihasilkan tidak mempunyai kesan yang baik seperti yang ditunjukkan melalui gambar.Tambahan pula, tatu akan beransur-ansur pudar atau kabur.

  • Kadang-kala, tatu pada bahagian muka, tangan, lengan atau bahagian lain-lain akan menyebabkan imej terjejas. Sebagai contohnya, orang yang bertatu tidak pernah berfikir bahawa mereka akan bertugas sebagai doktor atau cikgu pada masa depan, oleh itu, mereka menghilangkan tatu demi kerjaya.

  • Tatu boleh mengakibatkan alahan kulit. Tatu juga dapat menyebabkan kulit dijangkiti kuman atau kesan sampingan lain.


Bagaimanakah dapat Menghilangkan Tatu?

Terdapat beberapa kaedah untuk menghilangkan tatu. Disebabkan sesetengah tatu adalah mudah dihilangkan berbanding dengan yang lain dan sesetengah rawatan adalah tidak sesuai kepada sesetengah individu, anda haruslah berjumpa dengan doktor/pakar dermatologi untuk maklumat lanjut dan cadangan. Kami menyenaraikan cara menghilangkan tatu di sini


Apakah yang boleh diharapkan?

Sesetengah tatu dapat dihilangkan dengan sepenuhnya (melalui rawatan satu kali atau berkali-kali), namun, ada juga tidak dapat dihilangkan secara menyeluruh. Sesetengah warna adalah tidah mudah untuk dihilangkan. Contohnya, walaupun telah menjalani beberapa kali rawatan laser, namun hanya dapat memudarkannya sahaja. Secara asasnya, tatu adalah berkekalan lama. Oleh yang demikian, sila berbincang dengan pakar kulit sebelum pengaturan masa untuk menghilangkan tatu.

Tidak kira penggunaan teknik mana-mana yang menghilangkan tatu, tetap juga akan meninggalkan parut, kulit akan dijangkiti serta pudar. Sebelum membuat keputusan untuk menghilangkan tatu, dicadangkan mempunyai kesedaran bahawa adalah berkemungkinan meninggalkan parut atau kulit akan pudar.

Mencari klinik-klinik Menghilangkan Tatu yang dekat lokasi anda?

Semua maklumat yang diberikan di laman ini adalah umum dan bertujuan untuk tujuan pendidikan sahaja.
Go to
Ikut Kami
Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.