Go to

Cara Menghilangkan Tatu

Terdapat beberapa kaedah untuk menghilangkan tatu. Disebabkan sesetengah tatu adalah mudah dihilangkan berbanding dengan yang lain dan sesetengah rawatan adalah tidak sesuai kepada sesetengah individu, anda haruslah berjumpa dengan doktor/pakar dermatologi untuk maklumat lanjut dan cadangan.

Laser Menghilangkan Tatu

Laser untuk menghilangkan tatu merupakan teknik yang sering dilihat. Teknik ini akan menggunakan laser nadi yang kuat (Seperti Laser Q-switched) untuk meningkatkan suhu dan menghapuskan dakwat tatu. Rawatan ini sering melibatkan pengejangan pada bahagian yang berkaitan.

Warna tatu yang berlainan memerlukan laser yang berbeza (laser yang mempunyai panjang gelombang yang berbeza), sesetengah warna juga sukar dihapuskan. Tatu yang besar dan mempunyai pelbagai jenis warna tidak dapat dihapuskan hanya dengan sekali sahaja; memerlukan beberapa sesi. Ada juga sesetengah tatu yang tidak dapat dihapuskan dengan sepenuhnya walaupun telah menjalankan beberapa sesi rawatan laser.

Rawatan laser dapat membawa kesan sampingan seperti bengkak, berlepuh dan menimbulkan pendarahan. Pengambilan ubat-ubatan antibakteria dapat menggelakan daripada dijangkiti kuman serta meningkatan kadar pemulihan kulit.

Pembedahan

Jika gambar tatu adalah bersaiz kecil, pembedahan pada kulit bertatu dapat dijalankan. Kemudian, melakukan jahitan pada bahagian tersebut. Jenis rawatan ini sangat berkesan, tetapi kebarangkalian meninggalkan parut juga amat tinggi.

Lain-lain

Sebelum ini, dermabrasion atau pengelupasan kimia adalah digunakan untuk menghilangkan tatu. Walaubagaimanapun, kesan kedua-dua rawatan ini adalah sukar untuk diramalkan. Oleh itu, rawatan-rawatan ini jarang digunakan.

Mencari klinik-klinik Rawatan Pembuangan Tatu yang dekat lokasi anda?

Semua maklumat yang diberikan di laman ini adalah umum dan bertujuan untuk tujuan pendidikan sahaja.
Go to
Ikut Kami